X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ayah Mesti Kerap Bermain Dengan Anak Untuk Elak Anak Hiperaktif! - Kajian

4 min bacaan
Ayah Mesti Kerap Bermain Dengan Anak Untuk Elak Anak Hiperaktif! - Kajian

Kajian telah menunjukkan tanggungjawab bapa yang bermain bersama anaknya sedari kecil akan memberi impak pada emosi kanak-kanak apabila besar nanti.

Pernah terfikir mengapa ada anak-anak yang cepat marah? Antara salah satu sebab adalah daripada layanan seorang ayah tau! tanggungjawab bapa bukan setakat menyediakan keperluan keluarga sahaja, tapi perlu kerap bermain bersama anak juga. 

Kajian telah menunjukkan bapa yang bermain bersama anaknya sedari kecil akan memberi impak pada emosi kanak-kanak apabila besar nanti. 

Tanggungjawab bapa: Pastikan emosi anak terkawal

Seperti kata pepatah kasih ibu bawa ke syurga, dalam sudut ini, kasih ayah pula bawa ke emosi anak-anak yang stabil! Hebat bukan?

Kanak-kanak yang kerap bermain dengan ayahnya ketika waktu bayi lagi didapati mudah untuk mengawal emosi dan kelakuan mereka sebaik melangkah ke alam persekolahan. 

Kajian dari fakulti pendidikan Cambridge University’s telah menyasarkan pada bagaimana ibu dan ayah bermain dengan anak-anak mereka yang berusia antara 0 hingga 3 tahun dan bagaimana ianya mempengaruhi perkembangan anak-anak tersebut. 

Memang punyai banyak persamaan, namun keputusan menunjukkan pergaulan fizikal dengan si ayah lebih memberi impak, contoh seperti menggeletek, kejar-mengejar, berdukung belakang. Semua ini membawa hasil kepada emosi dan kelakuan yang lebih terkawal. 

kasih ayah

Masa main yang berkualiti 

Tidak dinafikan kasih tanggungjawab bapa tiada hadnya, walaupun bapa-bapa diluar sana memang setiap hari bermain dengan anak mereka, namun aktiviti fizikal yang lebih lasak atau lebih pergerakan dapat memberi impak yang lebih. 

Anak-anak yang mendapat masa main berkualiti bersama ayahnya didapati kurang memberontak, tidak hiperaktif dan sentiasa bijak mengawal emosi. Mereka kurang melepaskan kemarahan atau kekecewaan mereka kepada kanak-kanak lain. 

Kata Paul Ramchandani, Profesor permainan dalam pendidikan dan pembelajaran di Universiti Cmabridge merangkap salah seorang penulis dalam kajian ini, “permainan fizikal mewujudkan situasi yang seronok dan teruja pada kanak-kanak yang mana mereka sendiri perlu pandai mengawalnya.

Mereka perlu bertindak untuk mengawal keadaan tersebut jika keadaan menjadi tidak terkawal, contohnya jika si ayah terpijak kaki si kecil tanpa sengaja, ia tidak mengapa. 

Ia adalah satu persekitaran selamat yang mereka boleh belajar jika sesuatu berlaku diluar kawalan. Jika mereka memberi respon yang salah, si ayah sentiasa boleh memperbetulkan keadaan. Jadi di kemudian hari, anak-anak sudah tahu bagaimana untuk respon.”

Kasih ayah

Foto: Oh Bulan

Bagi kanak-kanak yang tidak berbapa

Untuk anak-anak yang hanya dibesarkan oleh ibunya tidak bererti akan menjadikan anak lebih hiperaktif dan tidak pandai mengawal emosi. 

Apa yang penulis tekankan di sini adalah kepelbagaian dalam permainan fizikal. Selalunya si ayah yang akan bermain lasak bersama anak-anak. Jadi untuk ibu-ibu juga boleh menerapkan permainan fizikal yang kerap untuk si kecil membesar dengan sihat. 

kasih ayah

Antara permainan bersama si kecil yang boleh dicuba:

#1. Baru lahir hingga usia 6 bulan

Cara paling mudah untuk bermain bersama bayi ketika usia ini adalah dengan memberikan respon setiap kali dia tersenyum. Melalui ekspresi muka dan suara anda, ia dapat membantu melatih kemampuan sosial dan emosinya. 

Untuk menjadikan permainan anda lebih interaktif anda boleh membuat bunyi atau suara seperti si manja anda. Bunyi yang familiar akan kelihatan seperti anda sedang berborak bersamanya. 

Apabila si kecil berusia beberapa bulan, anda boleh bermain bersama bayi dengan menunjukkan mainan yang mempunyai warna kontra dan tekstur berbeza. Letakkan si kecil pada kedudukan yang selesa dan membolehkan si manja melihat perkara yang berlaku di sekelilingnya. 

#2. Usia 7 hingga 12 bulan

Pada ketika ini, biarkan si kecil untuk merangkak dan bergerak dengan bebas. Namun, pastikan persekitaran permainan yang selamat. 

Sekiranya si manja menjatuhkan sesuatu permainan, cuba dekatkan mainan tersebut agar ia boleh mengambilnya sendiri. Anda juga boleh menggunakan cermin untuk membolehkan si kecil melihat ekspresi wajahnya sendiri. 

#3. Usia 1 hingga 2 tahun

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Pada tempoh ini, anda harus memberikan si kecil ruang untuk meneroka dunia. Anda boleh memberikan si manja mainan blok kayu (wood block), biar dia membina blok kayu dua tingkat.

Sebaiknya elakkan daripada memberi sebarang gajet kepada si kecil untuk mengajaknya bermain bersama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku ketagihan gajet kepada si manja. Dan ketagihan gajet juga mampu membuat percakapan anak anda lewat. 

Anda juga boleh membiarkan si manja untuk bermain dengan bayi seusia dengannya. Selain, itu tanggungjawab bapa juga untuk mengajar si kecil bermain permainan pretend play seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.

Sumber: theguardian Hellodoktor 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Peranan Ibu Bapa Bagi Membesarkan Anak Yang Bijak & Sihat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ayah Mesti Kerap Bermain Dengan Anak Untuk Elak Anak Hiperaktif! - Kajian
Kongsikan:
  • Bapa Memainkan Peranan Penting Bentuk Toleransi Anak, Bermainlah Dengan Mereka Lebih Kerap!

    Bapa Memainkan Peranan Penting Bentuk Toleransi Anak, Bermainlah Dengan Mereka Lebih Kerap!

  • Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

    Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Bapa Memainkan Peranan Penting Bentuk Toleransi Anak, Bermainlah Dengan Mereka Lebih Kerap!

    Bapa Memainkan Peranan Penting Bentuk Toleransi Anak, Bermainlah Dengan Mereka Lebih Kerap!

  • Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

    Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.