X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sekali-Sekala Maafkan Anak Jika Langgar Peraturan Rumah, Tanda Mereka Tidak Dikongkong

5 min bacaan
Sekali-Sekala Maafkan Anak Jika Langgar Peraturan Rumah, Tanda Mereka Tidak Dikongkong

Peraturan di rumah ada beberapa yang perlu diikut. Tapi sebenarnya tak ada salah sekiranya jarang-jarang peraturan dilanggar.

Bila ada anak kecil, menjadi lumrah untuk ibu bapa buat peraturan di rumah. Hal ini bertujuan supaya anak-anak lebih berdisiplin dan membesar dengan baik. 

Namun begitu, peraturan dalam rumah itu memang perlu ke diikut 100% ke? Tapi kalau kadang-kadang ‘terlanggar’ tak jadi masalah, kan? 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 7 peraturan di rumah yang boleh dilanggar sekali-sekala
  • Manfaat menetapkan peraturan di dalam rumah

7 peraturan di rumah yang boleh anak langgar sekali-sekala 

Manakan tidak, peraturan di rumah yang ditetapkan kadang-kadang terlalu banyak supaya dapat mencorak tingkah laku anak. Jadi tak ada salahnya jika anda atau anak-anak “terlanggar” mana-mana peraturan yang boleh dikompromi.

Peraturan apa yang dimaksudkan? Jom lihat 7 tujuh peraturan di rumah ini. 

1. Dilarang makanan makanan segera 

peraturan di rumah, peraturan apabila di rumah, peraturan ketika di rumah, peraturan rumah, peraturan semasa di rumah, peraturan perlu ikut ketika di rumah, peraturan, peraturan rumah, peraturan kepada anak-anak, anak-anak perlu ikut peraturan rumah, tetapkan peraturan di rumah

Memang ibu bapa digalakkan untuk beri anak makanan seimbang yang bagus untuk perkembangan si kecil. Tapi sesekali peraturan itu di langgar, tak menjadi masalah, kan?

Contohnya seperti bagi anak makan KFC atau makanan segera yang lain. 

Apatah lagi, pembungkusan makanan segera itu ada ketikanya diselitkan dengan alat permainan. Anak pun rasa lebih teruja dan anda pula boleh rehat seketika bila si kecil leka bermain permainan percuma itu. 

Boleh sebenarnya sekali sekala makan makanan ini namun perlu ingat janganlah selalu bagi anak ambil makanan segera. Mungkin sekali 2 bulan sudah memadai!

2. Tak boleh main telefon bimbit 

Kita hidup dalam teknologi yang serba moden. Kini telefon mudah alih amat diperlukan contohnya. Sebab itu, ada mak-mak yang letakkan peraturan di rumah iaitu anak tak boleh main telefon bimbit. 

Namun, menurut mereka yang berpengalaman, tak ada salahnya jika ingin beri anak main telefon bimbit seperti melihat video-video pembelajaran, belajar bahasa Arab, menonton video bacaan doa kanak-kanak dan sebagainya.

Tapi pastikan anda sentiasa pantau dan mengehadkan batasan ini. 

3. Tak boleh makan ais krim 

peraturan di rumah, peraturan apabila di rumah, peraturan ketika di rumah, peraturan rumah, peraturan semasa di rumah, peraturan perlu ikut ketika di rumah, peraturan, peraturan rumah, peraturan kepada anak-anak, anak-anak perlu ikut peraturan rumah, tetapkan peraturan di rumah

Kredit: Today

Antara peraturan di rumah yang wajib anak-anak ikut adalah dilarang makan ais krim dan hanya boleh menikmatinya ketika makan tengah hari saja. Waktu-waktu yang lain tak boleh. 

Sebenarnya tak salah nak langgar peraturan ini kerana si kecil pun tentu rasa lebih riang dan gembira bila dapat makan ais krim.

Apatah lagi susu yang terkandung dalam ais krim dapat tambahkan kalsium pada anak. Tapi janganlah bagi selalu, sekali sekala tak mengapa. 

4. Mainan sedikit lagi bagus 

Apabila berada di kedai permainan, kadang-kadang anda harus mengawal diri supaya tak terlalu teruja untuk beli semua mainan yang dijual. Hal ini kerana, anda sudah meletakkan syarat dan peraturan di rumah supaya mainan tak terlalu banyak. 

