Adakah Chia Seed & Biji Selasih Sama? Ibu Perlu TAHU Manfaatnya Untuk Perkembangan Janin!

Adakah Chia Seed & Biji Selasih Sama? Ibu Perlu TAHU Manfaatnya Untuk Perkembangan Janin!

Chia seed Malaysia mengandungi pelbagai manfaat kepada ibu mengandung. Adakah ia sama seperti biji selasih? Jom baca artikel ini untuk mengetahuinya!

Chia seed Malaysia mula menjadi terkenal apabila ramai pakar nutrisi dan diet berkongsikan kebaikan biji chia ini untuk kesihatan tubuh badan.

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap bahawa chia seed Malaysia adalah sama dengan biji selasih. Tetapi, ternyata kedua-dua ini adalah berbeza.

Jika biji chia (chia seed) ia boleh terus dimakan. Namun, jika biji selasih anda perlu merendamnya terlebih dahulu sehingga kembang.

Ia sering kali digunakan sebagai 'penyejuk tekak' dalam minuman mahupun pencuci mulut seperti sirap selasih dan puding.

Bukan itu sahaja, kandungan dalam chia seed Malaysia tinggi dengan serat dan Omega-3. Protein yang baik sangat diperlukan untuk sesiapa sahaja khususnya mereka yang sedang menjalankan diet.

Dengan mengamalkan pengambilan biji chia ini secara kerap, anda berupaya menurunkan berat perlahan-lahan sehingga memperoleh tubuh badan yang ideal.

Manfaat chia seed Malaysia

Chia seed sememangnya mampu memberikan khasiat yang optimum yang diperlukan oleh kesihatan tubuh badan. Namun, bagi anda yang sedang hamil, pasti anda tertanya-tanya adakah ia sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung.

Jawapannya boleh. Manfaat yang terkandung dalam biji chia seed Malaysia dapat menggalakkan tumbesaran janin di dalam rahim ibu agar ia sihat dan kuat.

#1. Melancarkan buang air besar

biji chia Malaysia kredit: Hijab & Heels

Antara masalah yang sering 'menghantui' ibu mengandung adalah risiko sembelit. Hal ini terjadi kerana wujudnya tekanan pada bahagian perut yang semakin membesar dan menganggu proses pencernaan.

Jika anda sering menghadapi masalah ini, cuba amalkan makanan yang tinggi dengan serat. 

Antara salah satu contoh makanan yang berserat adalah chia seed. Amalkannya dengan pengambilan kuantiti dengan jumlah yang bersesuaian iaitu tidak terlalu banyak dan juga tidak terlalu sedikit.

Pastikan biji chia ini tidak diambil mentah dan anda perlu sangai terlebih dahulu biji chia yang dibeli.

#2. Meningkatkan sel darah merah

Wanita hamil kebiasaannya terdedah kepada gejala anemia iaitu situasi di mana tubuh anda mengalami kekurangan sel darah merah.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengutamakan pengambilan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi.

Jika anda memilih biji chia, ia berupaya membantu untuk menaikkan jumlah darah merah. Jangan ambil mudah mengenai anemia ini kerana ia juga boleh meragut nyawa bayi dalam kandungan anda!

#3. Menguatkan gigi ibu dan tulang janin

kepentingan chia seed Malaysia Foto: gentletouch

Di dalam biji chia juga mengandungi tinggi kalsium yang membantu menguatkan kesihatan gigi anda. Bukan itu sahaja, ia juga membantu menguatkan tulang janin yang sedang anda kandung.

Jadi, sentiasa mengamalkan pengambilan chia seed dalam jumlah yang mencukupi setiap hari supaya janin dapat berkembang dengan sihat dan bebas dari sebarang masalah.

#4. Mengenyangkan perut untuk jangka lama

Kandungan khasiat dalam chia seeds akan membuatkan anda yang sedang mengandung tidak akan berasa lapar pada setiap masa.

Jika sebelum ini, anda memberikan alasan sentiasa lapar dan perlu mengambil kuantiti makanan untuk 'dua orang', kami cadangkan anda untuk mengawal nafsu makan dengan menjadikan chia seed sebagai rutin harian.

Makan terlalu banyak serta kerap boleh menyebabkan gangguan terhadap bentuk tubuh badan dan mendorong memiliki berat yang berlebihan dan mendedahkan janin yang dikandung kepada masalah.

#5. Kaya dengan omega-3 

manfaat chia seed Malaysia Healthline

Salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh bayi adalah Omega-3. Nutrisi ini sangat penting bagi menggalakkan pertumbuhan otak.

Pastinya selama ini anda menyangkakan bahawa sumber Omega-3 hanya wujud dari ikan laut yang berlemak seperti salmon atau tuna.

 Namun, dengan mengamalkan chia seed ini anda juga memperoleh manfaat yang sama dengan harga yang lebih murah. 

Penuhi kebutuhan omega-3 dengan mengonsumsi chia seeds secara rutin. Imbangi dengan nutrisi yang diberikan dengan dokter kandungan dan sumber omega-3 lainnya agar penyerapan nutrisi bisa maksimal dan janin bisa mendapatkan manfaatnya.

#6. Mengawal gula dalam darah

Ketika anda menempuhi perjalanan sebagai ibu mengandung, anda akan cenderung untuk mengalami peningkatan kadar gula dalam darah.

Peningkatan gula dalam darah boleh menyebabkan anda menghidap masalah diabetes semasa hamil. Jenis diabetes ini sangat berbahaya terhadap kesihatan anda dan kandungan.

Tahap glukosa darah tinggi pada ibu juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan pada bayi (makrosomia) yang sekaligus akan mengakibatkan kecederaan semasa proses kelahiran.

Justeru, tidak hairanlah chia seed diangkat sebagai salah satu makanan yang paling sihat di dunia. Biji chia kini lebih dikenali dan mula dijual melalui jenama-jenama bahan organik dan kesihatan secara meluas.

Ia juga mudah didapati di Malaysia. Menurut saranan pakar, kadar harian yang paling sesuai adalah 2 sudu besar setiap hari.

Sumber: DoktorSehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Adakah Chia Seed & Biji Selasih Sama? Ibu Perlu TAHU Manfaatnya Untuk Perkembangan Janin!

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner