Minyak ikan Omega-3 atau fish oil adalah salah satu jenis suplemen tambahan yang sering menjadi topik perbincangan di kalangan individu yang mementingkan kesihatan. Tapi apakah jenama minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi?
Sebelum itu kami akan jelaskan tiga jenis Omega-3, ia adalah docosahexaenoic acid (DHA), eicosapentaenoic acid (EPA) dan Alpha-linolenic acid (ALA). DHA dan EPA boleh didapati daripada sumber ikan manakala ALA pula terdapat dalam sumber tumbuhan seperti flaxseeds.
Minyak ikan Omega-3 memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita, dan badan kita sememangnya memerlukan Omega-3 untuk berfungsi dengan optimum. Akan tetapi, khasiat ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita, dan cara untuk mendapatkan Omega-3 ini adalah hanya melalui pemakanan.
Apakah Dos Minyak Ikan Omega 3 Yang Perlu Diambil Setiap Hari?

Memandangkan sekarang anda sudah lebih yakin akan kepentingan serta kebaikan minyak ikan Omega-3 untuk tubuh badan kita, anda mungkin tertanya, apakah jumlah atau dos yang betul untuk mengambil minyak ikan terbaik Omega-3 ini?
Setakat ini, tiada dos yang tepat untuk pengambilan minyak ikan terbaik Omega-3 ini kerana ianya bergantung kepada jantina dan umur individu tersebut.
Namun, rata-rata pakar pemakanan bersetuju dengan kadar pengambilan yang selamat adalah antara 250mg hingga 500mg (maksimum) sehari.
Jenama Minyak Ikan Omega 3 Terbaik Di Farmasi
Terdapat banyak jenama yang hadir dengan minyak ikan Omega-3, tapi sukar untuk memilih mana yang terbaik. Jadi di sini kami senaraikan 7 jenama minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi untuk rujukan anda!
Suplemen Minyak Ikan Omega-3 Terbaik
 | BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000mg Minyak ikan terbaik kerana tidak mengandungi bahan-bahan tambahan |  | View Details | Beli di Watsons |
 | Nature's Bounty Omega-3 Fish Oil 1360mg Minyak ikan terbaik untuk mereka yang mempunyai kesukaran untuk menelan ubat |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Kordel's Omega 3 Fish Oil 1000Mg Minyak ikan terbaik kerana ia bebas toksin |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Nature's Way Kid's A+ Omega 3 Fish Oil 50's Minyak ikan terbaik untuk perkembangan kognitif kanak-kanak |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Vitahealth Vitaepa Double Strength 120s Minyak ikan terbaik untuk orang yang mempunyai masalah jantung |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg Minyak ikan terbaik untuk kanak-kanak 1 tahun dan dewasa |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Nutra Botanics Omega 3 Wild Alaskan Salmon Fish Oil 1000mg Minyak ikan terbaik untuk menguatkan daya ingatan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Tigrox Homega Fish Oil Minyak ikan terbaik untuk melancarkan peredaran darah |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Amway Nutrilite Salmon Omega Complex Minyak ikan terbaik untuk ibu hamil |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Scott's Fish Oil Minyak ikan terbaik menguatkan tulang dan gigi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Provas Fish Oil Minyak ikan terbaik mengawal darah tinggi dan kegagalan jantung |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Stemlabs Omega 3 Fish Oil Minyak ikan terbaik mengurangkan kolestrol |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Pristin Omega 3 Fish Oil Minyak ikan terbaik secara keseluruhan |  | View Details | Beli di Shopee |
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi tidak mengandungi bahan-bahan tambahan
Bila sebut sahaja jenama Blackmores, semestinya ramai yang terasa sangat familiar dengan jenama itu. Maklumlah, produk keluaran Blackmores fish oil ini adalah terlalu banyak dan sudah lama berada di pasaran – begitu juga produk minyak ikan Omega-3 terbaik di farmasi ini.
Apa yang kami suka:
- Dalam setiap 1000mg kapsul mengandungi Omega-3 marine triglycerides 300mg, EPA 180mg dan DHA 120mg.
- Tidak mengandungi bahan-bahan tambahan seperti yis, gluten, gandum, susu, bahan pengawet, perisa tiruan dan warna tiruan.
- Baik untuk kesihatan jantung.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita.
- Tidak mempunyai bau dan rasa hanyir.
Minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi mudah telan

