X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Bila berlaku gatal-gatal semasa mengandung, risau pula akan sebabkan parut yang berlarutan. Apakah solusi kepada permasalahan ini?

Masalah kegatalan adalah perkara biasa semasa kehamilan, yang disebabkan oleh peningkatan kadar bahan kimia tertentu dalam darah seperti hormon. Malahan, semakin besar perut, kulit perut yang meregang juga akan menimbulkan rasa gatal! Mulalah ibu hamil mencari krim gatal untuk melegakan kulit.

Sebenarnya apabila rasa gatal, ibu tidak disarankan untuk menggaru bahagian tersebut terutamanya di perut. Risau pula akan menyebabkan stretch mark semakin ketara dan sukar untuk dirawat. Jadi bagaimana nak uruskan rasa gatal ini?

Takkan nak tahan pula kan?

Isi Kandungan: 

1. Punca Kulit Gatal Ketika Hamil

2. Jenis Ruam Gatal Pada Ibu Hamil

3. Bilakah Ibu Hamil Perlu Hubungi Doktor Tentang Kulit Gatal?

4. Memilih Krim Gatal Yang Terbaik Di Pasaran

  • Mama’s Choice Stretch Mark Cream

  • Bio Oil

  • MUSTELA Stretch Marks Cream

  • Palmer’s Cocoa Butter

  • Sebamed Anti-Stretch Mark Cream

  • Motherlove, Pregnant Belly Salve

  • Himalaya Anti-rash Cream For Moms

5. Perbandingan Harga

6. Tips Elak Kulit Gatal Ketika Hamil

Punca Kulit Gatal Ketika Hamil

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Kredit: Shutterstock

Berikut merupakan beberapa sebab kegatalan berlaku semasa hamil:

  • Regangan kulit
  • Kulit kering
  • Wangian atau kain
  • Perubahan hormon
  • Kolestasis (Ini adalah gangguan hati yang boleh mengakibatkan penumpukan asid hempedu dalam darah yang menyebabkan rasa gatal)
  • Papula urtikaria prurit dan plak kehamilan (PUPPP) (Ruam gatal yang berlaku di sekitar stretch mark semasa akhir kehamilan)
  • Prurigo (benjolan berkerak dan gatal di lengan, kaki, atau perut yang boleh muncul pada trimester apa pun)

Adalah penting untuk anda pertimbangkan di bahagian mana pada tubuh anda yang mengalami kegatalan. Kebanyakan ibu hamil akan merangkumi sesetengah rasa gatal pada bahagian perut dan payudara kerana kulit pada bahagian ini sedang melalui terlalu banyak perubahan.

Rasa gatal pada bahagian stretch marks berkemungkinan disebabkan PUPPP, sementara rasa gatal pada lengan dan kaki adalah lebih ke arah disebabkan kesan ke atas fabrik yang bergeser di atas kulit anda dengan cara yang salah atau prurigo.

Sekali-sekala merasakan sedikit kegatalan adalah normal, tetapi rasa gatal yang teruk pada abdomen, lengan dan kaki boleh jadi tanda akan tubuh anda memerlukan sedikit pemerhatian. Sesetengah orang juga mengalami kegatalan vaginal sewaktu hamil, yang mana memerlukan rawatan. Tambahan, kadang kala terdapat ruam yang berkait dengan kegatalan ketika hamil.

Kegatalan tidak secara amnya dianggap satu simptom awal kehamilan. Malah, banyak jenis ruam yang tipikal hanya muncul di kemudian hari kehamilan dan sesetengahnya mungkin tidak akan reda sehingga selepas bayi anda dilahirkan.

Senang kata, bila-bila masa anda mengalami kegatalan yang teruk dan berpanjangan sewaktu tempoh hamil, anda perlu membuat pemeriksaan doktor.

Jenis Ruam Gatal Pada Ibu Hamil

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Kredit gambar: Freepik

Kulit gatal adalah perkara biasa ketika hamil, dan sesetengah orang akan mengalami masalah ruam. Sesetengah jenis ruam adalah spesifik kepada kehamilan, sementara lain boleh berlaku tidak kira masa. Walaubagaimanapun, sesetengah ruam boleh berlaku sewaktu hamil untuk sesetengah orang berikutan perubahan fizikal pada tubuh.

Dalam banyak kes, ruam kulit adalah tidak serius dan tidak menunjukkan satu masalah dengan janin. Namun, mengenal pasti punca dari awal adalah penting, dek kerana sesetengah ruam adalah simptom kepada kondisi lain.

Sesetengah ruam yang boleh berlaku ketika hamil adalah seperti berikut.

1. Ruam panas

Kehamilan boleh menyebabkan orang ramai merasakan panas tidak seperti kebiasaan kerana peningkatan bekalan darah kepada kulit. Hasilnya, seorang ibu mungkin akan mendapati yang mereka lebih kerap berpeluh, yang mana dalam beberapa kes, membawa kepada ruam panas. Ruam panas, atau haba mencucuk, menyebabkan satu patch lepuhan gatal kecil pada kulit.

Kekal sejuk dan kering boleh membantu merawat ruam panas. 

2. Gegatal (Hives)

Hives kelihatan seperti peningkatan bintat pada kulit. Ia gatal dan biasanya berlaku berikutan reaksi alergi. Walaubagaimanapun, ada sebab lain termasuklah hangat, kulit meregang, stress dan tekanan pada kulit.

Merasakan panas dan gatal adalah biasa ketika hamil dan boleh membawa kepada kegatalan. Perubahan hormon juga boleh jadi punca kulit gatal. 

3. Tindak balas atopik kehamilan

Tindak balas atopik kehamilan adalah masalah kulit spesifik kehamilan yang biasa berlaku. Terma ini mengumpulkan beberapa ruam hamil yang sama; ekzema atopik, prurigo kehamilan dan folikulitis prurit.

Ekzema adalah ruam yang sangat kering dan gatal yang muncul kemerahan pada kulit cerah dan kelabu atau coklat pada kulit gelap.

Individu yang mendapat ekzema sewaktu hamil mungkin akan mendapati luka melecet lebih daripada biasa pada trimester pertama dan kedua.

Prurigo kehamilan merangkumi satu ruam yang termasuklah papula, yang mana bengkak kecil yang mengandungi air.

Folikulitis prurit menyebabkan papula yang menyerupai jerawat. Kondisi ini adalah tidak selesa tetapi tidak berisiko untuk ibu hamil dan janin.  Ruam ini biasanya akan hilang selepas bersalin.

4. Ruam PUPPP

Ruam PUPPP memberi kesan di dalam 1 di dalam setiap 160 kehamilan. Kondisi ini sangat biasa di kalangan wanita yang membawa dua janin, iaitu dengan kembar atau triplet.

Ruam PUPPP terjadi pabila kulit meregang, merosakkan lapisan tisu dalaman kulit. Ini menyebabkan keradangan, yang mana muncul sebagai ruam.

Ruam PUPPP ada kala bermula di dalam trimester kedua tetapi biasanya terhasil ketika 3 bulan terakhir dalam tempoh kehamilan. Ia akan hilang sejurus selepas melahirkan.

5. ICP

ICP atau kolestasis obstetrik (OC) adalah kondisi hati yang berpotensi serius yang boleh berlaku ketika hamil. Ia menyebabkan kegatalan yang teruk yang mana bermula di atas telapak tangan dan tapak kaki sebelum merebak kepada bahagian tubuh yang lain. Kegatalan ini boleh berlaku dengan atau tanpa ruam.

Ada kala, kegatalan adalah satu-satunya simptom ICP. Sekali sekala, seseorang individu juga boleh mengeluarkan penyakit kuning, yang menyebabkan kuku, kulit, dan mata menjadi sedikit kekuningan. ICP tipikalnya berlaku pada trimester ketiga.

Kemungkinan akan pembetukan ICP berbeza di kalangan kumpulan etnik. Kondisi ini memberi kesan 1% wanita keturunan Northern European. Ia lebih biasa di dalam kalangan keturunan Scandinavian atau Araucanian Indian.

ICP boleh menyebabkan komplikasi kehamilan, jadi pengesanan awal, diagnosis, rawatan, dan pemerhatian dekat adalah sangat penting. Kegatalan yang teruk ketika hamil adalah tidak normal, jadi seseorang ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan doktor secepatnya jika ia berlaku.

6. Impertigo herpetiformis

Ia adalah kondisi kulit yang muncul sewaktu hamil, biasanya ketika trimester ahir. Ia sama dengan pustular psoriasis, yang mana menyebabkan keradangan kulit yang teruk.

Ruam ini bermula dengan lepuh pada bahagian pelipatan kulit. Ia boleh merebak di sekitar permukaan kulit, melitupi patch yang besar. Kulit akan berkerak atau menjadi dijangkiti.

Ibu hamil yang mengalaminya juga boleh mendapat demam, cirit-birit, dehidrasi, degupan jantung yang laju, dan sawan.

Impetigo herpetiformis biasanya akan reda selepas seseorang itu melahirkan tetapi terdapat risiko akan kelahiran pra-matang.

Dalam kes yang jarang berlaku, kondisi ini boleh menyebabkan maut. Jika seseorang ibu hamil mengalaminya sewaktu sekali kehamilan, mereka mempunyai kemungkinan tinggi untuk melaluinya lagi dałam kehamilan seterusnya.

7. Pemphigoid gestationis

Ia dalah penyakit autoimun yang rare, memberi kesan 1 di dalam 50,000 kehamilan. Ia menyebabkan kegatalan, gegatal seakan ruam yang bermula di sekitar pusar dan kemudian merebak ke bahagian tubuh lain. Ruam ini juga boleh merangkumi lepuhan kulit.

Kondisi ini biasanya berlaku di dalam trimester kedua atau ketiga. Ia boleh reda sewaktu hujung kehamilan, tetapi ia biasanya reda sebelum kelahiran. Selepas kehamilan, kitaran menstrual atau penggunaan pil perancang boleh mencetus akan ruam ini untuk kembali.

Bilakah Ibu Hamil Perlu Hubungi Doktor Tentang Kulit Gatal?

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Kredit gambar: Babycenter

Hubungi doktor anda jika anda mengalami perkara berikut:

  • Kemunculan ruam baru sewaktu hamil
  • Mempunyai satu kondisi kulit yang semakin teruk
  • Merasakan sangat gatal tetapi tidak ada sebarang ruam

Doktor anda akan meminta anda untuk bertemu dengannya untuk melakukan ujian fizikal, dengan cara ini doktor akan dapat mendiagnos masalah tersebut, mencadangkan rawatan yang terbaik, dan merujuk anda kepada seorang pakar dermatologi jika perlu.

Ini penting khususnya sekarang ini kerana sesetengah kondisi yang menjadi punca kulit gatal sewaktu hamil boleh memberi kesan pada perkembangan bayi dan memerlukan pemantauan khas atau rawatan. Sebagai contoh, masalah gatal yang teruk tanpa ruam boleh jadi satu simptom akan kolestasis kehamilan.

Dan walaupun ruam yang gatal sewaktu hamil adalah salah satu rasa ketidakselesaan yang biasa berlaku tetapi tidak membahayakan, ia juga boleh jadi satu simptom rare tetapi kondisi serius dipanggil pemphigoid gestationis.

Memilih Krim Gatal Yang Terbaik Di Pasaran

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Kredit: The Moms Co

Semasa hamil, para ibu tidak dibenarkan mengambil produk sembarangan yang boleh berisiko membahayakan janin, jadi sebelum mendapatkan rawatan untuk masalah gatal pastikan anda rujuk doktor terlebih dahulu.

Bagi mendapatkan krim gatal pula, semak dulu beberapa perkara seperti di bawah:

  • Pastikan kandungan yang selamat dan lagi baik sekiranya dihasilkan dari bahan semulajadi.
  • Tiada kandungan paraben, SLS, alkohol dan sebagainya.
  • Semak label dan pastikan ia selamat digunakan semasa hamil.
  • Cari krim gatal yang mempunyai fungsi lain seperti menghindarkan stretch mark di bahagian tubuh akibat regangan.

7 Produk Krim Gatal Terbaik Untuk Ibu Hamil Di Malaysia

Jadi di sini demi memudahkan pembelian ibu hamil dalam mencari krim gatal terbaik di Malaysia, kami telah pun senaraikan 7 produk yang terbaik berdasarkan kajian kami.

Segalanya mudah sahaja pada hari ini, tinggal klik, beli dan tunggu ia tiba di rumah anda.

Terbaik… Jenama

Krim Gatal Terbaik Untuk Keseluruhan

Mama’s Choice Stretch Mark Cream

Minyak Gatal Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Bio Oil

Krim Gatal Terbaik Dengan Penghidratan Berpanjangan

MUSTELA Stretch Marks Cream

Krim Gatal Terbaik Melegakan Kulit Kasar Dan Kering

Palmer’s Cocoa Butter

Krim Gatal Terbaik Mencegah Kesan Regangan

Sebamed Anti-Stretch Mark Cream

Krim Gatal Terbaik Paling Organik

Motherlove, Pregnant Belly Salve

Krim Gatal Terbaik Formulasi Herbal Yang Efektif

Himalaya Anti-rash Cream For Moms

#1 Mama’s Choice Stretch Mark Cream (Krim Gatal Terbaik Keseluruhan)

krim stretch mark terbaik keseluruhan

Mama’s Choice Stretch Mark Cream diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi terpilih yang diperkaya dengan Vitamin E dan antioksidan, memperbaiki dan menambah kulit dengan memberikan kelembapan.

Selain itu, ia membantu mengurangkan masalah regangan stretch marks dan melegakan gatal yang terjadi akibat regangan tersebut.

Apa yang kami suka?

  • Formula yang dipatenkan mengikut pilihan mama
  • Memberi keselesaan pada perut, pinggul, dan payudara yang meregang
  • Lipobelle ™ Soyaglycone dan lidah buaya mempromosikan keanjalan kulit sambil menjadikan kulit lembut, terhidrat, dan kenyal sepanjang hari
  • Kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen.
  • Cukup lembut untuk kulit sensitif.
  • Selamat untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Disyorkan untuk digunakan semasa dan selepas kehamilan atau turun naik berat badan

Mama's Choice Stretch Mark Cream

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#2 Bio Oil (Minyak Gatal Terbaik Untuk Kulit Sensitif)

krim terbaik untuk wanita hamil

Bio Oil merupakan salah satu produk yang popular dan dipercayai di Malaysia. Bio Oil diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi berikut: Vitamin A, Vitamin E, Calendula Oil, Lavender Oil, Rosemary Oil dan Chamomile Oil.

Ia merupakan produk hypo-allergenic bukan komedogenik (acnegenic) yang sesuai digunakan oleh individu yang mempunyai kulit sensitif.

Apa yang kami suka?

  • Memperbaiki penampilan parut baru dan lama
  • Kurangkan kemungkinan pembentukan stretch mark semasa pertumbuhan remaja, kehamilan, dan tempoh kenaikan berat badan yang cepat
  • Membantu memperbaiki penampilan stretch mark yang ada
  • Melembutkan dan menegangkan kulit dan kulit berkedut
  • Membantu menambah minyak semula jadi kulit yang dapat dilupuskan oleh cuaca yang teruk, kerap mandi dan kesan pengeringan pemanasan pusat dan penyaman udara

Bio Oil 60ml

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#3 MUSTELA Stretch Marks Cream (Krim Gatal Terbaik Dengan Penghidratan Berpanjangan)

krim stretch mark terbaik

Mustela Cream memberikan penghidratan yang berpanjangan yang menguatkan keanjalan kulit, melembutkan rasa tidak selesa dan yang terbaik, ia bebas wangian.

Peptida alpukat, bahan asal semula jadi yang dipatenkan digunakan untuk menguatkan penghalang hidrolipidik kulit, menjadikan kulit lembap dan menenangkan. Sesuai untuk ibu hamil dan yang menyusukan.

Apa yang kami suka?

  • Peningkatan penghidratan 4 jam selepas permohonan: + 31% 
  • Menguatkan keanjalan kulit: 98%
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Dibuat dengan ramuan yang diformulasikan untuk kehamilan dan menyusu.
  • 0% paraben, phthalate, phenoxyethanol

MUSTELA Stretch Marks Cream Fragrance Free

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#4 Palmer’s Cocoa Butter (Krim Gatal Terbaik Melegakan Kulit Kasar Dan Kering)

tips hilangkan gatal

Palmer’s Cocoa Butter Formula Concentrate Cream, dibuat dengan Cocoa Butter asli dan diperkaya dengan Vitamin E dalam pangkalan emolien yang menenangkan, menyembuhkan dan melembutkan kulit kasar, kering, melicinkan tanda dan parut serta warna kulit.

Ia adalah pelembap seluruh badan yang sangat baik dan sangat sesuai digunakan bagi melembapkan kulit, dan menghilangkan kegatalan akibat regangan. 

Apa yang kami suka?

  • Perlindungan SPF 15
  • Menghidrat kulit kasar dan kering
  • Sangat sesuai untuk tangan, siku dan lutut
  • Saiz kompak yang sesuai untuk travel
  • Memberi kelembapan 24 jam
  • Tiada paraben atau phthalates

Palmer's Cocoa Butter with Vit E

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

#5 Sebamed Anti-Stretch Mark Cream (Krim Gatal Terbaik Mencegah Kesan Regangan)

gatal ketika hamil

Produk ini sesuai untuk mencegah gatal-gatal akibat kulit yang meregang semasa hamil.

Anti Stretch Mark Cream yang diberi nama juga membantu mencegah kesan regangan akibat rawatan perubatan dan klinikal untuk melangsingkan badan, mesoterapi, sedut lemak, peningkatan atau penurunan ukuran payudara.

Selain itu, ia dapat memberikan toleransi kulit maksimum untuk semua kawasan sensitif seperti perut payudara, pinggul, dan paha.

Apa yang kami suka?

  • Minyak alpukat dan selubung semula jadi dengan lipid lain memberikan penjagaan dan perlindungan lapisan kulit yang dangkal yang cekap.
  • Gabungan unik dari ekstrak centella asiatica (rumput harimau) dan peptida yang disokong oleh struktur lipid cecair-kristal dari kompleks yang berasal dari minyak zaitun, memungkinkan penyesuaian tisu penghubung yang lebih baik kepada jumlah badan yang berubah dengan kerosakan struktur yang kurang.
  • Boleh digunakan semasa menyusu, ikuti peraturan kebersihan yang betul sebelum ini
  • Tidak mengotorkan pakaian
  • Tanpa paraben, minyak mineral, phtalate, alkohol dan bisphenol (BPA)
  • Bebas dari bahan haiwan

Sebamed Anti-Stretch Mark Cream (200ml) - RM106.50

product imageshop now

#6 Motherlove, Pregnant Belly Salve (Krim Gatal Terbaik Paling Organik)

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Pregnant Belly Salve adalah satu item penting ketika hamil untuk melegakan gatal pada perut dan membantu mencegah masalah stretch mark.

Pelembap semula jadi ini mempunyai asas minyak aprikot yang diselitkan dengan lima herba organik iaitu akar marshmallow, bunga mawar, bunga chamomile, dan calendula serta ia dipekatkan dengan lilin lebah asli dan mentega shea yang berkhasiat untuk kulit.

Ia adalah Project Disahkan Bukan-GMO, Bebas Kekejaman diperakui oleh Leaping Bunny, dan diperbuat dengan hanya herba USDA Certified Organic. Ia tidak mengandungi petroleum atau produk sampingan petroleum, lanolin, parabens, phthalates, atau pengisi sintetik. 

Sapu di atas perut yang membesar, payudara, pinggang dan pe untuk mencegah stretch marks dan melegakan kegatalan. Penyerapan yang pantas dengan sedikit aroma bunga chamomile dan lavender.

Apa yang kami suka?

