Angin dalam badan akan membuatkan anda rasa serba tak kena terutama pada bahagian perut dan beberapa bahagian badan yang lain. Jadi bagaimana cara menghilangkan angin dalam badan ini?
Ia adalah keadaan biasa dan menyebabkan rasa sakit terutama di bahagian perut dan abdomen. Serba tak kena dibuatnya, nak duduk tak selesa, baring juga tak selesa. Malah nak buat apa pun rasa tak selesa.
Ia sebenarnya perbunca daripada pembentukan gas dalam sistem pencernaan yang meningkatkan tekanan di kawasan perut justeru ia menyebabkan kesakitan.
Punca perut sakit

Angin dalam badan merupakan antara masalah kesihatan yang sering kita alami.
Ia mungkin berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman bermasalah, angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah yang mengganggu kehidupan seharian.
Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu sedang hamil dan serta orang yang dalam pantang selepas bersalin. Bila tidak selesa, akan mula mencari cara buang angin dalam badan untuk kembali cergas seperti biasa.
Penghasilan gas ini adalah normal, malahan, semua individu menghasilkan gas dan perlu membuang angin untuk mengurangkannya secara purata sebanyak 15 hingga 20 kali dalam sehari.
Menahan gas ini boleh menyebabkan angin terperangkap dalam badan sejurus itu mengakibatkan kesakitan teruk dan perut kembung.
5 Cara menghilangkan angin dalam badan
#1. Minum air suam secara perlahan-lahan

Pakar Gastroenterologi, Dr Jamile Wakim-Fleming mencadangkan seseorang untuk minum air hangat sepanjang hari. Perkara ini akan membantu mengurangkan angin dalam badan anda melalui dua cara:
- Pertama - air suam membantu memindahkan makanan di sepanjang saluran pencernaan. Semakin cepat makanan bergerak ke usus, semakin sedikit kemungkinan jumlah gas meningkat.
- Kedua - air suam membantu menenangkan usus. Untuk memindahkan makanan melalui usus, jika tanpa kehadiran air suam, usus perlu sentiasa mengembang dan kontrak. Proses ini dipanggil peristalsis. Air suam membuatkan usus kurang kontrak, menyebabkan penghasilan gas yang kurang.
#2. Halia
Halia adalah petua cara tradisional yang ramai amalkan untuk membuang angin dalam badan. Kini ramai yang menggunakan halia dalam campuran minuman seperti minuman halia merah, susu halia & madu halia yang rasa lebih lazat berbanding dengan ubat-ubatan kimia.
Tetapi jika selesa dan suka dengan halia semulajadi tanpa campuran minuman lain tidak jadi masalah untuk sesi pembuangan angin dalam badan.
#3. Bawang putih

Selain menjadi penambahrasa masakan, bawang putih juga menjadi petua untuk membuang angin dalam badan. Kandungan bawang putih ini mampu mengeluarkan angin dalam badan dengan cepat.
Bagi orang yang berumur dan mempunyai anak kebiasaannya akan mengalami angin dan kembung perut, melumurkan bawang putih pada sekitar bahagian badan dan menggosokkannya untuk memudahkan lagi proses pengeluaran angin dalam badan.
#4. Bersenam
Ramai juga yang tidak tahu bahawa kadang-kadang orang yang mendapat angin dalam badan berpunca dari kurang melakukan aktiviti atau gerakan yang membuatkan badan terasa lesu dan kaku.
Sekurang kurangnya setiap individu yang kerap mengalami angin hendaklah melakukan aktiviti seperti berjoging, berjalan laju, ataupun gimnastik kecil supaya badan kita dapat mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan.
Terdapat satu senaman yoga yang turut boleh menghilangkan angin dalam badan anda. Mulakan dengan baring terlentang dan kemudian tarik lutut kiri ke arah dada. Kekalkan posisi dengan kedua-dua tangan, tarik lutut untuk lebih mendekati dada. Selepas itu, ulang dengan kaki yang lain.
#5. Vitamin C
Pastikan badan anda cukup Vitamin C. Vitamin C boleh membuang angin dalam badan kerana ia boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan semakin bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.
Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dan ketahanan badan. Selain itu, terdapat banyak produk dalam pelbagai syarikat menawarkan produk Vitamin C di Farmasi.
Jika anda adalah mengandung dan mengalami masalah bloating, artikel Gas During Pregnancy: How to Get Rid of It? adalah lebih sesuai untuk bacaan anda.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Angin pasang dan pusat terkeluar masa mengandung, adakah anda perlu risau?
Baca juga: Banyak Angin Dalam Badan, Bolehkah Saya Minum Eno Masa Mengandung?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!