Minyak ikan Omega-3 jenama Nature’s Bounty ini diimport daripada Amerika Syarikat dan merupakan salah satu pilihan kegemaran ramai orang kerana dosnya yang lebih tinggi berbanding jenama lain.
Apa yang kami suka:
- Dalam setiap 1360mg softgel mengandungi 625mg EPA dan 244mg DHA.
- Keselamatan produk ini sudah diuji di makmal dan sudah dipercayai selama lebih 50 tahun.
- Anda hanya perlu ambil 1 biji sahaja setiap hari, sesuai untuk orang yang mempunyai kesukaran untuk menelan ubat.
- Mengandungi real ingredients iaitu ikan sardin, makerel dan ikan bilis.
- Membantu meningkatkan tahap imunisasi badan dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi bebas toksin

Fish oil Kordel juga merupakan jenama produk suplemen yang sudah lama berada di pasaran. Produk minyak ikan omega-3 keluaran jenama ini datang dalam bentuk softgel yang mudah ditelan.
Apa yang kami suka:
- Setiap 1000mg mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA, dan dos yang disarankan adalah 1 biji diambil 3 kali sehari.
- Minyak ikan Omega-3 ini diambil daripada ikan laut dalam seperti ikan sardin dan ikan bilis.
- Sudah menjalani proses penyulingan molekul bagi memastikan produk ini bebas daripada toksin, PCB dan merkuri.
- Selamat diambil untuk jangka masa yang panjang kerana ianya bebas toksik.
- Mampu mengurangkan dan mengawal keradangan, baik untuk orang yang mempunyai masalah jantung dan sakit sendi.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi untuk perkembangan kognitif kanak-kanak

Minyak ikan Omega-3 ini direka khas untuk kanak-kanak dalam dos yang lebih kecil iaitu 511mg sahaja dalam setiap biji.
Apa yang kami suka:
- Setiap softgel 511mg mengandungi 133mg DHA dan 28mg EPA sahaja, sesuai dengan keperluan si pemakan yang masih kecil.
- Datang dalam bentuk ikan kecil dan mempunyai perisa Strawberry.
- Softgel juga selamat dan mudah dikunyah.
- Ibu bapa juga boleh memilih untuk potong sedikit bahagian hujung softgel dan picit minyak ikan itu terus ke dalam mulut anak-anak.
- Baik untuk kesihatan dan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi untuk individu dengan masalah jantung

VitaEPA Double Strength ini datang dengan dos yang lebih tinggi dengan 600mg Omega-3. Setiap botol mengandungi 120 biji softgel.
Apa yang kami suka:
- Setiap softgel mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA, dan hanya perlu dimakan 1 biji setiap hari.
- Bebas daripada toksin, PCB dan merkuri kerana produk ini telah melalui proses penyulingan molekul di dalam makmal.
- Baik untuk kesihatan mata, kulit dan perkembangan otak.
- Suplemen yang sesuai untuk orang yang mempunyai masalah jantung.
- Tidak mempunyai bau dan rasa hanyir ikan.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi untuk kanak-kanak 1 tahun dan dewasa

Jenama Swisse keluaran Australia ini amat terkenal dan produk minyak ikan ini datang dengan dos yang paling tinggi dalam senarai pilihan kami kali ini, iaitu 1500mg.
Apa yang kami suka:
- Setiap biji mengandungi 270mg EPA dan 180mg DHA.
- Cadangan pengambilan adalah 1 biji sahaja setiap hari kerana dosnya yang tinggi.
- Memberi manfaat dengan membantu mengurangkan kadar kolesterol, meredakan keradangan serta baik untuk kesihatan badan secara menyeluruh.
- Tidak mempunyai rasa dan bau hanyir ikan.
- Dengan membeli produk ini, anda tidak perlu beli pelbagai jenis suplemen minyak ikan Omega-3 untuk setiap ahli keluarga kerana ianya sesuai untuk kanak-kanak seawal 1 tahun hingga dewasa.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi untuk menguatkan daya ingatan

Produk keluaran Amerika Syarikat ini mengandungi minyak ikan yang diambil daripada ikan Salmon Wild Alaskan, dan 100% sumber liar.
Apa yang kami suka:
- Setiap biji mengandungi 300mg Omega-3, 180mg EPA dan 120mg DHA serta bebas daripada merkuri.
- Produk ini juga mendapat kelulusan FDA, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatannya.
- Baik untuk kesihatan mata, mengawal kestabilan emosi dan mengurangkan keradangan.
- Membantu menguatkan daya ingatan dan perkembangan kognitif secara umum.
- Tidak mengandungi yis, gluten, pewarna dan perisa tambahan.
Minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi melancarkan peredaran darah

Produk Homega minyak ikan ini merupakan minyak ikan terbaik di Malaysia kerana menggunakan Omegavie iaitu ikan laut bertaraf dunia seperti sardin, bilis dan tenggiri dari Peru, Chile dan Morocco. Serta kombinasi ramuan berkualiti tinggi dari Perancis.
Apa yang kami suka:
- Setiap biji mengandungi 780mg Omegaavie, 312mg minyak ikan dan 156mg DHA, 100mg Menaquingold, Vitamin K2 dan 500iu Vitamin D3.
- Tahap logam berat mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh DOED(Global Organization for EPA dan DHA Omega-3)
- Homega minyak ikan terbaik ini mengandungi ramuan tambahan iaitu Vitamin K2 dan Vitamin D3 untuk melancarkan sistem peredaran darah dalam badan.
- Mengelakkan pembentukan darah beku, mengekalkan keanjalan saluran darah dan meningkatkan metabolisme.
- Homega minyak ikan tidak mengandungi bahan pengawet, tiada mikroba dan tidak mengandungi logam berat.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi untuk ibu hamil

Minyak ikan Amway iaitu Nutrilite Salmon Omega Complex adalah pilihan minyak ikan untuk ibu hamil diluar sana.
Ia diformulasi dari ikan salmon yang berkualiti tinggi kaya asid lemak yang diternak di perairan Norway dan ikan sardin dan bilis dari perairan Arus Humbolt Lautan Pasifik serta minyak kacang soya.
Apa yang kami suka:
- Setiap satu biji soft gel mengandungi 330.93mg minya ikan, 193.51mg EPA, dan 137.42mg DHA. Minyak ikan Amway turut mengandungi 30iu d-alfa tokoferol, antioksidan semula jadi untuk menghalang gel lembut berubah menjadi tengik.
- Salmon Omega Complex terbaik sebagai minyak ikan untuk ibu hamil kerana membantu dalam perkembangan otak janin yang dikandung.
- Menjadikan kulit berseri dan rambut bersinar.
- Meningkatkan kolestrol baik dan menyeimbangkan kolestrol yang tidak baik.
- Tidak mengandungi pewarna, perisa tambahan dan bahan tiruan.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi menguatkan tulang dan gigi

Scott Fish Oil adalah minyak ikan kod yang merupakan sumber terkenal asid lemak tinggi Omega-3 EPA & DHA.
Apa yang kami suka:
- Setiap biji mengandungi 1000mg minyak ikan, termasuklah 180mg EPA dan 120mg DHA.
- Setiap kapsul mengandungi kandungan utama minyak hati ikan kod yang kaya dengan Vitamin A dan D yang membantu membina daya tahan terhadap jangkitan, mengekalkan tisu yang sihat dan menguatkan tulang dan gigi yang baik.
- Tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah.
- Scott fish oil tidak mengandungi pewarna, perisa tambahan dan bebas hanyir.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi mengawal darah tinggi dan kegagalan jantung

Provas fish oil ialah produk minyak ikan Omega 3 farmasi yang bebas hanyir dan pekat. Ia mendapat pengiktirafan 5 bintang dari IFOS (International Fish Oil Standard). Provas fish oil terbaik dalam membantu merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) dan kegagalan jantung.
Apa yang kami suka:
- Setiap softgel mengandungi 1200mg minyak ikan Omega 3, 300mg DHA dan 420mg EPA sahaja, sesuai dengan keperluan untuk orang dewasa.
- Provas fish oil baik untuk melindungi buah pinggang daripada kerosakan akibat diabetes.
- Softgel selamat dan mudah ditelan.
- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi agar dapat mencegah penyakit seperti strok, serangan jantung dan masalah buah pinggang.
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi mengurangkan kolestrol

Asid lemak omega-3 adalah penting dan tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Oleh itu, pengambilan diet Omega-3 adalah perlu untuk mengekalkan jumlah yang mencukupi dalam badan.
Begitu juga dengan jenama Stemlabs fish oil, produk berkualiti tinggi yang diimport dari New Zealand ini memiliki ketulenan dalam penyulingan molekul dan tidak mengandungi bahan kimia yang toksik.
Apa yang kami suka:
- Setiap biji mengandungi 1000mg minyak ikan Omega 3, 120mg DHA dan 180mg EPA.
- Disahkan halal oleh JAKIM dan Lembaga Islam New Zealand (FLANZ)
- Dihasilkan di New Zealand di bawah piawaian kawalan kualiti yang ketat
- Kepekatan tinggi Omega-3 pada 50%, memenuhi piawian standard yang ditetapkan.
- Stemlabs fish oil bersumberkan ikan kecil yang berkualiti tinggi seperti ikan bilis, sardin dan ikan tenggiri.
- Mengurangkan kolestrol dalam badan dan menguatkan daya ingatan
- Bebas daripada logam berat, selamat untuk dimakan
Minyak ikan Omega 3 terbaik di farmasi secara keseluruhan

Anda sering mengalami masalah terlupa atau susah mengingat sesuatu perkara? Pristin fish oil adalah jawapannya. Produk ini merupakan produk minyak ikan yang diimport dari Norway.
Pristin fish oil adalah minyak ikan Omega-3 pekat 100% bebas toksin yang diuji untuk membantu menggalakkan kesihatan secara menyeluruh.
Apa yang kami suka:
- Setiap kapsul mengandungi 1200mg minyak ikan, 396mg EPA dan 264mg DHA, dan dos yang disarankan adalah 1 biji diambil 1 kali sehari.
- Mempunyai persijilan halal dari JAKIM, sesuai untuk semua pengguna.
- Bebas toksik dan bersumberkan ikan air sejuk seperti ikan bilis, sardin dan tenggiri dari EPAX USA, Norway iaitu pembekal no. 1 minyak ikan Omega 3.
- Jenama No. 1 terlaris di Malaysia selama 6 tahun berturut-turut sejak tahun 2008 & paling disukai oleh ahli farmasi berdasarkan kajian yang dijalankan oleh USM
- Sesuai untuk wanita hamil dan menyusu untuk merangsang kecerdasan dan perkembangan otak bayi dengan baik
- Meningkatkan daya ingatan, penaakulan dan tumpuan
- Membantu mengurangkan rasa sakit dan radang serta mencegah penyakit arthiritis.
Perbandingan Harga Minyak Ikan Omega 3 Terbaik Di Farmasi
|
Jenama |
Kuantiti |
Harga |
BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000mg |
30 Biji |
RM26.60 |
Nature’s Bounty Omega-3 Fish Oil 1360mg |
90 Biji |
RM121.90 |
Kordel’s Omega 3 Fish Oil 1000Mg |
120×2 Biji |
RM80.90 |
Nature’s Way Kid’s A+ Omega 3 Fish Oil |
50 Biji |
RM54.88 |
Vitahealth Vitaepa Double Strength Omega-3 Fish Oil |
120 Biji |
RM69.90 |
Swisse Ultiboost Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500mg |
400 Biji |
RM94.20 |
Nutra Botanics Omega 3 Wild Alaskan Salmon Fish Oil 1000mg |
300 Biji |
RM129.00 |
Tigrox Homega Fish Oil |
60 Biji |
RM166.00 |
Amway Nutrilite Salmon Omega Complex |
60 Biji |
RM67.90 |
Scott’s Fish Oil |
60 Biji |
RM43.80 |
Provas Fish Oil |
60 Biji |
RM83.80 |
Stemlabs Omega 3 Fish Oil |
200 Biji |
RM58.00 |
Pristin Omega 3 Fish Oil |
30 Biji |
RM34.99 |
Sumber Omega 3

Omega-3 boleh didapati dalam daripada pelbagai sumber iaitu daripada ikan, makanan laut seperti tiram, dan juga makanan plant-based seperti kacang soya, kacang walnut, chia seeds dan flaxseeds.
Namun, sumber terbaik untuk mendapatkan Omega-3 ini adalah daripada ikan. Lebih tepat lagi, daripada ikan yang mempunyai kandungan lemak atau minyak yang tinggi seperti ikan bilis, makerel, salmon, kod dan sardin.
Minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 ini diambil daripada tisu ikan itu sendiri. Ini menyebabkan minyak ikan dijual dengan harga yang agak tinggi kerana ianya diambil daripada sumber asli, dan bukan dibuat secara saintifik di makmal.
Kepentingan Omega-3

