TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Minyak Bawang Putih Boleh Legakan Batuk & Selsema Bayi, Mudah Untuk Dibuat!

7 min bacaan
Minyak Bawang Putih Boleh Legakan Batuk & Selsema Bayi, Mudah Untuk Dibuat!

Minyak bawang putih terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai termasuklah melegakan batuk dan selsema bayi.

Batuk dan selsema memang biasa menyerang bayi terutama mereka yang terpaksa dijaga di taska. Ada petua mengatakan minyak bawang putih berhasil untuk mengurangkan kerengsaan dan ketidakselesaan yang dialami bayi akibat batuk dan selsema.

Ada juga perkongsian petua hilangkan batuk dan petua hilangkan selsema dengan bawang putih. Biasanya ia akan dibakar terlebih dahulu sebelum dilenyek dan dicampur dengan minyak kelapa.

Jadi kali ini kami kongsikan kebaikan minyak bawang putih untuk bayi anda serta mengenai cara buat minyak bawang putih yang mudah dan berkesan!

Isi Kandungan

  • Kebaikan Minyak Bawang Putih Untuk Bayi
  • Petua Hilangkan Selsema Dengan Bawang Putih
  • Cara Buat Minyak Bawang Putih
  • Bolehkah Bayi Ada Ekzema Guna Minyak Bawang Putih?

Kebaikan Minyak Bawang Putih Untuk Bayi

minyak bawang putih

Bawang putih digunakan secara meluas sebagai perasa dan kandungan dalam masakan, tetapi ia juga telah digunakan sebagai ubat sepanjang untuk mencegah dan merawat pelbagai keadaan dan penyakit.

Bawang putih tergolong dalam genus Allium. Ia telah digunakan oleh manusia selama beribu-ribu tahun untuk kedua-dua tujuan masakan, manfaat kesihatan dan terapeutiknya.

Walaupun ia tidak diketahui secara meluas, pakar kini memahami bahawa sebatian sulfur dalam bawang putih adalah punca utama kesan ia baik terhadap kesihatan.

Dengan menghiris, mencincang, atau menghancurkan bawang putih, bahan kimia thio-Sulfinite di dalamnya ditukar kepada allicin. Allicin adalah bahan yang hebat. 

Jika diproses menjadi minyak, ia dikatakan mampu melegakan kahak dan batuk. Di Timur Tengah, Asia Timur, dan Nepal, bawang putih telah digunakan untuk merawat bronkitis, hipertensi (tekanan darah tinggi), TB (tuberkulosis), gangguan hati, kembung perut, diabetes, dan demam.

Bawang putih membawa banyak kebaikan lain, ia termasuklah:

#1. Kawal tekanan darah

Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah.

#2. Kurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

#3. Bertindak sebagai antivirus, antibakteria

Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

#4. Anti keradangan

Bawang putih mempunyai bahan anti keradangan yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

#5. Baik untuk pesakit tiroid

Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

#6. Bantu proses pencernaan

Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.

#7. Tingkatkan imunisasi

Pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan dan tumor.

#8. Bantu turunkan kadar kolestrol

Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Petua Hilangkan Selsema Dengan Bawang Putih

minyak bawang putih

Kebaikan bawang putih sangat pelbagai dan ia bukan saja untuk bayi malah sesuai untuk semua peringkat umur. Petua biasa yang digunakan untuk menghilangkan selsema dengan bawang putih adalah bakar dan campurkannya dengan minyak dan sapu di tapak kaki bayi.

Namun sebelum mencubanya, anda perlu membuat patch test terlebih dulu bagi memastikan bayi anda tiada alahan dengan minyak bawang putih.

Ada bayi yang tidak tahan dengan panas daripada bawang putih, jadi cuba sapukan sedikit terlebih dulu dan jika tiada reaksi yang membimbangkan anda boleh meneruskan untuk menyapu di tapak kaki. 

Antara petua yang boleh digunakan untuk hilangkan selsema dengan bawang putih termasuklah:

#1. Sapukan minyak di dada, belakang badan, tapak kaki, bawah dagu, leher

Ia boleh mengurangkan demam, sakit tekak, batuk dan mencairkan kahak. Bawang putih membantu menguatkan antibodi badan dan melawan penyakit. Sapukan minyak pada bahagian dada, belakang badan dan paling penting tapak kaki.

Lakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Untuk sakit tekak dan batuk, boleh juga sapukan minyak ni di bahagian bawah dagu dan sekitar leher untuk kesan yang lebih cepat.

#2. Hidu wap

Rebus air dan masukkan beberapa sudu minyak bawang putih. Hidu wap selama 15-20 minit. Bagi anak kecil, tiarapkan di atas riba. Pastikan hidung anak menghidu wap. Bawang putih adalah antibiotik terbaik, daun salam pula membantu mengurangkan masalah berkaitan pernafasan.

#3. Sapu di hidung boleh menghentikan bersin

Sapukan minyak pada hidung dan batang hidung. Bersin akan beransur-ansur kurang. Bagi yang mengalami gatal dalam hidung/resdung, titiskan sedikit minyak bawang putih ke dalam hidung (bahagian tepi) untuk kurangkan gatal.

Cara Buat Minyak Bawang Putih

minyak bawang putih

Ada beberapa cara untuk membuat minyak bawang putih, cara pertama dikongsikan oleh Sinarharian Plus. Cara-caranya termasuklah:

Cara pertama:

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (250 ml) minyak zaitun (extra virgin olive oil)
  • 1 labu bawang putih
  • 1-2 helai daun salam (segar/kering)

Cara-cara:

  1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis dan dibiarkan seketika (5 hingga 10 minit).
  2. Goreng daun salam dan bawang putih dalam sedikit sahaja minyak zaitun (agak-agak tenggelam saja) dengan api yang sangat perlahan hingga garing.
  3. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas kaca dan tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dalam suhu terlalu tinggi, sebab tu gunakan sikit je untuk goreng). Kacau agar sebati dan biarkan suam.
  4. Masukkan dalam botol kecil (travel bottle) untuk kegunaan harian.

Cara kedua:

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Bahan-bahan:

  •  1-2 ulas bawang putih
  • Minyak boleh pilih salah satu (minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain)

Cara-cara:

  1. Buang kulit bawang putih
  2. Cucukkan bawang putih dengan garpu
  3. Bakar di atas dapur sehingga agak hitam
  4. Adunkan dengan minyak. Lenyekkan bawang putih yang sudah dibakar dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak lagi.

Cara ketiga:

Bahan-bahan:

  • Selabu bawang putih
  • Minyak (boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun atau minyak masak)

Cara-cara:

  1. Ambil selabu bawang putih, dibakar dalam kuali dan tutup.
  2. Bakar sehingga naik bau dan warna kulit bawang menjadi kekuningan.
  3. Seterusnya ambil bawang tadi dan letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit. (boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun atau minyak masak)
  4. Kemudian picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut.
  5. Boleh sapu pada tapak kaki anak, di betis, belakang serta dada anak.

Bolehkah Bayi Ada Ekzema Guna Minyak Bawang Putih?

Tiada masalah untuk bayi ekzema menggunakan minyak bawang putih kerana sudah ada ibu mencubanya. Namun anda perlu pastikan buat patch test terlebih dulu kepada anak anda untuk memastikan kulitnya tidak alah dengan bawang putih dan membawa kesan yang memudaratkan. 

Tidak semua pesakit ekzema sama alahannya, jadi boleh cuba terlebih dulu pada anak anda untuk pastikan yang dia selamat menggunakannya tanpa sebarang kesan sampingan pada kulitnya. Selamat mencuba!

  1. SinarHarian Plus (July 9, 2020) Minyak bawang putih pelbagai guna homemade untuk batuk, berkahak dan selesema pun boleh. sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/minyak-bawang-putih-pelbagai-guna-homemade-untuk-batuk-berkahak-dan-selesema-pun-boleh/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

Baca juga: Minyak Ikan Omega-3 Terbaik Di Farmasi Dan Kepentingannya Yang Anda Mesti Tahu

Baca juga: Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Minyak Bawang Putih Boleh Legakan Batuk & Selsema Bayi, Mudah Untuk Dibuat!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham