Memiliki anak bermaksud anda perlu peka dengan antibiotik mereka terutamanya ketika mengambilnya sebagai ubat. Saranan doktor berkenaan antibiotik anak tidak boleh dibuat main-main. Setiap sukatan ditentukan berdasarkan umur dan kesihatan anak sendiri.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Punca ibu tidak menghabiskan antibiotik anak
- Kenapa ibu bapa perlu berikan antibiotik kepada anak sehingga habis
Namun sejauh mana saranan doktor diambil secara serius oleh ibu bapa? Ada pula ibu bapa berpendapat mereka lebih arif tentang tubuh anak mereka sendiri maka saranan pengambilan antibiotik dipandang sebelah mata sahaja.
Ibu tidak berikan antibiotik anak mengikut sukatan ditetapkan

Itu apa yang terjadi dalam perkongsian seorang doktor. Kisah ini dikongsikan dalam pautan facebooknya. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkhidmat di sebuah klinik dalam bahagian kesihatan dan perubatan telah berdepan dengan situasi yang agak menganggu.
Menurut beliau, situasi ini terjadi apabila sebuah keluarga telah membawa anak mereka berjumpanya. Kanak-kanak tersebut telah pun menerima ubat seperti ditetapkan namun tidak juga sembuh.
Untuk mengetahui situasi terkini lalu beliau bertanyakan perihal si ibu dalam memberikan ubat. Jawapan si ibu amat mengecewakan. Rupa-rupanya si ibu tidak memberikan ubat antibiotik mengikut sukatan ditetapkan doktor.

“Dia dah tak demam, saya berhentilah ubat. Takut bagi lama sangat, ada side effect pula,” beritahu si ibu.
Tanpa sukatan tepat akan menyebabkan kerintangan antibiotik
Melalui bicara ibu itu, Dr Kamarul Ariffin berpendapat bahawa si ibu tidak memahami sepenuhnya saranan doktor mengenai sukatan yang telah ditetapkan. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk terangkan dengan lebih lanjut berkaitan antibiotik anak.
Beliau tegaskan bahawa antiobik perlu diambil mengikut sukatan yang telah ditetapkan doktor bertugas. Malah, biar pun dalam dua, tiga hari kemudiannya anak sudah kebah demam namun antibiotik tetap perlu dihabiskan.

Pengambilan antibiotik tanpa skala yang betul akan menyebabkan kerintangan antibiotik. Kerintangan antibiotik ini amat perlu dielakkan dan ia akan berikan kesan yang buruk untuk kesihatan. Disebabkan itulah anak mereka masih tidak sembuh walaupun sudah diberikan ubat.
Penerangan beliau terhadap si ibu agak terganggu dengan respon bapa yang defensif. Dia hanya menunding jari kepada isterinya. Si bapa telah meletakkan kesalahan di bahu si ibu.
“Kalau dah tahu isteri tak beri, kenapa awak tak tolong beri? Kan benda ni tanggungjawab bersama,” ujar Dr Kamarul Ariffin kepada si suami.
Menjaga anak bukanlah mudah. Ia memerlukan tindakan yang membantu dari pasangan. Ibu dan bapa perlu lebih peka dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Semoga bermanfaat!
Kredit gambar: athirahassin
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sup Antibiotik Ini Boleh Turunkan Suhu Demam Anak & Cairkan Kahak, Cukup Mudah Untuk Ibu Cuba!
Baca juga: Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan
Baca juga: Benarkah Madu Mampu Merawat Batuk Lebih Baik Daripada Antibiotik? Kelebihan Madu Ini Cukup Hebat - Menurut Doktor
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!