X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Demam On Off Dekat 2 Minggu, Tiba-Tiba Sawan Walaupun Badannya Tidak Panas

5 min bacaan
Anak Demam On Off Dekat 2 Minggu, Tiba-Tiba Sawan Walaupun Badannya Tidak PanasAnak Demam On Off Dekat 2 Minggu, Tiba-Tiba Sawan Walaupun Badannya Tidak Panas

Anak demam on off sehingga dua minggu membuatkan ibu susah hati. Seperti yang dikongsi wanita ini, anaknya tiba-tiba terkena sawan tarik

Memandangkan kini wad kanak-kanak di kebanyakan hospital dilaporkan menerima jumlah pesakit yang terlalu ramai, ibu ayah diminta sentiasa waspada dengan musim anak demam on off. Gejala ini turut disertakan bersama selesema dan batuk.

Setiap ibu pastinya merisaukan keselamatan anak kecil, terutamanya bayi. Hal ini kerana jika ada seorang yang tidak sihat dalam rumah berkemungkinan besar akan menjangkiti orang lain.

Musim anak demam on off, ibu cemas anak tiba-tiba rebah ketika ingin solat

anak demam panas

Seorang ibu, Maya Tre Top telah berkongsi pengalaman menguruskan anak demam di rumah.

Saya ingin berkongsi pengalaman sendiri untuk manfaat semua.

Minggu lepas saya sekeluarga satu rumah demam, sekali dengan batuk dan juga selesema. Anak-anak memang on off demam dan tidak skip bagi ubat demam budak setiap 4 hingga 6 jam sekali.

Demam kali ni agak kuat kerana bila waktu siang dia nampak okay, namun malam akan jadi demam semula bila habis kesan ubat.

Kebah sekejap-sekejap sahaja.

Masuk minggu kedua, anak-anak saya demam on off semula tetapi tidak kerap selama dua hari. Namun semalam ketika kami ingin solat Maghrib, anak lelaki saya tengah berdiri dan dia tiba-tiba rebah macam nak pengsan.

Masa tu dia masih sedar cuma nampak macam lemah. Masa tu memang rasa badan dia tidak panas lagi.

Jadi disebabkan dia tiba-tiba jatuh, saya dan suami segera bawanya ke hospital. Sebaik sahaja sampai di kecemasan, kena tunggu saya daftar dan tidak sampai lima minit masa ayahnya pegang, dia tiba-tiba kena sawan tarik.

Habis satu badan jadi kejang, mata putih dia pula naik ke atas, kancing gigi, mujur saja waktu tu memang kami dah ada di unit kecemasan. Terus saya berlari bawa masuk ke dalam.

Masa anak kena sawan, badannya langsung tidak panas

anak demam

Doktor dan nurse cuba bagi rawatan untuk hentikan sawan. Alhamdulillah tidak sampai 5 minit dia berhenti sawan, tapi badan jadi lemah lembik seperti tidak sedar.

Masuk wad untuk pemerhatian. Tapi apa yang saya nak bagitahu masa dia tengah tarik sawan, badannya langsung tidak panas.

Tapi lepas satu jam baru start panas kuat. Suhu demam dia selepas sawan naik antara 39 hingga 40 darjah celsius.

Doktor ada berpesan pada saya, jika anak-anak demam on off, jangan hantar mereka ke sekolah.

Bagi ana rehat. Sentiasa letak kain basah pada badan walaupun tidak rasa badannya panas. Dan alhamdulillah anak saya kembali kepada suhu badan normal.

Dia juga nampak semakin baik. Cuma saya kena hati-hati, bagi kerap mandi sehingga 10 kali takpe, setiap dua jam bagi meredakan panas dalam badan.

Apa yang perlu ibu buat bila anak demam panas?

Anak demam adalah sebahagian cara tubuh mempertahankan daripada sebarang jangkitan. Meskipun bukan penyakit, jika mencatatkan suhu demam mencecah 40 darjah celsius atau lebih, ia boleh menjadi sangat bahaya.

Bagi kebanyakan anak demam panas, ia boleh dirawat hanya dari rumah. Berikut beberapa cara yang boleh ibu cuba:

#1. Lapkan badan. Rendamkan tuala kecil ke dalam air dan sapukan ke seluruh badan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja.

#2. Buka pakaian dan elakkan penggunaan selimut. Lapisan pakaian dan selimut berupaya memerangkap haba. Ini sekaligus membuatkan demam menjadi lebih lama daripada biasa.

#3. Kerapkan mandi.

#4. Turunkan suhu bilik dapat mengurangkan suhu badan anak demam.

#5. Berikan si manja minum air dan dapatkan rehat secukupnya.

Jenis ubat demam budak yang boleh didapati dari farmasi atau klinik

ubat demam budak

Ubat demam budak boleh dibeli tanpa prescription doktor di farmasi berdekatan. Kebiasaannya, ubat demam yang digunakan di Malaysia ialah paracetamol. Nama lainnya adalah Acetaminophen.

Selain dapat meredakan demam, ibu ayah juga boleh guna ubat ini untuk tahan sakit. Misalnya, anak sakit gigi atau sakit kaki disebabkan jatuh.

Sekiranya anda ingin memberikan si manja ubat demam, pastikan mengikut arahan dan sukatan dos yang telah ditetapkan. 

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Paling penting, anak perlu diberi makan ubat setiap enam jam atau empat kali dalam tempoh 24 jam. 

Jika demam anak masih berlarutan atau menunjukkan simptom merisaukan, segeralah berjumpa doktor. Misalnya anak demam dua hari tak sembuh-sembuh selepas beri Paracetamol, demam tinggi sangat hingga anak meracau atau demam berserta ruam.

Untuk ibu yang ada anak kecil, perlu tahu suhu normal bayi supaya anda tidak panik

Cara untuk tahu bayi anda demam, ialah rasa panas di bahagian dahi, leher, belakang, dan perut apabila disentuh.  Pipi bayi mungkin akan kelihatan merah dan kadang-kadang si kecil akan mula berpeluh.

Julat suhu normal bayi apabila disukat melalui rektum, adalah di antara 36.6 – 37 °C. Suhu demam pula adalah suhu yang melebihi 38 °C.

Ibu bapa perlu berhati-hati jika suhu badan bayi mencecah:

  1. 38 °C untuk bayi di bawah 3 bulan
  2. 39 °C dan ke atas, untuk bayi berumur 3 – 6 bulan

Sekiranya anda memiliki bayi demam yang berusia kurang satu bulan atau berat badannya kurang 4 kilogram, pastikan berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan. Semoga bermanfaat!

Gambar sekadar hiasan. Kredit: sumi jelly

Facebook, Myhealth, klinik avicenna

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!

Baca juga: Ikhtiar Turunkan Suhu Badan Anak, Ustazah Kongsi Doa Demam Panas Yang Boleh Ibu Amalkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Demam On Off Dekat 2 Minggu, Tiba-Tiba Sawan Walaupun Badannya Tidak Panas
Kongsikan:
  • Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

    Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

  • Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

    Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

  • Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

    Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

app info
get app banner
  • Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

    Kadar Pesakit Kanser Payudara Semakin Meningkat, Wanita Muda 20-40 Tahun Paling Ramai Yang Kena

  • Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

    Bagaimana Tracker Perkembangan Bayi Ini Dapat Bantu Memudahkan Lagi Hidup Ibu Baru

  • Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

    Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.