
Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk mendisiplinkan anak-anak ADHD? | Imej: Instagram
Berikut merupakan cara yang lembut lagi berkesan untuk mendidik dan mendisiplinkan anak ADHD.
Salah satu soalan paling umum bagi ibu bapa yang ada anak ADHD bertanya ialah adakah anak mereka perlu disiplin dengan cara yang berbeza.
Kadang-kadang, mendisiplinkan anak-anak dengan ADHD boleh menjadi satu cabaran. Tetapi anda boleh membuatnya lebih lancar untuk anak dan untuk diri anda dengan tip berguna ini.
Tapi sebelum itu, mari kita mendalami apakah itu ADHD dan anak ADHD.
Bagaimana anda mendisiplinkan anak-anak yang mempunyai ADHD? | Imej: Instagram
Kepercayaan normal yang biasa kita dengar ialah kanak-kanak ADHD ada masalah memberi perhatian. Tetapi pada hakikatnya, tingkah laku mereka adalah masalah yang lebih besar.
Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk mendisiplinkan anak-anak ADHD? | Imej: Instagram
Ibu bapa dengan anak ADHD perlu memahami strategi tertentu yang membawa kesan untuk kanak-kanak lain mungkin tidak akan memberi kesan yang sama untuk anak mereka.
Apakah itu strategi scaffolding? | Imej: Instagram
Ingat, anak ADHD memerlukan cara disiplin yang lebih berstruktur. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi arahan yang jelas, kerana ini banyak membantu.
Tingkah laku anak ADHD akan bertambah teruk jika hubungan anda bersama anak didasarkan pada interaksi negatif. Sebaliknya, dengan pujian dan interaksi yang positif, tingkah laku mereka akan senang diurus.
Ibu bapa perlu mengajar anak untuk membeza antara tingkah laku yang boleh diterima dan tingkah laku yang tidak baik. Namun, ibu bapa kena cuba untuk memberi pujian sebanyak mungkin untuk menggalakkan anak untuk berkelakuan baik.
Cara proaktif ini dipanggil Scaffolding.
Ajar anak ADHD supaya mereka mempunayi kemahiran untuk membantu mereka berjaya. Mereka lebih cepat faham apabila diberi arahan visual.
Oleh itu, jadual atau panduan adalah cara yang lebih baik untuk menjalankan rutin harian berbanding arahan secara lisan.
Gunakan arahan yang jelas dan mudah diikuti. Contohnya, jangan memberi arahan umum seperti “bersihkan bilik anda.” Sebaliknya suruh anak, “letak kembali semua buku di rak buku” atau “kemas dan letakkan semua mainan ke dalam bakul.”
Ibu apa juga boleh memberi ganjaran untuk tingkah laku yang baik.
Tunjukkan kesabaran dengan anak ADHD anda. Imej: Instagram
Beri fokus kepada satu perkara sahaja dan jangan cuba untuk memperbaiki kesemua kesalahan anak pada masa yang sama. Gunakan cara CARE untuk membantu ibu bapa.
1. Clear: Hapuskan segala gangguan yang boleh menyebabkan anak berkelakuan buruk.
2. Allow: Berikan kebebaskan kepada anak untuk memilih aktiviti.
3. Redirect: Jika anak sudah tidak minat aktiviti yang dimain sekarang, ubah ke aktiviti yang lebih sesuai.
4. Exit: Apabila semua cara tidak berkesan, alihkan anak dari situasi itu.
Selain daripada strategi penting ini, ibu bapa boleh menggunakan beberapa tips dibawah:
Semoga membantu.
Sumber: WebMD , Minda Kanak-kanak , Difahamkan
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/minyak-essential-autisme-adhd-add/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!
3 perangai normal anak yang selalu DISALAH ANGGAP sebagai masalah tingkah laku
4 Ciri-Ciri Anak ADHD, Tak Semua Hiperaktif Itu Sama, Jangan Sampai Salah Diagnos!
[Video] Pembedahan Buang Janin Pada Kehamilan Ektopik (Hamil Luar Rahim)
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!