Istilah ekzema merujuk kepada keadaan kulit di mana kulit berwarna merah dan menjadi keradangan, malah kadang-kadang mempunyai benjolan kecil yang menyakitkan.
Penyebab paling biasa untuk ekzema adalah dermatitis atopik (kadang-kadang dipanggil ekzema bayi), yang memberi kesan kepada kanak-kanak yang lebih tua dan juga bayi.
Perkataan "atopic" menggambarkan keadaan yang berlaku apabila seseorang terlalu sensitif terhadap alergen dalam alam sekitar. Ini termasuk penyebaran, acuan, habuk, haiwan, dan makanan tertentu. "Dermatitis" bermaksud kulit meradang, atau merah dan sakit.
Pengalaman merawat ekzema anak

Menurut perkongsian Puan Siti Hasmah, ibu kepada 3 orang anak dan salah seorang anaknya, Mikhail yang kini berusia 5 tahun menghidap ekzema sejak bayi.
Mikhail mula kena ekzema sejak umur dia 3 bulan...mula-mula ingatkan ruam susu sebab ada spots di pipi dia, tapi lama2 makin teruk sampaikan 1 badan naik ekzema..
Masa ini macam-macam jenis ubat saya cuba homeopati, termasuk KRIM KLINIK & STEROID. Agak jahil kerana tidak banyak membaca & buat penyelidikan sebab dalam kepala hanya mahu anak cepat elok saja dan memang ekzema On / Off laa, duit habis terbang melayang.
Dekat setahun lebih jugak la dok tepek steriod..tapi tidak baik-baik, memang baik sekejap tapi lepastu flare semula, itu belum infeksi lagi, garu jangan cakap laa, hari bangun pagi pasti ada episod berdarah atas alas, baju semua penuh darah!
Paling perjuangan bila Mikhail lalui TSW ( Topical Steroid Withdrawal )
Ambil masa lama juga untuk pulih dari TSW.. Perjuangan itu benar... Saya hampir menyerah...
Jadi, 1 hari tu mcm kena jentik hati ni..Saya sertai kumpulan ekzema kat FB, masa ni baru tahu pentingnya penjagaan makanan..memang rasa bersalah sangat masa tu, sebab masa menyusu anak makan ikut sedap tekak je ..
Sejak itu saya memang berpantang makan, catat makanan apa yang cetuskan ekzema Mikhail, perlahan-lahan berhenti makan manis, makanan yang berasaskan gandum dan banyak lagi.

Memang stress jugak masa tu kerana banyak perkara yang sebabkan flare..sampai mengganggu kesihatan saya .. Tapi saya tetap tak putus asa nak Mikhail sembuh. Alhamdulillah kesabaran saya akhirnya berjaya dan saya dapat mengenalpasti makanan yang bersesuaian untuk Mikhail.
Cume nak pesan satu je ..
Nak cepat elok usus kena bersih ..
Mcm mana nak dptkan usus bersih?
EAT CLEAN .. InshaAllah ekzema cepat sembuh
Ibu sangat bersyukur sangat sebab Mikhail pulih asbab "EAT CLEAN", kalau kita kata dia ada ekzema pun orang tak percaya .?
Penjagaan ekzema dengan mengawal pemakanan

Parasit ini sangat suka pada makanan manis, makanan toksik dan ini akan menyebabkan badan kita menjadi lemah ketika ini, kita pun senang jatuh sakit.
Tengah bulan, adalah fullmoon (bulan penuh / bulan mengambang). Awal bulan pulak newmoon (Bulan baru / anak bulan).
Jadi, bila dah agak-agak lagi seminggu nak fullmoon, kita dah boleh bersiap kerana ia adalah salah satu pencetus untuk anak ekzema.
Ini tips saya, beberapa hari sebelum fullmoon & beberapa hari selepas fullmoon;
- Elak makanan berhistamin tinggi, manis-manis, makanan diproses.
- Kalau boleh puasa la, kalau ikut kalender hijriah kita kan disunatkan puasa 13,14,15 bulan hijriah
- Makanan sunnah pun boleh bantu jugak, buah betik, biji betik tu kalau boleh makan lagi baik kerana dia akan menghilangkan parasit2 dalam usus kita.
- Bagi anak-anak makan pra-biotik & Pro-biotika, malah mak ayah pun boleh jugak amalkan.
Penjagaan ekzema bermula dari rumah
Sekiranya anak anda menghidap ekzema, perkara penting yang anda perlu titip beratkan adalah penjagaan semasa di rumah dan bukannya ubat semata-mata. Ia tidak mempunyai penyembuhan, namun ia boleh dikawal jika diurus dengan baik.

- Mandi air suam.
- Menggunakan pelembap dalam masa 3 minit mandi untuk "mengunci" kelembapan.
- Sapu pelembap kulit.
- Pakai baju diperbuat daripada kapas atau jenis kain lembut.
- Gunakan sabun lembut atau pembersih bukan sabun semasa mencuci.
- Keringkan badan anak dengan udara atau perlahan-lahan menepuk kulit kering dengan tuala, dan bukannya menggosok kulit selepas mandi.
- Elakkan perubahan suhu dan aktiviti yang membuat anak berpeluh.
- Belajar dan ambil tahu tentang pencetus ekzema anak anda.
- Gunakan pembersih udara dalam rumah.
- Pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk elak risiko kulit digaru.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Facebook Puan Siti Hasmah
Kredit foto: Google
Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!