  • Melembap perut hamil, pinggang dan payudara
  • Membantu mencegah stretch mark
  • Relaks dengan uretan pranatal
  • Bebas kekejaman
  • Diperbuat daripada herba organik yang diperakui USDA
  • Tidak mengandungi petroleum atau produk samping petroleum, lanolin, parabens, phthalates, atau pengisian sintetik

Motherlove, Pregnant Belly Salve

product imageBeli di iHerb

#7 Himalaya Anti-rash Cream For Moms (Krim Gatal Terbaik Formulasi Herbal Yang Efektif)

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Himalaya for Moms Anti-Rash Cream adalah satu formulasi herbal yang efektif mengurangkan kegatalan dan ruam, serta secara perlahan-lahan melegakan kulit. 

Ia sangat berguna dalam merawat ruam sewaktu hamil, serta luka dermal lain dan kesan calar  yang mengakibatkan kegatalan minor. Mengandungi bahan utama Yashada Bhasma, yang terkenal dalam mengunci lembapan pada kulit serta mempunyai antiseptik dan sifat antimikrob. 

Apa yang kami suka?

  • Membantu merawat ekzema, kegatalan, dan masalah kulit yang lain
  • Mengandungi Aloe vera membantu merawat luka dan melegakan kulit
  • Terkandung minyak badam yang kaya dengan vitamin A, B, dan E, yang mudah untuk menyerap masuk serta membantu mengekalkan lembapan kulit
  • Terkenal dengan sifat menyuburkan kulit dan menjadikannya lembut dan gebu
  • Mengandungi Manjishtha yang mana mempunyai antioksidan dan kandungan anti-radang yang terkenal dalam memastikan kulit bebas cela

Himalaya Anti-rash Cream For Moms

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga

Jenama Harga (RM) Isipadu kandungan (ml/g) Harga/ml

Mama’s Choice Stretch Mark Cream

32.57 100 0.33

Bio Oil

26.53 60 0.44

MUSTELA Stretch Marks Cream

109.25 150 0.73

Palmer’s Cocoa Butter

12.17 60 0.20

Sebamed Anti-Stretch Mark Cream

106.50 200 0.53

Motherlove, Pregnant Belly Salve

78.23 118 0.66

Himalaya Anti-rash Cream For Moms

12.50 20 0.62

Tips Elak Kulit Gatal Ketika Hamil

Rimasnya Bila Rasa Gatal Ketika Hamil, Kalau Garu Takut Berparut Pula! Ada Ke Krim Gatal Selamat Untuk Ibu Hamil?

Kredit gambar: Perfect Body Mate

Anda mungkin tidak akan dapat mencegah kegatalan kulit sepenuhnya, tetapi tips ini boleh jadi meminimakan rasa gatal tersebut ketika hamil.

1. Mandi dan berendam dengan air suam panas

Air panas boleh membuatkan kulit anda kekeringan dan menjadikan rasa gatal pada kulit itu jauh lebih teruk. Jadi, gunakan sabun mandian yang ringan, bebas pewangi, dan bilas sebersihnya. Gunakan tuala untuk mengering tubuh dengan perlahan-lahan.

2. Kekal dingin

Elak keluar di bawah cahaya matahari dengan cuaca yang panas kerana kehangatan cuaca boleh membuatkan rasa gatal pada kulit lebih teruk.

3. Pakai pakaian yang selesa

Pakaian bermaterial kapas lembut, reka bentuk yang longgar dapat memastikan kulit anda tidak mudah berlaku iritasi.

4. Sapu ubat sebelum melembap

Jika doktor anda memberikan anda ubatan topikal, gunakannya seperti mana yang dinasihatkan dan kemudian gunakan pelembap pada seluruh tubuh badan anda, biarpun pada kawasan kulit yang dirawat dengan ubalen tersebut.

5. Hindari stress

Ambil langkah dalam mengurangkan stress dan gemuruh anda, yang mana boleh menjadikan rasa gatal kulit itu lebih teruk.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Baca juga: Payudara Gatal Kerana 7 Sebab Ini, Hati-hati Dengan No #5!

Baca juga: Jenis Alergi Kulit Yang Berlaku Ketika Hamil, Adakah Ia Masalah Normal?

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Farhana Fuad

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.