Alahan semasa mengandung terutamanya alergik kulit mampu mengundang resah buat ibu hamil yang mengalaminya. Tambahan lagi, bila memikirkan kesihatan bayi yang berada dalam kandungan adakah selamat atau turut sama berisiko.
Menurut istilah perubatan, alahan adalah suatu perubahan aktiviti atau pun dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan ia berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan.
Antara reaksi alahan adalah seperti sukar bernafas, rasa loya, pening dan lain-lain lagi. Apabila alahan ini terjadi kepada wanita hamil, tentunya akan mendatangkan kerisauan kepada mereka.
Bolehkah Anda Mendapat Alergik Kulit Semasa Mengandung?
Jawapannya adalah ya, anda boleh mendapat alahan ketika anda sedang mengandung sama ada buat pertama kali atau pun anda pernah mempunyai sejarah alahan sebelum kehamilan lagi.
Alahan merupakan perkara yang normal sewaktu kehamilan dan sekiranya anda sedang mengalami alahan ketika hamil, tidak semestinya ia akan berlarutan untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Kebanyakan wanita yang tidak pernah mengalami alahan sebelum ini memberitahu tentang simptom alahan ini mula terjadi ketika mereka sedang hamil.
Bagaimana Alahan Makanan Menjejaskan Kehamilan Dan Bayi
Sekiranya didapati ketika hamil anda menghidapi masalah alahan, usah risau! Ini adalah kerana bayi anda dalam keadaan selamat dan sihat.
Simptom alahan sebenarnya tidak memberi kesan terhadap bayi anda. Tetapi sekiranya alahan anda adalah disebabkan oleh faktor genetik, besar kemungkinan perkembangan bayi anda juga akan turut dipengaruhi dan berisiko tinggi untuk mendapat alahan.
Pengambilan makanan semasa kehamilan juga mungkin menjadi faktor sama ada bayi anda menghidapi rhinitis, alahan makanan, asma atau pun ekzema.
Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa pengambilan vitamin D oleh wanita hamil mampu mengurangkan risiko bayi mereka untuk mendapat alahan.
Tetapi jika anda mempunyai alahan makanan yang sangat serius sehingga perlu mendapatkan rawatan perubatan seperti adrenalin untuk anafilaksi, punca alahan tersebut mungkin daripada makanan seperti telur, ikan, susu, kacang tanah, bijan, kerang, soya, kacang pokok dan juga gandum.
Terdapat juga mitos yang mengatakan sekiranya anda hamil, semua alahan ini akan menjadi baik dan ia adalah tidak benar sama sekali.
Gejala alahan yang anda hadapi berkemungkinan tidak akan berubah dan jika anda masih lagi mengambil makanan yang menyebabkan alahan ini semasa hamil ia boleh memberi mudarat yang mampu mengancam nyawa, seperti tindak balas anafilaksis yang memberi masalah kepada anda dan juga bayi.
Jika alahan tersebut dihidapi oleh bayi anda, mereka akan lebih cenderung untuk mengalami alahan terhadap kacang.
Jenis Alahan Yang Boleh Terkena Semasa Hamil
Terdapat beberapa jenis alahan semasa hamil iaitu :
#1. Alergik kulit
Alahan pada kulit adalah disebabkan bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alahan (alergen).
Jika ibu mencari krim gatal yang selamat untuk ibu hamil, kami ada cadangan terbaik di sini.
#2. Alahan terhadap makanan
Terjadi akibat pengambilan beberapa jenis makanan yang menyebabkan reaksi imun badan.
#3. Alahan ubat-ubatan
Alahan ini pula disebabkan oleh sistem imun yang hipersensitif. Badan anda akan menjadi sangat sensitif ketika mengambilnya buat kali pertama dan pengambilan kali kedua akan mencetuskan tindak balas imun.
#4. Alergik kulit disebabkan haiwan
Alahan haiwan adalah tindak balas alergi terhadap protein yang terdapat dalam sel kulit, air liur atau air kencing haiwan.
#5. Alergik kulit kerana habuk
Gejala tindak balas badan terhadap pepijat kecil yang biasanya hidup dalam habuk debu rumah.
#6. Alahan terhadap debunga
Merupakan gejala yang berlaku akibat terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara.
Adakah Alahan Makanan Boleh Jadi Lebih Teruk Apabila Anda Hamil?
Kesan alahan tersebut bergantung kepada individu dan juga tahap keterukan alahan yang dihidapi oleh anda sewaktu kehamilan.
Terdapat kira-kira satu pertiga daripada wanita hamil mendapati gejala alahan mereka semakin teruk, manakala satu pertiga lagi menyatakan bahawa simptom alahan mereka masih kekal sama dan satu pertiga yang terakhir pula memberitahu bahawa alahan yang dihadapi mereka semakin bertambah baik ketika hamil.
Kini, semakin ramai wanita hamil yang mulai sedar mengenai makanan yang mereka makan mampu memberi kesan kepada bayi mereka yang sedang berkembang. Pengambilan makanan dengan diet yang seimbang adalah sangat penting ketika hamil.
Namun begitu, bagi wanita hamil yang mempunyai alahan makan yang serius dan telah pun didiagnosis serta mereka yang mengalami alahan perlu pastikan perkara tersebut dimaklumkan kepada doktor anda untuk direkodkan di dalam laporan perubatan anda.
