Ibu bapa paling takut bayi keracunan makanan kerana bimbang badan kecil mereka tidak mampu melawan jangkitan. Tapi kadang-kadang perkara ini tidak dapat dielakkan meskipun ibu ayah sudah berjaga-jaga.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Masalah bayi keracunan makanan amat berisiko tinggi
- Bayi keracunan makanan bukan kerana makan makanan mentah
- Pengalaman berdepan bayi keracunan makanan
- Cara untuk mengelakkan bayi keracunan makanan dan ancaman kuman Salmonella
Tidak dinafikan bahawa mereka yang bekerja berdepan kesuntukan masa untuk memasak. Justeru alternatif lain adalah makan di luar. Meskipun sedap dan memuaskan, namun ia tidak dapat menjamin makanan tersebut disediakan dengan begitu bersih.
Masalah bayi keracunan makanan amat berisiko tinggi
Risiko bayi keracunan makanan juga semakin meningkat apabila si kecil anda sudah mula mengambil makanan pejal dan selalu ingin mencuba makanan ibu bapanya.
Ibu bapa juga pasti rasa terhibur melihat gelagat bayi mereka mencuba pelbagai makanan dengan penuh berselera. Bukan itu sahaja, ada sesetengah ‘rajin’ menyuapkan semua makanan yang dimakan oleh mereka kerana kasihan melihatkan si kecil terliur.
Tetapi ibu bapa kena ingat tahu, keselamatan bayi anda perlu dipertimbangkan dulu. Hal ini kerana masih ada banyak makanan yang tidak sesuai untuk perut si kecil anda!
Bayi keracunan makanan bukan sebab makan makanan mentah
Seorang ibu baru memberi amaran yang sangat penting mengenai keselamatan makanan untuk bayi, terutama ketika makan di luar.
Bayi mereka sakit bukan sebab makan ikan mentah, ibu bapa mangsa menjelaskannya di laman Facebooknya. Sebaliknya, ia disebabkan nasi sushi!
Makanan yang disediakan di restoran sushi masih mempunyai risiko pencemaran – termasuklah nasi sushi, jika kawalan kebersihan makanan yang ketat tidak diamalkan.
Akhirnya bayi kami dibenarkan pulang! Kami bersyukur bayi kami berjaya mengatasi jangkitan bakteria dan dari pengalamannya ngeri ini, kami mendapat pengajaran yang sangat penting.
Bayi kami telah terjangkit penyakit Salmonella. Bakteria ini hadir dalam daging, ikan, dan telur. Tapi bakteria ini dapat dihapuskan jika makanan dimasak terlebih dulu.
Bakteria ini mempunyai tempoh inkubasi 12-24 jam. Bayi keracunan makanan akibat bakteria ini hanya akan mula menunjuk tanda-tanda seperti demam dan cirit-birit selepas tempoh inkubasi ini.
Tanda lain termasuk najis biasa bersama dengan mukus yang kelihatan seperti putih telur.
Pada 10 Mei, kami telah makan di sebuah restoran sushi. Bayi saya mahu ikut makan, jadi saya memilih susyi telur (sila rujuk gambar di bawah) untuknya, kerana dia sudah mula mengambil makanan pejal.
Bolehkah bayi keracunan makanan walaupun tak makan ikan mentah? Walaupun susyi telur tidak mentah, nasi susyi masih boleh tercemar dengan salmonella.
Saya baru sedar kemungkinan pencemaran selepas pengalaman kami makan di restoran itu. Kakitangan restoran yang menyediakan ikan mentah dan menyediakan susyi biasa mungkin orang yang sama dan mereka tidak tukar sarung tangan.
Oleh itu bakteria dari ikan mentah boleh tersebar ke sushi lain walaupun bukan susyi mentah.
Pengalaman berdepan bayi keracunan makanan
11 Mei, 3 petang – Bayi saya demam 38.5 darjah. Kami bergegas membawaya ke unit kecemasan di mana dia diberi ubat.
13 Mei – Suhu demam bayi sentiasa berubah-ubah. Dia turut cirit-birit sehingga 6 kali sehari.
15 Mei – Doktor beri ubat tetapi bayi saya masih demam, dan cirit-birit. Malam itu suhunya tiba-tiba naik sehingga 40 darjah.
16 Mei – Doktor tukar ubat kepada ubat demam cucuk punggung.
17 Mei – Najis bayi ada darah yang banyak! Kami bergegas ke hospital. Doktor kata bayi saya perlu tinggal di hospital untuk dipantau. Pihak hospital turut menjalankan ujian darah dan ke atas najisnya.
20 Mei – Bayi saya pulih sepenuhnya.
Selepas pengalaman ini, saya berasa amat kesal dan bersalah kepada anak sendiri kerana cuai. Kita tidak boleh anggap makanan yang disediakan di restoran sesuai dan selamat untuk dimakan bayi.
Biarpun menyediakan makanan di rumah, daging, telur, ikan dan sayuran mesti masak sepenuhnya sebelum diberi kepada bayi.
Selain itu, sayuran dan salad buah tidak sesuai untuk bayi kecil. Buah-buahan yang diberi haruslah dibasuh beberapa kali untuk memastikan ianya bersih. Tangan orang yang menyediakannya just perlulah bersih.
Cara untuk mengelakkan bayi keracunan makanan dan ancaman kuman Salmonella
- Jangan beri anak susu mentah yang tidak dipasteur.
- Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan teliti sebelum membiarkan anak makan secara mentah.
- Gunakan papan memotong berasingan dan cuci sinki dan kawasan yang telah bersentuhan dengan daging.
- Jangan beri bayi anda telur setengah masak. Makanan seperti mayonis buatan sendiri dan adunan kek yang belum dimasak semua mengandungi telur mentah.
- Simpan makanan seperti keju, telur, daging deli, beras masak dan makanan laut di bawah 5 darjah Celcius.
- Buangkan telur atau buah yang telah retak sedikit atau terkupas kulit. Bakteria boleh masuk melalui lubang ini.
- Beli makanan laut yang segar dan dari pembekal yang dipercayai. Makanan laut yang tidak bersih boleh menyebabkan bayi keracunan makanan.
- Semak senarai makanan ini yang tidak selamat untuk bayi di bawah 1 tahun.
Kami di theAsianparent berharap artikel ini berguna untuk ibu bapa, dan dapat mengurangkan bayi keracunan makanan! Jangan ingat bayi keracunan makanan itu bukan perkara yang serius ya!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething & 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!
Baca juga: Bayi Kerap Berak Cair, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bayi Mengalami Cirit-Birit?
Baca juga: Jangan panik bila anak cirit birit, cuba 8 petua ini dulu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!