Padahal ia bagus bila anak suka bermain dengan permainan kerana mereka dapat belajar sesuatu dari situ. 

5. Suai padan baju adalah cara lama 

Image result for baby matching outfits

Biasanya bila ada anak, pasangan suami isteri akan menggayakan si kecil dengan suai padan baju dan warna tertentu.

Namun, tak salah sesekali dilanggar kerana ada ketikanya anak kelihatan comel bila menggayakan baju lain seluar lain.

Tapi jangan nampak terlalu pelik sangat. Kasihan anak.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

6. Tak boleh tidur sebilik dengan anak 

Antara lain peraturan dalam rumah ialah bilik anak mesti dihias cantik supaya mereka selesa tidur di dalamnya. Tapi sesekali ibu ayah tidur dengan si kecil tak ada salahnya.

Bahkan pasti dia juga ingin bermanja bersama ibu bapanya ketika tidur. 

7. Di tempat tidur

Anda sentiasa berfikir anak akan mudah tidur bila dibacakan buku atau menceritakan pada si kecil kisah-kisah dongeng. 

Peraturan dalam rumah ini sebenarnya sudah tak wujud, sebabnya anak-anak ini sebenarnya mengikut mood masing-masing hingga kadang-kadang susah nak bagi tidur. Tambah-tambah si kecil yang semakin melasak. 

Manfaat menetapkan peraturan di dalam rumah

Ada banyak kebaikan bagi ibu ayah yang menetapkan peraturan di rumah untuk anak-anak. Salah satunya membantu kanak-kanak untuk mengetahui tingkah laku yang baik dan buruk.

Ketika anak sedang membesar, dia pastinya akan dihantar ke pusat jagaan ataupun sekolah.

Dengan menetapkan beberapa peraturan dalam rumah, mereka dapat mengetahui bahawa ada perkara boleh dilakukan oleh mereka dan ada perkara menjadi salah jika dilakukan.

Faedah peraturan ini boleh menjadikan anak-anak menjadi orang yang lebih taat dan berdisiplin apabila berada di luar rumah. Mereka juga tidak berasa begitu kekok dalam persekitaran sosial, malah mungkin pandai membawa diri apabila ibu ayah menghantar ke sekolah.

Walau bagaimanapun ibu ayah dinasihatkan agar menetapkan beberapa peraturan yang seiring dengan usia anak agar mereka berasa tidak terbeban dan terlalu dikongkong.

Anak kecil yang sedang membesar memerlukan kebebasan untuk meneroka, namun sebagai ibu ayah anda hendaklah mendidik mereka menghormati setiap perkara yang dilarang ketika di dalam rumah.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga tetapkan perkara-perkara yang anak-anak tidak boleh buat? Kongsi dengan kami ya!

Sumber: Ditulis oleh Dew M. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tips Untuk Eratkan Hubungan Dengan Anak Sehingga Mereka Besar, No #3 Kita Sering Lupa Buat!

Baca juga: Bayi Ini Keracunan Makanan Selepas Makan Nasi Sushi, Perlu Waspada Ya Ibu-Ibu!

Baca juga: Doktor Ini Beri 9 Tips Kepada Ibu-Ibu Di Luar Sana…Rehatlah Jika Penat, Jangan Sampai ‘Burnout’!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Sekali-Sekala Maafkan Anak Jika Langgar Peraturan Rumah, Tanda Mereka Tidak Dikongkong
Kongsikan:
  • Psst! 12 Posisi Seks Kegemaran Pasangan Berdasarkan Zodiak, Jom Try!

    Psst! 12 Posisi Seks Kegemaran Pasangan Berdasarkan Zodiak, Jom Try!

  • Jenis Darah Anak Berbeza Dengan Darah Ibu Ayah, Mengapakah Ia Boleh Terjadi?

    Jenis Darah Anak Berbeza Dengan Darah Ibu Ayah, Mengapakah Ia Boleh Terjadi?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Psst! 12 Posisi Seks Kegemaran Pasangan Berdasarkan Zodiak, Jom Try!

    Psst! 12 Posisi Seks Kegemaran Pasangan Berdasarkan Zodiak, Jom Try!

  • Jenis Darah Anak Berbeza Dengan Darah Ibu Ayah, Mengapakah Ia Boleh Terjadi?

    Jenis Darah Anak Berbeza Dengan Darah Ibu Ayah, Mengapakah Ia Boleh Terjadi?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.