X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pelukan Ibu Semasa Menyusu Sangat Bermakna, Barulah Ikatan Bonding Ibu & Anak Lebih Erat

4 min bacaan
Pelukan Ibu Semasa Menyusu Sangat Bermakna, Barulah Ikatan Bonding Ibu & Anak Lebih Erat

Di dalam rahim, bayi tidak pernah rasa sejuk, tidak pernah rasa lapar dan tidak pernah bersendirian. Jadi, ia mungkin logik mengapa mereka sangat memerlukan perhatian daripada kita selepas dilahirkan; untuk menikmati rasa selamat yang sama seperti dalam rahim...

Selalu bukan kita mendengar ‘nasihat’ jangan terlalu membiasakan anak didukung atau dipegang. Namun, tahukah anda sebenarnya si kecil itu memerlukan pelukan ibu semasa menyusu bagi mengeratkan lagi ikatan bonding antara kedua-duanya. 

Begitu juga dengan ‘keluhan’ anak saya asyik mahu didukung atau dipegang. Tetapi, anak kita tetap menangis setiap kali kita meletakkan mereka bukan?

Pernah atau tidak anda terfikir mengapa bayi sentiasa menangis hanya kerana kita meletakkan mereka? Terasa seperti semua benda tidak kena jika mereka diletakkan.

Pelukan ibu saat menyusu si manja

Sebenarnya, percaya atau tidak, kita orang dewasa yang telah salah faham dengan keperluan utama mereka.

Apa yang kita tidak tahu ialah, keperluan utama mereka ialah seorang ibu! Ya, lebih dari semua benda, mereka memerlukan pelukan ibu mereka.

Seperti mana bagaimana mereka sangat bergantung kepada ibu semasa di dalam rahim, begitu juga mereka amat memerlukan ibu mereka setelah dilahirkan.

Kerana seperti mereka di dalam rahim, mereka sangat mudah terdedah kepada bahaya. Malah sebenarnya lebih dari di dalam rahim.

Di dalam rahim mereka tidak pernah rasa sejuk, tidak pernah rasa lapar dan paling utama, tidak pernah bersendirian. Suara dan kehangatan badan ibu mereka sentiasa di sisi.

Di dalam buku Breastfeeding Made Simple; Seven Natural Laws for Nursing Mothers, penulisnya menjelaskan yang seorang bayi dilahirkan dengan saiz otak yang tidak sampai 50% dari saiz otak orang dewasa.

Manakala bagi haiwan mamalia yang lain, mereka dilahirkan dengan otak yang 80% sudah terbentuk. Untuk manusia, otak berkembang pesat hanya selepas dilahirkan.

Satu lagi faktor yang menyebabkan bayi memerlukan sentuhan kita 24 jam ialah bayi yang belum matang dan ketidakupayaan membezakan susu ibu.

Fahami info menarik ini!

Menurut pakar tingkah laku haiwan, Nils Bergman terdapat empat kelas mamalia yang dikelaskan mengikut cara mereka menjaga anak-anak. Kelas tersebut ialah;

  • Mamalia ‘Cache’:
     
    Mamalia cache ialah haiwan yang terus matang ketika dilahirkan. Ibu mamalia cache akan menyorokan anak mereka di tempat selamat dan hanya kembali kepada mereka untuk menyusukan mereka setiap 12 jam. Oleh itu, mereka mempunyai susu yang sangat tinggi protein dan lemak jadi anak mereka akan kenyang lebih lama. Contoh mamalia cache ialah rusa.
  • Mamalia ‘Follow’: 
    Seperti mamalia cache, mamalia follow juga terus matang ketika dilahirkan serta berupaya mengikut ibu mereka ke sana sini. Tetapi disebabkan anak mereka boleh mengikut ibunya ke sana sini sepanjang hari, susu mereka mempunyai kepekatan protein dan lemak lebih rendah berbanding mamalia cache. Contoh mamalia cache ialah zirafah.
  • Mamalia ‘Nest’: 
    Berbanding dengan follow dan cache, nest ialah yang tidak matang. Mereka memerlukan ‘sarang’ atau tempat untuk rasa panas dan selamat. Malah mereka memerlukan ibu mereka untuk kerap hadir bersama mereka.
    Susu mamalia nest adalah sedikit lebih tinggi protein dan lemak berbanding mamalia follow namun tidak setinggi mamalia cache. Contoh mamalia nest ialah kucing.
  • Mamalia ‘Carry’:
    Kumpulan yang paling tidak matang ketika dilahirkan. Mereka perlu di ‘dukung’ atau di ‘bawa’ ke mana sahaja kerana memerlukan rasa hangat badan ibu mereka, malah perlu kerap di susukan. Susu kelas carry adalah yang paling rendah kandungan protein dan lemak.
    Contoh mamalia carry ialah orang utan.

Mana satu kategori manusia?

Manusia dikelaskan di dalam mamalia carry kerana perlu didukung hampir sepanjang masa.

Malah susu manusia ialah yang paling rendah kandungan protein dan lemak, membuatkan mereka perlu kerap menyusukan anak mereka.

Penulis buku Breastfeeding Made Simple; Seven Natural Laws for Nursing Mothers, Nancy Mohrbacher pernah menyebut yang walaupun manusia berada di dalam kelas carry, manusia perlu mencontohi kelas nest. 

Keperluan bayi untuk selalu rasa hangat badan ibu dan rasa lapar paling berkesan diselesaikan dengan penyusuan badan.

Ini kerana, semasa penyusuan badan, bayi mendapat susu dan hangat badan ibu sekali gus. Ini memberi mereka rasa seakan mereka masih berada di dalam rahim ibu.

Namun disebabkan persepsi kebanyakan ibu sekarang ialah, anak kerap menangis bermakna susu tidak cukup.

Atau jika anak kerap menangis mereka adalah terlalu manja. Tetapi yang sebenarnya, itu adalah keperluan mereka.

Kelebihan susu ibu pada bayi 

pelukan ibu

Seperti yang dijelaskan di atas,  susu manusia mempunyai kandungan protein dan lemak yang rendah, jadi mereka perlu kerap menyusukan bayi mereka.

Selain itu, bayi manusia dilahirkan dalam keadaan yang paling tidak matang serta memerlukan perhatian yang penuh selepas dilahirkan.

Tidak ada istilah bayi yang menjadi terlalu manja jika mereka sering didukung. Dan bayi kita memang perlu disusukan kerap.

Jadi, abaikan apa orang kata, angkat bayi anda, peluk dan susukan mereka selagi anda mampu ya!

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: breastfeedingtoday

Baca juga 

7 Perkara Ibu Menyusu Patut Buat Dalam Beberapa Bulan Pertama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Pelukan Ibu Semasa Menyusu Sangat Bermakna, Barulah Ikatan Bonding Ibu & Anak Lebih Erat
Kongsikan:
  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham