TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Hamil

3 min bacaan
Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Hamil

Dan apabila didedahkan kepada wanita hamil, bahan kimia merbahaya ini secara langsung juga terdedah pada bayi di dalam kandungannya.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahaya jika anda merokok ketika hamil disebabkan itulah mereka akan diminta untuk berhenti merokok jika hamil. Tetapi, ramai yang tidak sedar sebenarnya, merokok berhampiran wanita hamil juga mendatangkan bahaya melalui asap rokok yang dibebaskan.

Ya, anda membahayakan bayi kami yang belum lahir.

Apabila kita terdedah kepada asap rokok secara terus, kita adalah perokok kedua (second hand smoker) dan apabila kita terdedah pada sisa rokok melalui bahan lain seperti bau pada kain, kita adalah perokok ketiga (third hand smoker). 

Seperti risiko kesihatan terhadap perokok itu sendiri, perokok kedua dan ketiga tidak terkecuali.

Sama seperti perokok

asap rokok

Tahukah anda yang lebih 7,000 jenis bahan kimia merbahaya akan terdedah pada perokok kedua dan ketiga, sama seperti perokok itu sendiri. 

Dan apabila didedahkan kepada wanita hamil, bahan kimia merbahaya ini secara langsung juga terdedah pada bayi di dalam kandungannya.

Salah satu bahan kimia ini ialah nikotin yang merupakan salah satu bahan toksik punca kepada pelbagai jenis komplikasi dan penyakit yang membahayakan kesihatan juga nyawa.

Kesan asap rokok terhadap kehamilan

Antara kesan asap rokok terhadap kehamilan ialah:

  • Wanita hamil mempunyai risiko untuk mengalami keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak terdedah kepada asap rokok
  • Risiko bayi mati di dalam kandungan (still birth)
  • Risiko melahirkan bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan akan mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan)
  • Bayi yang bakal dilahirkan mempunyai risiko lahir tidak cukup berat (terlampau ringan)
  • Bayi itu mempunyai risiko mati secara tiba-tiba, SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
  • Bayi akan mempunyai komplikasi pernafasan
  • Bayi mempunyai kecacatan kekal seperti bentuk kaki yang berbeza atau di dalam kes teruk, tidak mempunyai otak yang sempurna
asap rokok

Foto ehsan CDC

Berikut merupakan video bagaimana reaksi bayi apabila terhidu asap rokok melalui ibunya.

Menurut kajian yang telah dilakukan di Pusat Universiti Columbia bagi Kesihatan Persekitaran Kanak-kanak, kanak-kanak yang ibunya merupakan perokok kedua (second hand smoker) semasa hamil mendapat skor yang lebih rendah semasa ujian perkembangan kognitif pada usia dua tahun berbanding kanak-kanak yang dari rumah bebas asap rokok.

Apa anda boleh lakukan?

Sebagai wanita hamil:

  • Elakkan tempat yang mempunyai ramai perokok (ini memang susah tetapi harus diusahakan demi bayi di dalam kandungan)
  • Jauhi rakan-rakan yang merokok (kerana bau asap dari pakaian mereka menjadikan anda perokok ketiga!)
  • Bebaskan diri anda dari asap rokok sama ada dari persekitaran ataupun dari orang sekeliling, tegaskan kepada ahli keluarga yang merokok untuk tidak mendekati anda jika tidak bersih dari asap rokok.

Sebagai perokok:

Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Hamil

Foto ehsan kotajogja

  • Jangan merokok ditempat yang dilarang seperti RnR, kedai makan, koridor, persekitaran hospital dan klinik. Pendek kata, tempat laluan awam.
  • Jika ternampak wanita hamil, jauhi mereka. Jangan paksa mereka menghidu asap rokok anda.
  • Jika anda berbau rokok (pakaian), jangan berkongsi ruangan kecil (seperti lif) dengan wanita hamil.
  • Lebih baik sekiranya anda mengambil inisiatif untuk berhenti merokok demi keluarga tersayang.

Asap rokok memang mendatangkan keburukan terhadap kesihatan terhadap semua yang terdedah kepadanya.

Namun, wanita hamil mempunyai risiko lebih tinggi kerana mereka membawa bayi yang belum dilahirkan di dalam diri mereka.

Hormati hak mereka untuk memberikan kesihatan terbaik buat bayi-bayi yang bakal lahir.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kelahiran Mati: Bagaimana Untuk Menghadapinya & Perlukah Diceritakan Kepada Rakan-Rakan

Baca juga: Asap Rokok Menyebabkan Bayi Ini Dikuarantin Sehingga Umur 4 Tahun!

Baca juga: 5 Sebab Tabiat Merokok Ketika Mengandung Amat Membahayakan Diri Ibu & Janin

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Hamil
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham