TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan

3 min bacaan
Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan

Kajian baru yang dibentangkan di kongres antarabangsa ERS 2017 menunjukkan bahaya penggunaan antibiotik berlebihan untuk kanak-kanak asma.

Asma pada kanak-kanak

Ibu bapa yang ada anak dengan asma pasti tahu keperitannya melihat anak mendapat serangan.

Asma adalah penyakit kronik di mana saluran pernafasan pesakit alah terhadap alergen tertentu.

Apabila kanak-kanak mengalami serangan, saluran penafasan mereka akan jadi sempit kerana keradangan.

Akibatnya, kanak-kanak itu akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Dan dalam kes yang lebih teruk, kanak-kanak itu perlu diwadkan di hospital.

Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan

Kajian antibiotik untuk asma pada kanak-kanak

Pakar mencuba sedaya-upaya untuk mengatasi masalah ini, hingga muncul kajian tentang antibiotik untuk asma pada kanak-kanak.

Kajian itu dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah di Milan, Itali baru-baru ini. Ia ada 2 penemuan utama:

  1. Gejala dan tanda-tanda asma sering disalah anggap sebagai jangkitan pernafasan, dan sebagai rawatan, kanak-kanak akan diberi antibiotik.
  2. Kes-kes asma yang serius selalu dirawat dengan antibiotik walaupun ia sebenarnya tidak berkesan. Malah garis panduan pengurusan klinikal tidak menyokong rawatan ini!

Lebih daripada 1.5 juta kanak-kanak di UK termasuk 150,000 yang menghidap asma, dan 375,000 lagi dari Belanda, dengan 30,000 menghidap asma telah dikaji.

Kajian menunjukkan kanak-kanak dengan penyakit ini lebih cenderung (sebanyak 1.6 kali) menerima preskripsi antibiotik berbanding dengan kanak-kanak lain.

Adakah antibiotik berkesan merawat asma pada kanak-kanak?

Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan

Antibiotik selalu diberi untuk merawat jangkitan bakteria. Jadi, ia sebenarnya tidak berguna apabila kanak-kanak itu tidak mempunyai jangkitan.

Kesan sampingan apabila kanak-kanak diberi antibiotik yang terlalu banyak adalah masalah daya tahan badan.

Antibiotik tidak dapat merawat setiap bakteria. Bakteria yang masih hidup boleh membentuk daya tahan terhadap antibiotik.

Dan apabila antibiotik itu benar-benar diperlukan sebagai rawatan, kegunaannya tidak akan berkesan.

Dr Esmé Baan berkata penggunaan antibiotik untuk penyakit asma perlu digunakan dengan berhati-hati dan menggesa doktor untuk membuat diagnosis yang betul.

Di samping itu, antibiotik juga tidak disyorkan apabila keadaan asma semakin pulih, kerana ia jarang dikaitkan dengan jangkitan bakteria.

Dr Baan menambah – 

“Antibiotik hanya boleh diberi apabila ada bukti jelas jangkitan bakteria, contohnya radang paru-paru.

Walaubagaimanapun, kita sering melihat kanak-kanak dengan asma diberi antibiotik bertujuan untuk merawat asma kronik atau bronkitis, yang biasanya disebabkan oleh virus dan bukannya bakteria.”

Masalah asma di Malaysia

Menurut Asthma Malaysia sebanyak 2 juta rakyat malaysia menghidap penyakit ini.

90% daripadanya kes yang dilaporkan adalah kes yang sudah di luar kawalan dan sebanyak 50% kanak-kanak pernah mengalami nafas yang berdehit apabila berumur 6 tahun.

Malangnya, ada ramai lagi kanak-kanak di Malaysia yang tidak pernah didiagnosis dan sudah dalam keadaan teruk apabila menerima rawatan. 

Tanda-tanda asma pada anak

Penyakit ini adalah sejenis alahan. Ia lebih sukar untuk dikenalpasti untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Menurut Asthma UK, anak lebih cenderung mengalami penyakit ini jika:

  • mereka lahir pramatang, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan pernafasan
  • mereka ada berat badan yang rendah
  • Ibu mereka merokok semasa hamil
  • Mereka juga ada ekzema atau alahan
  • ada sejarah penyakit yang sama, ekzema, hay fever atau alahan lain 
  • terdedah kepada asap rokok atau pencemaran
  • sering mengalami serangan bronkiolitis atau krup semasa masih bayi atau kanak-kanak

Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan

Antara gejala-gejala yang ibu bapa boleh lihat pada anak-anak adalah:

  • Bunyi nafas berdehit (seakan-akan bunyi bersiul dari dada)
  • Batuk yang kerap sehingga muntah
  • Masalah pernafasan
  • Rasa ketat dan sakit di dada (kanak-kanak sering mengatakan ‘sakit dada’ atau ‘sakit perut’).

Walaubagaimanapun, ia tidak semestinya asma.

Gejala-gejala ini ia mungkin disebabkan oleh batuk, selesema, atau jangkitan virus.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Namun, bawalah anak berjumpa doktor untuk mendapat pengesahan. Lebih baik kalau anak didiagnosis oleh pakar daripada mengabaikan gejala-gejala penyakit ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi Berusia 1 Bulan Ini Meninggal Di Majlis Aqiqahnya Akibat Rokok!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kajian: Kanak-Kanak Asma Selalu Diberi Antibiotik Yang Tidak Diperlukan
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham