X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Cara Keluarkan Angin Dalam Badan, Punca Perut Tak Selesa

10 min bacaan
10 Cara Keluarkan Angin Dalam Badan, Punca Perut Tak Selesa

Cara keluarkan angin dalam badan adalah 1.Gerakkan Badan, Gerakkan Usus 2. Kunyah Perlahan 3.Elak Sembelit, Minum Air & Makan Serat

Rasa tak selesa akibat perut kembung memang boleh mengganggu aktiviti harian, tapi jangan risau ada banyak cara keluarkan angin dalam badan yang mudah dan berkesan, boleh dilakukan terus dari rumah.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu ‘Angin’?
  • Cara Keluarkan Angin Dalam Badan
  • Punca Angin Dalam Badan
  • Tanda Angin Banyak Dalam Badan
  • Cara Urutan Buang Angin Dalam Badan
  • Minuman Buang Angin Dalam Perut
  • Cara Pencegahan

Apa Itu ‘Angin’?

Angin dalam badan berpunca daripada lebihan gas di dalam usus dan biasanya bukanlah masalah serius yang perlu dirisaukan. Namun, ia sering menyebabkan rasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa berlebihan, atau rasa mencucuk yang datang dan pergi.

Antara cara buang angin dalam badan yang boleh membantu termasuklah perubahan pemakanan, pengambilan herba tertentu dan senaman ringan.

Walau bagaimanapun, jika masalah angin disertai dengan gejala lain seperti sakit perut berpanjangan atau perubahan pada sistem penghadaman, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada anggota kesihatan kerana ia mungkin petanda kepada masalah yang belum didiagnosa.

Cara Keluarkan Angin Dalam Badan

Selalu rasa perut berangin? Mungkin sistem penghadaman anda tengah bagi signal minta tolong! Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), masalah angin dalam badan boleh jadi petanda sistem penghadaman anda tak berfungsi dengan lancar.

Tapi jangan risau ada banyak cara buang angin dalam badan yang mudah dan boleh anda mula buat hari ini juga! Cuba amalkan beberapa tips yang dikongsikan ini:

1.Gerakkan Badan, Gerakkan Usus

Nak penghadaman lancar? Jom bergerak! Senaman ringan macam berjalan, regangan, atau menari masa sapu rumah pun boleh bantu “aktifkan” usus anda. Bila usus bergerak, angin pun senang nak keluar.

2.Kunyah Perlahan

Makan laju-laju bukan je buat anda cepat kenyang, tapi juga perangkap udara masuk dalam perut! Kunyah perlahan, nikmati setiap suapan. Ini cara semulajadi bantu hadam makanan dengan lebih efisien dan buang angin pun jadi lebih senang!

3.Elak Sembelit, Minum Air & Makan Serat

Sembelit adalah “kawan baik” angin. Elakkan dia dengan cukupkan air setiap hari dan amalkan makanan tinggi serat macam sayur, buah, oat dan bijirin.

4.Probiotik

Tambahkan makanan kaya probiotik dalam diet anda macam yogurt, tempe, atau kimchi. Probiotik bantu seimbangkan bakteria baik dalam usus, dan ini sangat penting dalam cara buang angin dalam badan secara semulajadi.

5.Masak Lebih Sihat, Kurang Minyak

Kalau boleh, tukar gaya memasak rebus, kukus atau grill lagi bagus dari goreng. Kurang minyak, kurang risiko perut rasa tak selesa dan berangin.

Punca Angin Dalam Badan

Berikut adalah beberapa punca angin dalam badan: 

1. Makan Terlalu Laju

Masa makan pun nak kejar masa? Bila kita makan laju, kita bukan saja telan makanan tapi juga udara! Udara yang masuk ke dalam perut akan jadi gas yang terkumpul dan menyebabkan kembung serta sendawa.

2. Pemakanan Tidak Seimbang

Makanan tinggi karbohidrat kompleks seperti kekacang, kubis, brokoli, ubi kentang, dan bawang mudah ditapai dalam usus. Proses penapaian ini hasilkan gas, dan kalau berlebihan – boom! Rasa tak selesa pun datang.

3. Minuman Berkarbonat

Air bikarbonat, soda, dan minuman berkarbonat lain mengandungi gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan perut rasa penuh dengan angin. Nak sedap tekak tu boleh, tapi jangan selalu sangat ya.

4. Masalah Penghadaman

Masalah seperti gastrik atau Sindrom Usus Rengsa (IBS) boleh menyebabkan angin terkumpul lebih cepat. Bila perut sensitif, proses penghadaman pun jadi tak lancar angin mudah sangat terperangkap.

5. Tekanan & Stres

Yes, percaya atau tidak, emosi pun main peranan! Bila kita tertekan atau cemas, badan boleh menghasilkan lebih banyak asid perut dan mengganggu sistem pencernaan. Ini akan menyebabkan lebih banyak gas terkumpul.

6. Kurang Aktiviti Fizikal

Bila kita kurang bergerak, penghadaman pun jadi perlahan. Bila sistem pencernaan “slow”, gas senang sangat terperangkap dalam badan.

Tanda Angin Banyak Dalam Badan

Masalah angin dalam badan ni ramai alami, tapi tak semua ambil serius. Kadang-kadang kita ingat alah, bisa tegal biasa padahal badan kita sedang bagi signal. Jom kita tengok satu-satu simptom angin dalam badan, dengan penjelasan yang senang faham dan dekat di hati.

1. Perut Rasa Kembung

Pernah rasa perut tetiba jadi besar, keras dan tegang? Rasa macam makan sikit je tapi perut macam baru hadap kenduri tiga round. Itu tandanya gas tengah terkumpul dalam usus atau perut.

Bila gas tak keluar ikut “jalan biasa”, perut jadi buncit dan rasa tak selesa sepanjang hari. Elakkan makanan yang hasilkan gas berlebihan macam brokoli, kekacang, dan minuman bergas.

2. Sendawa Berlebihan

Sendawa itu normal, tapi kalau setiap 5 minit asyik sendawa je, itu tandanya ada angin yang nak keluar. Biasanya berlaku bila kita makan laju, minum sambil bercakap, atau ambil makanan yang susah hadam.

Lagi satu, stres pun boleh buat kita sendawa lebih dari biasa. Serius! Cuba kunyah perlahan-lahan dan elakkan guna straw bila minum straw boleh “sedut” udara lebih dari yang kita sedar.

3. Kentut Tak Henti

Kentut tu normal dan sihat – tanda sistem pencernaan tengah buat kerja. Tapi kalau nonstop, sampai rasa malu sendiri, itu petanda badan tengah struggle nak hadam makanan dengan betul.

Biasanya berlaku bila makan terlalu banyak serat atau makanan yang ditapai (fermented). Cuba detoks seminggu – kurangkan makanan proses dan lebihkan sayur serta air suam.

4. Loya atau Muntah Ringan

Gas yang terperangkap dalam badan boleh “naik” sampai ke bahagian atas perut. Ini boleh buat kita rasa mual, pening, dan tak lalu makan. Kadang rasa macam makanan tak turun pun – just “parked” dekat kerongkong. Eeee… tak best langsung! Minum air halia suam. Halia memang ‘superstar’ untuk kurangkan rasa loya dan bantu keluarkan angin.

5. Badan Rasa Lesu, Tidak Selesa

Bila badan penuh angin, tenaga pun boleh rasa “down”. Perut rasa berat, kepala pening, nak buat kerja pun rasa lembap. Bila penghadaman terganggu, penyerapan nutrien pun tak efektif, itu yang buat badan rasa lemau je sepanjang hari. Senaman ringan atau jalan kaki 10-15 minit selepas makan boleh bantu aktifkan sistem pencernaan.

6. Sakit Seperti Dicucuk di Bahagian Perut, Dada

Ini yang paling ramai confuse sakit mencucuk di bahagian dada kadang disangka sakit jantung, padahal cuma angin yang “tersangkut”. Bahagian atas perut atau tengah dada yang terasa, especially bila baring lepas makan banyak.

Tapi kalau sakit berpanjangan, jangan ambil mudah dapatkan pemeriksaan. Cuba duduk tegak atau baring mengiring ke kiri – posisi ni boleh bantu gas bergerak keluar lebih mudah.

Cara Urutan Buang Angin Dalam Badan

Urutan ringan boleh bantu gerakkan angin dalam perut supaya lebih mudah keluar. Ini juga antara cara keluarkan angin dalam badan. Ini beberapa langkah mudah yang boleh dibuat sendiri di rumah:

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

1. Urut Perut Mengikut Arah Jam

Letakkan tangan atas perut, kemudian urut perlahan-lahan ikut arah jam. Gerakan ni selaras dengan arah usus besar — membantu tolak angin ke arah keluar.

2. Tekan Bahagian Sekitar Pusat

Gunakan dua jari, tekan perlahan di sekeliling pusat. Tahan selama 1-2 minit sambil tarik nafas dalam-dalam. Ia bantu rangsang pergerakan usus.

3. Lutut ke Dada 

Ia juga dipanggil posisi yoga wind relieving. Baring telentang, tarik satu lutut ke dada, tahan beberapa saat, kemudian tukar kaki. Lepas tu, cuba tarik kedua-dua lutut serentak. Posisi ni sangat berkesan untuk keluarkan angin tersekat!

4. Tepuk Belakang Bahagian Bawah

Minta seseorang tepuk perlahan-lahan bahagian bawah belakang. Ini bantu relakskan otot dan mudahkan angin keluar dari badan.

Minuman Buang Angin Dalam Perut

Kalau nak lagi berkesan, cuba minuman buang angin yang diperbuat daripada bahan semula jadi. Ini cara keluarkan angin dalam badan dengan minuman. Senang disediakan, sedap pula tu!

1. Air Rebusan Halia

Halia memang terkenal untuk hilangkan angin dalam badan. Rebus beberapa hirisan halia dengan air, tambah madu sikit kalau suka. Minum masa masih suam.

2. Air Rebusan Serai

Serai ada sifat anti-angin (karminatif). Rebus 2 batang serai dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum waktu suam — segar dan menyegarkan!

3. Teh Pudina (Peppermint)

Daun pudina bantu relakskan otot perut dan lancarkan penghadaman. Boleh guna uncang teh peppermint atau daun segar. Minum selepas makan untuk kesan terbaik.

4. Air Lemon Suam

Perah setengah biji lemon dalam segelas air suam. Minum pagi sebelum sarapan — bagus untuk detoks dan lancarkan perut yang “berangin”.

Cara Pencegahan

Terdapat pelbagai cara keluarkan angin dalam badan. Ia termasuklah: 

1. Makan Buah Betik 

Buah betik bukan setakat manis dan juicy, tapi dia juga ada enzim special nama dia papain. Enzim ni bantu pecahkan protein dalam makanan supaya senang hadam dan bila penghadaman lancar, angin pun senang keluar. Betik juga tinggi serat, bagus sangat untuk elak sembelit dan melancarkan pergerakan usus!

2. Ambil Ubat-Ubatan Jika Perlu

Kalau angin dalam badan buat anda rasa sangat tak selesa, boleh cuba ubat seperti simethicone atau antasid yang boleh bantu pecahkan gas dalam perut.

Selain tu, kalau anda ada masalah hadam susu atau makanan tertentu, boleh juga ambil enzim penghadaman seperti laktase  terutamanya kalau makan makanan “penghasil angin”.

3. Kurangkan Tabiat “Menelan Udara”

Anda mungkin tak sedar tapi tabiat macam mengunyah gula-gula getah, makan sambil bercakap, atau minum guna straw boleh buat anda tertelan udara lebih banyak daripada makanan. Dan udara itulah yang jadi angin! Oh ya, kalau pakai gigi palsu, make sure ia fit dengan elok. Gigi longgar sebabkan udara masuk lebih banyak dan menyebabkan lebih angin. 

4. Elak Makanan ‘Penyumbang Angin’

Beberapa jenis makanan memang terkenal sebagai “punca angin”. Antara yang patut dikurangkan kekacang (tinggi raffinose), sayur cruciferous macam kubis, brokoli, asparagus (fruktos).

Produk tenusu seperti susu, keju, aiskrim (laktos), buah tertentu macam pir dan epal, dan pemanis tiruan (sorbitol, fruktos). Pantau makanan anda dan kenalpasti yang mana buat badan anda ‘berangin’.

5. Urutan Tradisional 

Kalau mak-mak kita dulu tahu, kita pun kena tahu  urut adalah salah satu cara paling efektif untuk buang angin dalam badan. Urutan di bahagian perut, bawah bahu atau kepala boleh bantu keluarkan angin tersekat. Tapi pastikan kena dengan teknik yang betul ya, jangan main tekan je nanti makin sakit pula.

6. Buah Nanas 

Buah nanas ni bukan saja sedap, tapi dia kaya dengan enzim bromelain yang bantu penghadaman dan lawan keradangan. Bila perut dapat hadam makanan dengan baik, risiko angin dalam badan pun makin kurang.

7. Tukar Menu Makanan Ikut Keserasian Badan

Setiap orang lain-lain. Ada orang boleh makan keledek tanpa masalah, ada pula yang makan sikit je dah rasa perut pusing. Kalau nak kenal pasti makanan penyebab angin, cuba buat food journal – catat apa anda makan dan reaksi badan. Senang nak elakkan nanti!

8. Minum Air Halia Asli 

Halia adalah herba ajaib sejak zaman dulu. Ia bantu kosongkan perut dengan cepat, kurangkan rasa kembung, dan kaya dengan enzim zingibain untuk bantu hadam protein.

9. Minum Air Suam 

Kadang-kadang kita lupa, segelas air suam pun boleh jadi penyelamat bila perut rasa tak selesa. Air hangat bantu melegakan otot-otot dalam sistem penghadaman dan bantu gas keluar dengan lebih mudah. Lagi best kalau minum masa pagi-pagi sebelum sarapan. Ia bantu ‘gerakkan’ usus dan buang angin yang terperangkap semalaman.

10. Amalkan Yoga, Senaman Ringan

Bukan saja  je untuk kecergasan, senaman tertentu dalam yoga juga terbukti cara keluarkan angin dalam badan  especially posisi seperti “Wind Relieving Pose” Kalau yoga bukan gaya anda, jalan kaki lepas makan pun dah cukup bagus. Gerakan badan = gerakan usus = bye-bye angin!

healthline, mayo clinic

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buang Angin Dalam Badan Ketika Mengandung, Ibu Cuba 12 Tips Ini Terbukti Berkesan

Baca juga: Cara Buang Angin Dalam Badan Selepas Bersalin, Tips Jaga Kesihatan Selepas Kehamilan

Baca juga: Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil yang Ideal Di Setiap Trimester

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 10 Cara Keluarkan Angin Dalam Badan, Punca Perut Tak Selesa
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham