Sangat penting untuk mengenali tanda gula tinggi dalam badan atau hiperglikemia serta cara untuk memantau paras gula dalam darah anda agar tidak ‘menjemput’ pelbagai serangan penyakit.
Tanda-tandanya senang dikenal pasti dan hendaklah dirawat secepat mungkin supaya ia tidak membahayakan kesihatan anda.
Gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan komplikasi kepada kehamilan. Disebabkan itu ibu hamil perlu peka dengan keadaan diri mereka.
Apakah itu penganti gula?
Bacaan kencing manis terlalu tinggi walaupun anda berusaha mengawalnya, masalah ini sering dialami wanita semasa hamil. Gula merupakan sumber tenaga bagi kehidupan seharian. Namun, jika gula lebih dalam darah ia boleh memberikan kesan buruk terutama kepada ibu hamil.
Penganti gula atau sugar substitute adalah makanan yang dibuat untuk meniru rasa dari gula. Penganti gula dibahagikan kepada dua iaitu berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Pemanis berkhasiat iaitu alkohol gula dan pemanis semula jadi seperti madu mempunyai beberapa manfaat pemakanan seperti membekalkan tenaga dalam bentuk karbohidrat dan mengandungi kalori.
Manakala pemanis tidak berkhasiat tidak mempunyai nilai pemakanan namun sangat rendah kalori atau langsung tidak mengandungi kalori contohnya produk-produk makanan yang tertera dengan kenyataan tanpa gula tambahan atau kurang gula yang ada pada produk minuman, yogurt, dan sebagainya.
Kategori penganti gula
Berikut merupakan jenis penganti gula:
#1. Pemanis tiruan
Pemanis tiruan digunakan dalam banyak makanan yang diproses dan minuman ringan. Contoh pengganti gula yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) termasuklah acesulfame, aspartam, neotame, sakarin dan sucralose.
#2. Pemanis semula jadi
Antara contohnya adalah madu, gula kelapa, sirap maple. Walaupun ia dipromosikan sebagai pilihan yang lebih sihat berbanding gula putih atau pengganti gula lain kerana mengandungi mineral surih atau anti-oksida, namun ia tetap mengandungi gula dan kalori.
Pemanis semula jadi ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan di rumah dan sering dijumpai dalam makanan yang diproses sebagai gula tambahan.
#3. Pemanis novel
Stevia adalah satu-satunya pemanis novel yang diluluskan oleh FDA. Ia rendah kalori, malah beberapa kajian mengatakan pemanis ini boleh menurunkan tekanan darah.
#4. Alkohol gula
Secara teknikalnya ia bukan gula dan bukan juga sejenis alkohol tetapi alkohol gula ialah karbohidrat yang terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu malah boleh didapati dalam banyak makanan yang diproses.
Label makanan mungkin menggunakan istilah umum sugar alcohol atau menyenaraikan nama khusus, seperti sorbitol. Apabila diambil dalam jumlah yang banyak, alkohol gula boleh mempunyai kesan julap.
Pengganti gula selamat dan tidak selamat untuk ibu hamil
Penganti gula boleh membantu mengurangkan tanda gula tinggi dalam badan untuk ibu hamil walaupun penganti gula dianggap selamat tetapi ia tetap mendatangkan risiko jika diambil secara berlebihan tanpa dikawal. Berikut ialah jenis pemanis tiruan dan pengganti gula:
- Gula kelapa – Sejenis pemanis semulajadi, selamat diambil semasa hamil sebagai pengganti gula. Ia kelihatan seperti gula perang dengan ketulan kecil. Ia mungkin mengandungi sejumlah kecil mineral dan anti-oksida, namun jika diambil berterusan ia tidak begitu berbeza dengan gula tebu.
