Proses pembangunan dan pergerakan yang berlaku di sekeliling membuatkan kualiti udara semakin terjejas. Kesannya kita terdedah dengan pencemaran kerana perlepasan asap kenderaan dan habuk tanpa kawalan. Justeru Dyson air purifier atau penapis udara Dyson dicipta bagi memastikan udara di rumah anda bersih dan segar.
Kualiti udara amat penting bagi membolehkan kita bernafas dan hidup dalam keadaan yang sihat. Jika tidak, bayi dan kanak-kanak antara golongan yang berisiko untuk jatuh sakit kerana sistem ketahanan tubuh mereka belum kuat.
Dyson air purifier dicipta untuk mengekalkan kesegaran dalam rumah
Udara di rumah anda boleh mengandungi pelbagai zarah seperti habuk, bulu haiwan peliharaan dan alergen kepada gas, VOC, NO2 dan benzena.
Memandangkan rumah menjadi tempat seisi keluarga berkumpul dan menghabiskan masa bersama, adalah penting untuk ibu ayah memastikan tahap pencemaran dalam rumah dalam kadar minimum.
Anda pastinya ingin yang terbaik buat pasangan dan anak-anak, kan? Justeru kami kongsikan beberapa tips untuk memastikan udara dalam rumah bersih dan bebas pencemaran.
#1. Produk pembersih seharian mengandungi bahan kimia
Mungkin ramai ibu tidak tahu bahawa sebahagian daripada VOC yang terdapat di rumah berpunca daripada bahan kimia dalam produk pembersih yang digunakan untuk membersih permukaan dapur, bilik mandi dan tingkap.
Limonene adalah salah satu sebatian yang menjadikan produk pembersih berbau seperti sitrus, tetapi ia boleh bertindak balas dengan ozon yang berlaku secara semula jadi di rumah untuk menghasilkan Formaldehid.
Justeru ibu-ibu disaran memilih produk pembersihan berasaskan bahan semula jadi bagi mengurangkan jumlah VOC dalam udara di rumah
#2. Pastikan permukaan lantai atau permaidini bebas habuk dan bulu haiwan
Pastikan permaidani, lantai keras dan permukaan dalam bebas daripada habuk dan rambut haiwan kesayangan – paling berkesan adalah menggunakan vakum.
Apabila duduk di atas sofa atau mengemas kusyen, anda mungkin melihat debu berterbangan. Namun tahukah ibu ia sebenarnya boleh kekal di udara dan dihirup oleh anak yang masih kecil?
Justeru bagi mengurangkan pencemaran zarah di rumah ini, ibu boleh buat deep cleaning atau vakum dengan lebih kerap.
#3. Tidak perlu lilin wangi
Beberapa perkara yang mungkin kita nikmati di rumah seperti bunga atau lilin wangi juga boleh menjadi punca pencemaran udara dalaman.
Daripada mengelakkannya sepenuhnya, cuba nyalakan lilin secara sederhana sahaja – contohnya pada waktu petang – pastikan anda mengalihkan udara di dalam bilik, atau gunakan penapis udara selepas itu untuk membantu mengalihkan sebarang baki VOC atau zarah daripada udara.
#4. Berhati-hati ketika membuka pintu atau tingkap rumah
Berhati-hati apabila membenarkan “udara segar”. Jika anda tinggal bersebelahan jalan raya atau laluan kereta api yang sibuk, membuka tingkap boleh membenarkan pencemaran luar, gas seperti NO2 dan SO2, ke dalam rumah anda.
Justeru jangan biarkan tingkap terbuka terlalu lama. Sebaik-baiknya keluar dan dapatkan udara segar selama beberapa minit, dan bukannya membiarkannya masuk ke dalam rumah.
#5. Pasang penapis udara di rumah
Sekiranya anak kecil anda kerap mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan kuman pada paru-paru, penggunaan penapis udara boleh menjadi salah satu usaha untuk mengurangkannya.
Penapis udara sudah menjadi keperluan untuk menjamin kesihatan keluarga yang lebih baik. Malah kajian juga menunjukkan pencemaran udara di dalam rumah boleh menyumbang kepada risiko kepada permasalahan kesihatan.
Bagi mendapatkan penapis udara yang berkualiti, apa kata anda semak beberapa kriteria yang ada pada Dyson Purifier Cool ini:
a. Penapis tertutup sepenuhnya – yang tidak membenarkan aliran udara memintas media penapis, jadi anda boleh memastikan mesin menapis udara zarah dan gas dengan baik.
b. Penapis dwi/gabungan – HEPA atau jenis penapis zarah lain mengeluarkan bahan pencemar zarah dari udara, seperti habuk, debunga dan bulu haiwan peliharaan. Jika boleh, cari mesin dengan penapis karbon teraktif yang mampu menyerap VOC, NO2, dan gas lain.
c. Berwaspada dengan alergen dan virus. Pastikan penapis udara telah diuji dengan penyelidikan makmal dan tetapan dunia sebenar.
d. Penciptaan penapis yang boleh bertahan sehingga 12 bulan.
e. Kefungsian kipas – untuk menyebarkan udara bersih ke seluruh bilik, bukan hanya di sudut tempat mesin diletakkan sahaja.
Penapis udara Dyson Purifier Cool™ TP07
Bagi membolehkan anda menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dengan gembira bersama keluarga, Dyson air purifier telah menampilkan lima model penapis udara yang sungguh efisien.
Antara salah satunya adalah Dyson Purifier Cool™ TP07. Berikut kelebihan alat mesin ini:
- Mampu menangkap habuk, alergen dan sehingga 99.9% virus, seperti virus COVID-19.
- Mengeluarkan 99.95% zarah ultrahalus dan sehingga 97% daripada bau rumah biasa.
Dilengkapi dengan teknologi terkini
-
Pengesan dan laporan secara automatik
Penderia bersepadu sentiasa menganalisis udara dalam rumah anda, manakala algoritma unik pada Dyson air purifier model ini akan menyemak silang data setiap saat. Ia mendiagnosis bahan cemar pada tahap molekul, memaparkan hasil langsung pada LCD.
-
Menangkap gas dan zarah ultrahalus
Penapis HEPA H13 menangkap 99.95% zarah sekecil 0.1 mikron. Lapisan karbon teraktif juga menghilangkan bau dan gas termasuk VOC5.
-
Mampu membersihkan seluruh bilik, diuji dalam bilik 81m3
Hanya pembersih udara Dyson yang mempunyai teknologi Air Multiplier™. Ia menjana kuasa peredaran untuk menarik bahan pencemar jauh ke dalam mesin, memancarkan udara yang telah dibersihkan ke seluruh bilik.
Dalam penulen terbaharu dari Dyson ini, ia bukan sahaja penapis yang memenuhi piawaian HEPA H13, malah keseluruhan mesin. Jadi apa yang masuk ke dalam, akan kekal di dalam mesin.
Ciri-ciri unik Dyson Purifier Cool™ TP07
Dyson Purifier Cool™ TP07 juga dilengkapi dengan ciri-ciri mesra pengguna seperti:
- Menyejukkan ruang dalam rumah – Dalam cuaca yang begitu panas, aliran udara berkuasa mampu mengurangkan rasa bahang dan memberikan kesan menyejukkan.
- Mod tersebar – Mengalihkan aliran udara melalui bahagian belakang mesin.
- Kini 20% lebih senyap – Kejuruteraan akustik dapat mengurangkan bunyi kuat, jadi 20% lebih senyap daripada model sebelumnya.
- Kawalan pintar dan data. Kawal dan pantau kualiti udara dari mana-mana sahaja menggunakan apl Dyson Link.
- Berayun sehingga 350. Ayunan boleh laras membersihkan udara di sekeliling seluruh bilik.
- Kawalan suara- Kawal ia bebas tangan dengan perkhidmatan suara yang serasi.
- Mod malam membolehkan pengguna menikmati tidur yang lebih lena dan selesa. Anda boleh pantau dan gunakan tetapan paling senyap, bersama dengan paparan yang dimalapkan.
- Penapis cepat dan mudah ditukar. Dengan pemberitahuan hayat penapis automatik pada ap LCD atau Dyson Link
Dyson Purifier Cool™ TP07 kini tersedia dalam beberapa pilihan warna iaitu: Putih/Silver & Hitam/ Nikel. Harganya adalah RM3,099.00.
Bagi anda yang teringin memilikinya, tidak perlu rasa terbeban kerana anda boleh membuat 12 ansuran dengan faedah 0% bulanan pada RM258/bulan menggunakan kad kredit Maybank, CIMB atau HSBC.
Sebarang maklumat lanjut atau tujuan pembelian, anda boleh terus melayari lama web rasmi Dyson iaitu www.dyson.my/dyson-purifier-cool-white-silver
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!