Melalui rekod tersebut, doktor atau pakar pemakanan akan memberikan panduan atau pelan diet yang lengkap dan bersesuaian dengan keadaan anda bagi memastikan anda dan juga bayi berada dalam keadaan sihat.
Gejala Alahan Makanan Semasa Kehamilan
Gejala alahan semasa mengandung sama dengan gejala individu yang tidak mengandung. Antara simptom alahan semasa kehamilan adalah seperti berikut :
- Gatal dan mata berair
- Kerap bersin
- Sakit atau gatal tekak
- Hidung berair
- Hidung tersumbat
Kebiasaannya, wanita hamil juga sering kali menghadapi masalah hidung tersumbat. Hal ini selalunya akan terjadi ketika usia kehamilan anda memasuki trimester yang kedua disebabkan oleh membran mukus membengkak dan lembut serta dirujuk sebagai rhinitis kehamilan.
Kesan rhinitis kehamilan ini adalah ia boleh menyebabkan hidung anda berdarah semasa hamil serta menyebabkan anda batuk atau muntah pada waktu malam. Malah, ia juga akan membuat anda berasa sesak nafas seperti sedang mengalami selesema atau pun menghadapi alahan. Tetapi masalah ini akan terus hilang setelah anda melahirkan bayi.
Namun berbeza dengan alahan, anda boleh mengetahui jika anda menghidapinya dengan gejala-gejala seperti sesak nafas, batuk, bersin dan juga gatal di bahagian mata. Seandainya rasa gatal dan bersin yang anda alami itu sangat teruk ia mungkin ada kaitan dengan hormon anda. Sekiranya anda tidak pasti, dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor anda mengenainya.
Jika ibu hamil mencari krim gatal yang bagus dan selamat, kami ada senaraikan di sini.
Bagaimana Cara Untuk Mengelakkan Alahan Semasa Mengandung
Terdapat beberapa cara untuk elakkan diri anda daripada terkena alahan iaitu dengan melakukan semua ini :
1. Jauhi orang yang sedang merokok
Asap melalui rokok sebenarnya mampu memburukkan lagi alahan yang sedang anda alami. Pendedahan kepada asap rokok ini juga adalah tidak baik untuk anda dan juga perkembangan bayi dalam kandungan. Justeru itu, mengelakkannya adalah pilihan terbaik.
2. Alahan kepada debunga
Sekiranya anda mendapati punca alahan anda adalah daripada debunga, cuba kekal untuk berada di dalam rumah selama yang mungkin jika tiada ada apa-apa urusan penting yang memerlukan anda untuk keluar rumah. Seandainya anda perlu keluar, pastikan anda memakai cermin mata lilit untuk elakkan debunga daripada memasuki mata.
Selain itu, sebelum memasuki rumah tanggalkan kasut, basuh tangan dan kaki serta tukar pakaian dan lebih elok sekiranya anda mandi supaya debunga tidak mengenai dan kekal di tubuh anda. Ia juga membantu anda berasa lebih segar dan melegakan sedikit gejala alahan anda itu.
3. Alergik kulit disebabkan habuk
Pastikan rumah anda sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas daripada habuk. Ketika melakukan tugas pembersihan, gunakan vakum dengan penapis HEPA, mop basah atau penyapu untuk mengelakkan habuk berterbangan di udara.
Untuk makluman anda, menggunakan kain mikrofiber ketika mencuci adalah lebih baik berbanding menggunakan kain penyapu jenis berbulu. Elakkan memasuki tempat seperti loteng rumah, ruang bawah tanah dan tempat yang mempunyai banyak habuk dan lebih baik sekiranya anda mengupah orang lain untuk melakukan tugas pembersihan tersebut.
4. Alergik kulit kerana haiwan peliharaan
Jika anda mempunyai alahan terhadap haiwan terutamanya haiwan peliharaan anda sendiri, letakkan mereka di sebuah bilik khas. Lebih baik sekiranya anda bina sebuah ruangan khas yang berbumbung buat mereka di kawasan luar rumah.
Jika anda mahu ke rumah keluarga atau sahabat dan mereka juga mempunyai haiwan peliharaan, maklumkan mengenai alahan yang sedang anda alami supaya mereka mempunyai waktu yang mencukupi untuk uruskan haiwan peliharaan mereka.
5. Alahan kepada ubat-ubatan
Jika terdapat simptom yang menunjukkan alahan, sila beritahu kepada doktor anda tentang gejala tersebut. Pastikan juga anda menyemak label sebelum menggunakan sebarang ubat-ubatan, walaupun ubat tersebut kerap diambil sebelum kehamilan lagi. Ia kerana tidak semua ubat dianggap selamat untuk ibu hamil.
Antara cara hilangkan alergik iaitu dengan pemberian ubat allergic gatal Benadryl (diphenhydramine) oleh doktor anda. Ubat gatal ini adalah yang paling kerap disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda terus merujuk sebarang masalah kepada doktor anda.
Oleh itu, sentiasa pastikan anda mengelak sebarang pencetus kepada alahan jika anda sudah pun mengetahui punca alahan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Teknologi gadjet ganggu kesihatan ibu hamil dan menjejaskan bayi dalam kandungan!
Baca juga : Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Hamil
Baca juga : 4 Masalah Kesihatan Ibu Hamil Punca Pembedahan Caeser Meningkat
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!