- Pati buah-buahan – Boleh ditemui dalam semua jenis produk komersial termasuklah biskut, bijirin, bar granola, pastri pembakar roti, yogurt dan minuman ringan. Ia selamat untuk diambil semasa kehamilan. Memandangkan ia cair, menggantikan pati jus buah dengan gula pasir dalam resipi memerlukan sedikit kepakaran tetapi pastinya selamat untuk melakukannya. Anda perlu memilih resipi yang memerlukan jumlah air yang banyak, kemudian masukkan pati jus untuk air tersebut sama seperti anda letakkan gula. Sebagai contoh, pati jus anggur putih mempunyai rasa yang lebih manis, kurang buah, dan mempunyai rasa yang sama seperti gula.
- Neotame – Merupakan pemanis bukan berkhasiat yang diluluskan oleh FDA pada tahun 2002 untuk digunakan sebagai “pemanis tujuan am dan penambah rasa” dalam makanan (kecuali dalam daging dan ayam). Ia digunakan sebagai pengganti gula dalam beberapa makanan yang dibakar dan tidak ada bukti risiko untuk wanita hamil.
- Mannitol – Ia mungkin memberikan lebih sedikit kalori daripada gula, tetapi ia kurang diserap oleh badan. Seperti sorbitol, ia selamat secara sederhana kerana terlalu banyak diambil boleh menyebabkan sakit perut.
- Xylitol – Sejenis alkohol gula, biasanya terdapat dalam gula-gula getah, ubat gigi dan gula-gula. Ia dianggap selamat diambil semasa kehamilan dalam jumlah yang sederhana. Xylitol mempunyai 40 peratus lebih sedikit kalori daripada gula putih (sukrosa) dan telah dibuktikan untuk mencegah kerosakan gigi.
- Stevia – Gula stevia adalah pemanis sifar kalori yang diperoleh daripada pokok renek Amerika Selatan. Dalam bentuk paket, titisan atau pun tumbuhan, stevia gula adalah kegemaran pakar diet yang kerap digunakan dalam minuman ringan dan jus. FDA mengatakan bahawa glikosida steviol iaitu bahan kimia yang berasal daripada daun stevia dan digunakan sebagai pemanis baru secara amnya diiktiraf sebagai selamat. Walaupun pakar mengatakan stevia gula mungkin tidak meningkatkan keinginan gula seperti yang dilakukan oleh pemanis tiruan lain (ia tidak meningkatkan gula darah anda atau mempunyai kesan buruk pada citarasa anda), namun lebih baik rujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
- Sorbitol – Sejenis pemanis berkhasiat dan alkohol gula baik untuk wanita semasa hamil. Walaupun selamat untuk bayi dalam kandungan, ia boleh memberi kesan gastrousus yang tidak menyenangkan kepada ibu.
Dalam dos yang besar, sorbitol boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit pastinya sesuatu yang tidak diingini oleh wanita hamil. Cirit-birit semasa hamil, selain tidak selesa, boleh mengganggu penyerapan nutrien penting dan menyebabkan dehidrasi.
Tanda gula tinggi dalam badan
Tanda gula tinggi dalam badan mungkin berbeza bergantung kepada individu. Kita akan bincangkan tanda-tanda paling biasa yang memerlukan perhatian.
Hiperglikemia berkembang apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak boleh menggunakannya dengan betul.
Insulin adalah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas untuk mengawal kepekatan glukosa dalam darah, di mana ia digunakan sebagai tenaga.
Walau bagaimanapun, jika anda kekurangan insulin, glukosa tidak boleh diserap ke dalam aliran darah.
Jika ini berlaku untuk tempoh yang berpanjangan, ia boleh memudaratkan beberapa bahagian badan seperti buah pinggang, saluran darah, sistem saraf, mata dan meninggalkan kerosakan yang kekal.
Sebab-sebab mengapa bacaan kencing manis terlalu tinggi
Berikut adalah sebab-sebab mengapa paras gula dalam darah anda boleh naik:
- Tidak aktif secara fizikal;
- Keletihan;
- Selesema biasa;
- Dehidrasi;
- Terlampau banyak makan;
- Pengambilan steroid yang berlebihan
Peningkatan paras gula darah tidak semestinya bermakna anda penghidap kencing manis, walaupun ia adalah satu tanda penyakit tersebut.
