X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!

4 min bacaan
Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!

Khuatir bila bacaan suhu badan anak melonjak naik? Jangan panik, lakukan langkah-langkah ini dahulu, namun sekiranya masih tinggi, perlu segera jumpa doktor!

Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan suhu demam bayi mendadak naik.

Antaranya ialah disebabkan oleh jangkitan, persekitaran yang tak sihat, cuaca tak menentu dan pemakanan.

Suhu demam bayi 

Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!

Suhu normal manusia, biasanya ialah sekitar 36 °C manakala suhu demam bayi bacaannya bermula dari 38 °C hingga 40°C.

Tapi demam ini sebenarnya bukanlah penyakit. Ia kesan daripada tubuh yang sedang melawan jangkitan seperti selesema, sakit tekak, batuk dan sebagainya. 

Apabila anda sudah bergelar ibu atau ayah, anda harus berhadapan dengan keadaan bayi demam. Ada ketikanya bayi akan merengek tak selesa kerana badan panas, menangis, merengek dan paling terseksa bila tak mahu tidur malam.

Aduhai, terpaksalah bersengkang mata jaga si kecil. Tabah ya ibu ayah! 

Meskipun begitu, suhu bayi harus diambil dan baca setiap satu jam sekali. Ini supaya anda boleh tahu jika ia berkurang dari masa ke semasa atau tidak.

Jika tak dipantau, bayi boleh terkena sawan yang terjadi akibat suhu demam bayi terlalu tinggi hingga mencecah 40 °C .  Ibu ayah juga turut berisiko kehilangan nyawa mereka jika tidak mengambil tindakan segera!

Tanda-tanda bayi demam teruk 

suhu demam

Demam bayi ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama suhu demam bayi yang tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam.

Keduanya, suhu demam bayi yang tinggi, kemudian disusuli dengan:

  • Muntah
  • Batuk berkahak 
  • Selesema teruk 
  • Hilang selera makan 
  • Lesu dan tidak mahu bermain 
  • Hanya mampu terbaring 
  • Timbul ruam/bintik-bintik merah 
  • Sukar bernafas atau nafas berbunyi 
  • Mulut kering kerana kekurangan air 

Jika melihat bayi anda ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat. Anda perlu tahu, tubuh bayi tidak seperti orang dewasa, kalau makan sebiji pil panadol terus sihat.

Tapi kalau bayi, mereka ambil masa juga untuk sembuh kerana sistem imun dan antibodi mereka belum cukup kuat sepenuhnya. 

Cara periksa suhu

suhu demam bayi, suhu tubuh bayi, suhu demam, suhu badan, mengawal suhu badan, suhu normal bayi, suhu tanda demam, suhu tanda tak sihat, cara sembuhkan bayi dari demam, cara sembuhkan demam bayi, bayi dikatakan demam pada suhu berapa, suhu tubuh normal bayi 2 bulan, suhu badan baby, suhu demam anak, suhu demam baby

Kredit: Nakita. ID

  • Suhu badan bayi boleh diambil menggunakan termometer (boleh beli di farmasi). Tempat untuk check suhu bayi boleh dinilai melalui mulut, ketiak, telinga atau dahi.
  • Pastikan termometer yang digunakan bersih dari kotoran. Kalau boleh cuci guna sabun dan bilas dengan air bersih terlebih dulu sebelum guna. 
  • Posisi yang selesa untuk ambil suhu demam bayi adalah ketika si kecil sedang baring. 
  • Jika menggunakan termometer digital, anda perlu tahan selama seminit ke dua minit sebelum bunyi notifikasi keluar. Ia menandakan bacaan sudah dinilai. Tapi kalau termometer yang lagi canggih macam di hospital dan klinik swasta, anda tak perlu tunggu, letak sekejap di telinga bacaan akan keluar kemudiannya. 

Bagaimana nak kurangkan suhu demam bayi? suhu demam, suhu demam bayi, demam in english

Mengikut nasihat doktor, anda boleh cuba 6 langkah ini:

  • Bagi bayi anda makan ubat demam seperti nasihat doktor. Ubat tersebut mestilah ubat yang telah diberikan oleh doktor di farmasi klinik, selepas terima rawatan. 
  • Buka pakaian bayi dan basahkan tubuhnya dengan air asam jawa supaya suhu demam cepat turut (InsyaAllah, memang mujarab, saya dah cuba!). 
  • Kerap basahkan kepala dan ubun-ubun bayi dengan air asam jawa tersebut. 
  • Mandikan bayi dengan air suam. Biar dia rasa selesa. 
  • Pakaian bayi pula mestilah yang selesa dan nipis. Contohnya, baju yang ada lubang-lubang. Itu sesuai sangat! 
  • Kerap berikan bayi minum susu badan atau formula untuk yang 6 bulan ke bawah. Manakala untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, selain susu, beri juga si kecil minum air kosong. Ini supaya tubuh tidak kering. 

Kesimpulannya, ibu ayah tidak boleh mengambil mudah sekiranya mendapati anak kecil mengalami gejala tidak sihat atau demam.

Stories Rakan Kongsi
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
10 Things Mummies Do To Have Calm And Happy Babies
10 Things Mummies Do To Have Calm And Happy Babies

Segera mendapatkan rawatan hospital dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan anak-anak makan ubat untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Menyukat Suhu Badan Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Anak
  • /
  • Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!
Kongsikan:
  • Berapa suhu normal bayi 1 tahun ke atas dan apa tanda anak demam?

    Berapa suhu normal bayi 1 tahun ke atas dan apa tanda anak demam?

  • Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Untuk Sukat Suhu Badan Jika Anda Rasa Mereka Demam

    Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Untuk Sukat Suhu Badan Jika Anda Rasa Mereka Demam

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Berapa suhu normal bayi 1 tahun ke atas dan apa tanda anak demam?

    Berapa suhu normal bayi 1 tahun ke atas dan apa tanda anak demam?

  • Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Untuk Sukat Suhu Badan Jika Anda Rasa Mereka Demam

    Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Untuk Sukat Suhu Badan Jika Anda Rasa Mereka Demam

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.