X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tanggungjawab Sebagai Penderma Susu Ibu

4 min bacaan
Tanggungjawab Sebagai Penderma Susu Ibu

Sebelum menerima susu ibu dari penderma, tahukah anda risiko-risikonya? Juga, untuk umat Islam, hukum ibu susuan perlu diketahui sebelum memberikan susu badan kepada bayi lain.

Baru-baru ini saya ada terbaca kisah tentang seorang wanita yang telah menjual brownies yang diperbuat daripada susu badannya sendiri.

Ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana brownies tersebut telah dijual di pesta sekolah anaknya tanpa pengetahuan mereka.

Ibu tersebut mendakwa bahawa susu di rumah tidak cukup untuk resipi browniesnya, dan pada hari itu dia tidak mempunyai masa untuk pergi ke kedai.

Dia telah berkongsi di Facebook kerana terkejut dengan tindak balas orang ramai selepas mereka mengetahui brownies itu mengandungi susu ibu.

Dia tidak pernah menganggap ia sebagai masalah yang besar.

susu ibu

Sumber gambar : New Baby 101

Respons dan komen pembaca

“Susu ibu, sama seperti darah atau air mani, boleh membawa penyakit. Itulah sebabnya susu ibu penderma perlu diperiksa dahulu sebelum diberi kepada ibu dan bayi yang memerlukannya.” “Gila ke? Kenapa kamu berani membiarkan anak lain makan makanan yang dibuat dengan bendalir dari tubuh kamu sendiri.” “Saya tidak kisah kalau penyakit berbahaya itu dimusnahkan semasa brownie itu dibakar dalam ketuhar.” “Inilah sebabnya mengapa mereka tidak membenarkan makanan buatan sendiri dibawa ke sekolah lagi untuk majlis hari jadi dan sebagainya.” “Saya seorang ibu yang menyusu dan saya tidak rasa jijik dengan penyusuan susu ibu. Tetapi saya tidak akan minum susu ibu orang lain.”

Apakah penyakit yang boleh berjangkit melalui susu ibu? 

Ia adalah selamat untuk menderma susu apabila ibu mempunyai penyakit biasa, seperti demam atau selesema, kerana kuman ini tidak masuk ke dalam susu ibu.

Tetapi terdapat juga penyakit serta ubat yang boleh masuk ke dalam susu ibu:

  • jangkitan HIV
  • ubat antiretroviral
  • batuk kering yang aktif
  • virus lymphotropic T-sel manusia jenis I atau II
  • penggunaan dadah
  • herpes kompleks apabila terdapat luka pada payudara penderma
  • Cytomegalovirus (CMV) atau sitomegalovirus. Walaupun dikira selamat, dalam kes terpencil ia boleh masalah kesihatan – terutama kepada bayi pra-matang atau bayi dengan berat badan yang sangat rendah. Semak dulu dengan doktor anak anda.

Baca juga:

Mengapa Kita Perlu Memeluk Anak Semasa Menyusukan Mereka?

Risiko apabila menggunakan susu penderma

Memang ada risikonya apabila kita memberikan seseorang bayi itu susu badan wanita lain berbanding susu ibu kandungnya sendiri.

Ibu bapa perlu mempertimbangkan antara faedah susu itu untuk anak mereka, dan risiko jangkitan penyakit.

Sesetengah ibu penderma mungkin mempunyai penyakit yang boleh disebarkan melalui susu badan; ada juga yang langsung tidak tahu bahawa mereka berpenyakit.

Walaupun banyak negara telah mewajibkan yang sesetengah susu penderma diperiksa terlebih dahulu, namun masih ada sejumlah kecil agen pembawa bakteria dan penyakit yang masih boleh kekal dalam susu itu.

Oleh itu, susu penderma tidak semestinya selamat.

susu ibu

Sumber: Romper

Di negara Malaysia, kita belum ada lagi perbadanan yang boleh memeriksa dan menguji keselamatan susu penderma dan ibu bapa menerima susu ibu berdasarkan amanah.  

Saya masih ingat lagi masa saya mendermakan susu kepada anak kawan saya. Saya telah memastikan diri sendiri bebas dari penyakit dan sentiasa makan makanan yang berkhasiat.

Saya juga hanya berani menderma kerana badan saya sihat, dan saya tidak mengambil sebarang ubat ataupun alkohol walaupun menjalankan pantang cara Cina.

Setakat ini, belum ada kes-kes yang telah didokumenkan berhubung dengan jangkitan penyakit atau jangkitan bakteria yang berkaitan dengan perkongsian susu ibu yang dimaklumkan.

Sebenarnya, ia tidak dianggap sebagai risiko kesihatan masyarakat yang terlalu serius menurut Dr. Chessa Lutter, Penasihat Serantau Makanan dan Pemakanan untuk Persatuan Kesihatan Pan American (Pejabat Serantau WHO).

Isu ibu susuan menurut hukum Islam

Namun, bagi umat Islam, kita terikat dengan hukum ibu susuan. Ia tidak boleh dipandang ringan.

Pemberian susu badan tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya. Ia perlu diketahui oleh keluarga bagi memastikan ikatan mahram dapat diketahui oleh susur galur keluarga tersebut.

Untuk bacaan lanjut tentang hukum ibu susuan, anda boleh membacanya di sini.

Baca juga:

Cara-cara ibu menyusu mengatasi payudara kendur

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Sumber: Sanctimommy, The Sun, Breastfeedingusa.org, Kelly Mom, CDC 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Tanggungjawab Sebagai Penderma Susu Ibu
Kongsikan:
  • Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

    Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

  • Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

    Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

    Mana Satu Yang Terbaik Untuk Bayi? Ini Perbezaan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula!

  • Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

    Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.