Di bawah adalah tanda-tanda paras gula dalam darah anda tinggi:
- Kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam;
- Penglihatan kabur;
- Mulut kering;
- Dahaga;
- Mati pucuk;
- Tidak dapat memberi tumpuan;
- Penyembuhan luka yang perlahan;
- Jangkitan berulang;
- Masalah penghadaman;
- Peningkatkan selera makan;
- Masalah saraf;
- Kulit kering dan gatal;
- Penambahan lemak pada perut dan berat badan
Bagaimana untuk memantau paras gula dalam darah tinggi?
Untuk mengawal paras gula dalam darah anda, adalah sangat penting untuk mengetahui apa makanan yang boleh dimakan dan apa yang patut dielakkan seperti makanan dengan indeks Glycemic yang tinggi.
Indeks Glycemic(GI) adalah skala yang menunjukkan jumlah karbohidrat dalam makanan, yang dapat meningkatkan kadar gula dalam darah anda.
Semakin tinggi jumlah GI, semakin besar risiko paras gula dalam darah tinggi. Skala ini bermula dari 0-100 dan makanan di antara 0-54 dianggap makanan dengan skala Glycemic rendah.
Berikut adalah senarai makanan dengan skala GI buat makanan tersebut.
Senarai makanan GI rendah yang boleh dimakan dengan sederhana:
1 telur: 6
1 Cawan brokoli: 10
1 Cawan hummus: 6
1 Cawan kacang: 15
1 Cawan kacang gajus: 22
1 Cawan ceri: 22
1 Cawan yogurt: 23
1 Bawang sederhana bersaiz: 10
1 Epal bersaiz sederhana: 38
1 sosej daging ayam belanda: 28
1 Cawan spageti: 42
1 Cawan anggur hijau: 46
1 Cawan kacang: 54
220 gr. jus tomato: 38
220 gr. jus nanas: 46
1 lobak merah: 47
1 oren: 48
1 anggur: 50
1 pisang: 52
Makanan dengan GI antara 55-69:
1 Cawan beras merah: 55
1 hidangan mac’n’cheese: 64
1 sudu madu: 55
1 Cawan oat: 55
1 Cawan beras putih: 64
Makanan dengan GI Tinggi dan harus dielakkan:
2 cawan popcorn: 70
1 keping roti putih: 70
1 donat: 76
Kentang bakar bersaiz sederhana: 85
1 hidangan kepingan jagung (cornflakes): 92
50 gr. glukosa: 100
Cara pemakanan individu boleh mempengaruhi kesihatan mereka secara umum. Jika anda perasan anda sedang mengalami tanda-tanda hiperglikemia, ubah tabiat pemakanan dan kerap melakukan senaman badan sebelum ia menjadi satu masalah yang serius.
Kesimpulannya, pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang dapat menjamin tahap kesihatan yang baik. Segala-galanya hendaklah bermula dengan tabiat harian yang sihat agar anda dijauhkan dari sebarang masalah penyakit.
Bacaan gula terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan terhadap beberapa organ, yang kemudiannya membawa kepada komplikasi diabetes.
Ini termasuklah masalah jantung atau vaskular, seperti serangan jantung atau strok masalah buah pinggang yang memerlukan dialisis, masalah mata, yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan (buta), isu seksual, seperti disfungsi erektil dan juga masalah dengan pengaliran darah, yang boleh menyebabkan amputasi.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Waspada Diabetes Ketika Hamil, Ini Senarai Makanan Kononnya ‘Sihat’ Tapi Gula Tinggi!
Baca juga: Pemakanan Ibu Hamil & 5 Tips Penting Untuk Jaga Diet Ketika Mengandung
Baca juga: Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi, Elakkan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!