X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

6 min bacaan
7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

Kaki bengkak ketika hamil atau edema biasanya terjadi kerana perubahan hormon serta perubahan bentuk badan ibu. Ini 7 petua mudah untuk atasinya.

Kaki bengkak ketika hamil atau ‘Edema’ yang biasa melanda adalah perkara normal dan disebabkan oleh perubahan hormon serta perubahan fisiologi badan. Walaupun edema boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh badan, ia lebih kerap berlaku di bahagian pergelangan kaki dan tangan ibu hamil.

Masalah kaki bengkak selalunya bermula apabila ibu hamil masuk trimester ke-3 dan beransur pulih selepas kelahiran bayi.

Badan ibu akan mula menyingkir semua air dalam badannya melalui kencing yang lebih kerap serta peluh yang banyak dalam minggu pertama selepas melahirkan anak.

Isi Kandungan

  • Mengapa Kaki Bengkak Semasa Hamil?
  • Adakah Ia Normal?
  • 7 Petua untuk Mengatasi Kaki Bengkak Ketika Hamil
  • Bilakah Bengkak Di Tangan & Kaki Akan Hilang?
  • Bila Patut Risau?

Mengapa Kaki Bengkak Semasa Hamil?

kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa hamil, kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa mengandung

Masalah kaki bengkak semasa mengandung berlaku apabila cecair badan meningkat dan lebihan cecair terkumpul di dalam tisu anda akibat peningkatan aliran darah dan tekanan rahim anda yang semakin membesar pada urat pelvis dan vena cava.

Ini menyebabkan anda mengalami gejala kaki bengkak yang sememangnya boleh jadi sangat menjengkelkan. Anda juga mungkin lebih kerap mengalami bengkak di kaki anda jika pertambahan berat badan berlaku secara mendadak. 

Adakah Ia Normal?

Gejala bengkak pada anggota badan khususnya di kaki adalah normal ketika kehamilan. Ia biasanya berlaku di trimester ketiga. Sehingga 80 peratus wanita hamil yang sihat mengalami bengkak pada bahagian bawah kaki pada trimester terakhir kehamilan.

7 Petua untuk Mengatasi Kaki Bengkak Ketika Hamil

Di sini adalah beberapa petua untuk bantu anda mengatasi masalah kaki bengkak semasa hamil atau juga dikenali sebagai edema:

#1. Elak berdiri/duduk terlalu lama

kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa hamil, kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa mengandung

Apabila melakukan kegiatan harian seperti memasak ataupun bekerja di pejabat, elakkan dari berdiri atau duduk tanpa bergerak dalam masa yang lama. Ambil masa untuk rehat seketika dan lakukan senaman kaki yang ringan.

Pastikan anda selalu menggerakkan kaki untuk mengelak pengumpulan darah pada kaki dan melancarkan peredaran darah.

#2. Naikkan kaki ketika duduk atau baring

kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa hamil, kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa mengandung

Tujuan menaikkan kaki adalah untuk melancarkan peredaran darah dan mengelak kaki daripada kebas. Apabila duduk semasa bekerja, naikkan kaki anda di atas bangku rendah atau sediakan kotak kecil di bawah meja.

Jangan duduk bersilang kaki kerana ini boleh menyebabkan kekejangan.

Apabila tidur mengiring, anda masih boleh menaikkan sebelah kaki dengan menggunakan bantal bolster. Jika masih tidak selesa, cubalah posisi tidur terbaik ketika hamil ini.

#3. Pakai kasut yang sesuai

Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana ia boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.

Lihatlah bagaimana tidak selesanya Kim Kardashian yang memakai kasut tumit tinggi ketika menghadapi masalah kaki bengkak ketika hamil. Jangan pakai kasut tumit terlalu tinggi, ya!

#4. Pakai sarung kaki yang lembut

Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang terlalu ketat.

Selain menambahkan kesan bengkak kaki dengan menyekat pengaliran darah di sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. 