Minyak ikan Omega-3 mempunyai banyak kebaikan kepada lelaki dan wanita, dan tidak mengira peringkat umur. Untuk memahami apakah kepentingannya, jom lihat satu persatu kepentingan Omega 3 di bawah:
1. Minyak ikan yang kaya dengan Omega-3
Ia amat baik untuk kesihatan jantung dan boleh mengurangkan risiko kematian yang berpunca daripada masalah jantung.
Disebabkan itu, orang yang mempunyai masalah jantung sering dinasihatkan untuk mengambil 2 kali menu ikan yang tinggi dengan minyak ikan setiap minggu.
2. Meningkatkan tahap imunisasi
Khasiat minyak ikan omega 3 juga beri manfaat pada imuniti badan, jadi ini merupakan merupakan kebaikan yang amat penting sekiranya anda mudah jatuh sakit seperti demam, selsema dan batuk.
Bagi orang yang sensitif kepada perubahan cuaca dan mudah demam, batuk dan selsema, pengambilan minyak ikan omega 3 secara konsisten boleh membantu mereka untuk mempunyai daya tahan yang lebih baik.
3. Mengurangkan risiko sakit mental
Menurut kajian, orang yang mengambil lebih banyak menu berasaskan ikan yang kaya dengan minyak ikan Omega-3 dalam pemakanan mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mempunyai masalah sakit mental.
Selain itu, Omega-3 juga boleh membantu dalam mengawal masalah mental lain seperti kemurungan, schizophrenia dan bipolar disorder.
4. Mengurangkan sakit sendi
Minyak ikan Omega-3 juga mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan atau inflammation. Secara tak langsung, pengambilan suplemen ini dengan kadar yang betul boleh mengurangkan sakit sendi atau rheumatoid arthritis.
5. Baik untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan
Pengambilan minyak ikan Omega-3 juga sangat baik untuk ibu mengandung dimana pengambilan minyak ikan Omega-3 dapat meningkatkan tahap kesihatan secara ibu itu secara menyeluruh.
Dalam masa yang sama, ianya juga memberi manfaat untuk perkembangan otak bayi yang di dalam kandungan.
6. Bagus untuk perkembangan kognitif kanak-kanak
Kanak-kanak juga disarankan untuk mengambil suplemen minyak ikan Omega-3 jika mereka kurang makan ikan dalam pemakanan harian mereka.
Ini adalah kerana, minyak ikan Omega-3 bagus untuk meningkatkan daya ingatan dan menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Waktu Yang Sesuai Makan Omega-3

Omega-3 merupakan salah satu suplemen tambahan yang baik untuk kesihatan jantung dan membantu menambah nutrisi asid lemak yang diperlukan oleh tubuh badan . Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul, pil atau cecair.
Pengambilan waktu yang sesuai makan Omega-3 adalah diambil pada setiap hari selepas makan. Tidak kiralah jika anda mahu mengambilnya selepas sarapan atau selepas makan tengah hari. Cara yang paling optimum untuk membantu penyerapan asid lemak dengan baik adalah makan secara terus dengan konsisten.
Namun begitu, perlu diingatkan supaya tidak mengambil Omega-3 dalam kadar berlebihan. Ini kerana pengambilan Omega-3 yang berlebihan atau dalam dos tinggi boleh menyebabkan gangguan pada kadar gula, risiko pendarahan dan menyebabkan pedih ulu hati serta najis menjadi cair.
Selain mengamalkan pengambilan Omega-3 dalam kadar yang disyorkan, anda juga digalakkan mengamalkan gaya hidup yang sihat, elakkan stress berlebihan dan makan makanan yang seimbang.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kaya Omega-3 & Protein Lengkap, Bubur Salmon Brokoli Bantu Anak Menjadi Bijak!
Baca juga: Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Baca juga: Kelebihan Chia Seed Untuk Ibu Hamil, Ia Kaya Omega-3 & Menguatkan Tulang Janin