Untuk pengetahuan anda, badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 750 hingga 100 ml air setiap hari, lebih-lebih lagi ketika hamil. Tapi perlu ke semua ibu risau jika kekurangan air dalam badan (dehidrasi) ketika hamil?
Ya, jawapannya perlu!
Jangan main-main, kekurangan air (dehidrasi) ketika hamil boleh mengakibatkan cecair amnion kurang, kelahiran pra-matang, susu badan kurang dan kecacatan kelahiran lain.
Masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi)
Kredit: iStock
Menurut American Pregnancy Association, kekurangan air (dehidrasi) terjadi apabila badan kehilangan air dengan lebih pantas berbanding daripada menerima air.
Kekurangan air adalah masalah penting yang harus diatasi oleh wanita hamil. Ia kerana air memainkan peranan penting dalam tumbesaran kanak-kanak!
Air membantu membentuk plasenta yang memberi nutrien kepada bayi dalam kandungan. Selain itu, air juga amat penting untuk membentuk amniotic sac. Jadi, jangan ambil mudah masalah ini!
Mari semak apa tanda-tanda anda kekurangan air dalam badan.
Tanda-tanda anda kekurangan air dalam badan
Terdapat beberapa tanda badan anda kekurangan air, seperti:
- Air kencing berwarna gelap
- Sering rasa haus
- Rasa pening
- Sakit kepala
- Keletihan
- Mulut, bibir atau mata kering
- Jarang buang air kencing (lebih daripada 8 jam)
- Terlalu panas
- Denyutan nadi perlahan atau terlalu laju
- Rasa bingung
Punca masalah dehidrasi ketika hamil
Badan kekurangan air ketika hamil adalah normal. Anda akan lebih terbuka untuk kekurangan air dalam badan kerana pelbagai perkara.
Antaranya sebab alahan/loya yang melampau. Selalunya, pada trimester pertama – wanita akan muntah dan loya. Jika alahan ini semakin teruk, anda akan cepat kekurangan air dalam badan.
Akan tetapi, masalah lebihan berpeluh kerana cuaca panas, tidak minum air dengan mencukupi dan masalah kencing manis juga boleh mengakibatkan anda kekurangan air ketika hamil!
Jadi, jaga pemakanan dan pengambilan air anda setiap hari, okay? Anda tidak mahu sebarang perkara memberi kesan pada kandungan.
Kesan kekurangan air ketika hamil
Masalah kekurangan air boleh mengakibatkan pelbagai masalah serius lain pada wanita hamil, seperti:
- Bayi anda terbuka untuk mengalami kecacatan tiub neural, kecacatan tulang belakang, saraf tunjang atau otak.
- Kekurangan cecair amnion
- Mengakibatkan kontraksi Braxton Hicks
- Kelahiran pra-matang
- Dan kekurangan bekalan susu badan yang mencukupi.
Di bawah, kami telah menyediakan tip ringkas tentang bagaimana anda boleh mengatasi masalah kekurangan air ketika hamil. Semoga perkongsian ini dapat dipraktikkan oleh anda. Jom cuba!
Cara mengatasi masalah kekurangan air (dehidrasi) ketika hamil
- Dapatkan air dalam bentuk lain
Kredit: FutureDish
Anda bosan kena minum segelen air masak kosong sebab tak mahu kekurangan air ketika hamil? Tak payah bosan lagi! Cuba dapatkan khasiat air dalam pelbagai bentuk lain. Contohnya – bubur nasi. susu, kekacangan atau air kelapa.
Anda boleh juga mengamalkan minum air campuran semulajadi yang mudah untuk dibuat. Begini caranya — campurkan jus lemon dalam air, masukkan dua sudu teh gula dan sedikit garam. Minum setiap 2-3 jam!
Minum kopi atau melakukan aktiviti yang boleh buat anda kepanasan seperti senaman berat.
- Kembalikan air dalam badan secara oral
Bagaimana? Beginni caranya — masukkan 6 sudu teh gula dan sedikit garam dalam 1 liter air masak. Jika anda sukar untuk minum campuran tersebut, cuba minum sedikit-sedikit. Perlahan-lahan.
Semoga semuanya berjalan lancar untuk kehamilan anda ini! Jangan lupa untuk jaga kesihatan anda demi bayi tercinta, ya?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil
Baca juga: Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?
Baca juga: Kaki Bengkak Ketika Hamil Trimester Ke-3, Ini Cara Kurangkan Rasa Sakit
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!