#5. Minum air dengan banyak

Pastikan anda mengambil atau minum air kosong sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari ketika sedang berbadan dua. Ini kerana apabila ibu hamil kurang minum air, anda sebenarnya berisiko untuk terkena dehidrasi.

Jangan bimbang, air yang diminum akan membantu sistem perkumuhan dan tidak akan memburukkan masalah kaki bengkak.

#6. Aktif bersenam

Jangan ingat ibu hamil tidak boleh bersenam kerana ia adalah mitos semata-mata. Jika doktor memberi kebenaran, ibu hamil digalakkan untuk membuat senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik kerana ia akan membantu anda untuk kekal aktif walaupun ketika sedang mengandung dan memudahkan anda untuk bersalin nanti.

Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

#7. Amalkan pemakanan yang sihat

Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin, serta makanan yang telah diproses. Tahukah anda kesan kepada janin apabila ibu hamil tidak menjaga pemakanannya?

Kebanyakan makanan ini mengandungi garam, gula dan lemak yang tinggi. Anda boleh menjadi obes dan kehilangan air di dalam badan.

Apabila anda mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, buah pinggang perlu bekerja keras untuk mengeluarkan garam berlebihan. Garam berlebihan adalah punca kaki bengkak, jadi kurangkan makanan yang masin ya ibu-ibu!

Gantikan makanan segera dengan makanan yang sihat seperti bijirin, yogurt, minuman berjus, salad dan buah-buahan. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan anda.

Bilakah Bengkak Di Tangan & Kaki Akan Hilang?

Masalah bengkak pada tangan dan kaki anda akan berkurang dan hilang perlahan-lahan selepas anda melahirkan bayi.

Jadi, anda tidak perlu begitu risau jika mengalaminya semasa hamil kerana ia adalah normal dan salah satu gejala biasa yang akan berlaku khususnya di trimester ketiga. 

Bila Patut Risau?

Walaupun bengkak ketika kehamilan adalah perkara biasa dan tidak perlu begitu dibimbangkan, namun kadang-kala ia boleh menjadi tanda penyakit serius.

Jika anda mengalami bengkak secara tiba-tiba atau teruk di bahagian tangan, muka atau kaki anda, sila jumpa doktor dan dapatkan rawatan dengan segera. Ia boleh menjadi tanda pra-eklampsia, yang merupakan keadaan serius untuk anda dan bayi anda serta akan menjejaskan tekanan darah anda juga.

Jika hanya sebelah kaki terasa panas dan bengkak, hubungi juga doktor anda. Terdapat kemungkinan kecil ia mungkin disebabkan oleh pembekuan darah. Ini dipanggil trombosis urat dalam (DVT), yang mana anda memerlukan rawatan perubatan.

Gejala DVT termasuk:

  • sakit, bengkak atau kelembutan pada salah satu kaki anda, biasanya betis anda
  • sakit teruk dan kulit terasa panas di kawasan itu
  • kulit merah atau berubah warna, terutamanya pada betis anda

Semoga bermanfaat!

  1. Baby Center (March, 2021). Swelling (oedema) in pregnancy. www.babycentre.co.uk/a230/swelling-oedema-in-pregnancy
  2. What to Expect (Oct 20,2020). Edema (Swelling of the Ankles and Feet) During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/edema.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Sudah Ada Deria Sentuh Sejak Minggu Ke-8 Kehamilan, Adakah Mereka Boleh Rasa Sakit?

Baca juga: Adakah Normal Jika Tangan Kebas Ketika Hamil? Doktor Jelaskan Punca & Cara Mengatasinya

Baca juga: Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 7 Petua Mudah Kurangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil
Kongsikan:
  • Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

    Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

  • Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

    Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

    Risau Kaki Membengkak Semasa Hamil? Ibu Jangan Risau, Stokin Kesihatan Ini Dapat Atasi Masalah Tersebut

  • Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

    Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.