TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Rumah Yang Terlalu Bersih Punca Anda Sekeluarga Selalu Sakit

3 min bacaan
Rumah Yang Terlalu Bersih Punca Anda Sekeluarga Selalu Sakit

Jangan lupa untuk memakai sarung tangan dan topeng pelindung apabila membersihkan rumah. Langkah senang ini boleh mengelakkan anda dari jatuh sakit!

Rumah terlalu bersih ada banyak bahan kimia dari produk pembersih

Pendedahan berterusan pada bahan kimia dalam produk pembersih rumah boleh menyebabkan kemerosotan fungsi paru-paru yang sama seperti merokok, lapor Daily Mail pada 3 Oktober lalu.

Penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan perokok, boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang tidak dapat dipulihkan.

Pesakit akan sesak nafas dan terpaksa bergantung kepada oksigen tambahan.

Tapi kita masih malas untuk menggunakan sarung tangan dan topeng pelindung semasa mencuci rumah. Tahukah anda perbuatan tersebut memudaratkan kesihatan?

Menghidu bahan kimia ketika membersih rumah

bahan kimia

Kajian baru, “Adakah Anda Tahu Apa yang Anda Hidu?” yang telah dibentangkan di Kongres Persatuan Pernafasan European, mendapati pendedahan kepada bahan kimia pembersih, seperti peluntur, boleh meningkatkan risiko COPD sebanyak 32%.

Ini menyokong kajian tahun lalu yang dilakukan oleh Universiti Bergen di mana 5,000 pekerja pembersih telah kehilangan 17% fungsi paru-paru berbanding orang biasa.

Bahkan orang yang selalu membersihkan rumah kehilangan sebanyak 14% fungsi tersebut!

Bahan kimia yang memudaratkan kulit dan pernafasan

bahan kimia

Sumber gambar: Nick Youngson

Dr Gill Jenkins, salah seorang pengarang “Adakah Anda Tahu Apa yang Anda Hidu?” berkata:

“Kebanyakkan produk pembersih mengandungi bahan iritasi yang boleh merangsangkan kulit dan pernafasan.

Ini termasuklah peluntur, ammonia, serta jenis-jenis sebatian ammonia lain,” katanya.

Ramai pakar menyalahkan bahan kimia isothiazolinones yang terdapat dalam pengilat, pelembut kain dan bahan pencuci.

Jika anda baca label botol, anda akan mendapati banyak produk mesra kulit yang tidak mempunyai bahan kimia juga melampirkan amaran kerengsaan kulit.

Jadi, kenapa kata ia produk mesra kulit?

Apa bahan kimia dalam produk pembersih yang anda gunakan?

Rumah Yang Terlalu Bersih Punca Anda Sekeluarga Selalu Sakit

Menurut Daily Mail, ini adalah antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk pembersih yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit, mata ataupun sistem pernafasan. 

1. Benzalkonium klorida
Pengawet antimikrob dalam bentuk gel pekat berwarna putih atau putih kuning, biasanya mempunyai bau aromatik sederhana dan digunakan sebagai detergen.

Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, mata, pernafasan dan alahan.

2. Natrium hipoklorit
Ejen berasaskan klorin ini adalah bahan aktif dalam peluntur. Pada tahap yang rendah, ia boleh mengganggu mata, kulit dan saluran udara.

3. Isothiazolinones 
Ada methylisothiazolinone atau MI dalam kandungannya, dan dikatakan sebab peningkatan alahan seperti alahan dermatitis sentuh di mana kulit akan menjadi merah dan gatal.

4. Limonina

Selalu digunakan untuk memberi bau seperti limau lemon kepada produk pembersih. Ia boleh berubah menjadi formaldehid yang dikaitkan dengan kanser apabila terdedah kepada udara.

bahan kimia

Lindungi kulit anda dari bahan kimia yang memudaratkan

Jangan lupa untuk memakai sarung tangan dan topeng pelindung apabila membersihkan rumah.

Langkah senang ini boleh mengelakkan anda dari mendapat kerengsaan.

Pastikan semua tingkap dibuka, dan biarkan udara luar masuk ketika menggunakan produk pembersih.

Jangan menggunakan produk-produk semburan apabila anak dalam bilik yang sama. Suruh anak ke bilik lain, sebelum anda memulakan pembersihan.

Sumber: Channel New Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Waspada Kandungan Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda, Ia Boleh Menyebabkan Kanser!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Rumah Yang Terlalu Bersih Punca Anda Sekeluarga Selalu Sakit
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham