Pengorbanan seorang ibu tidak terkira. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam pelbagai hal selepas hamil. Dari jadual kerja, waktu tidur, emosi dan perubahan fizikal. Stretchmark salah satu perubahan yang harus diterima ibu. Tapi jangan risau ibu-ibu, ada cara hilangkan stretch mark dengan berkesan!
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Apa itu stretch mark?
- Bolehkah elak stretch mark dari muncul?
- Cara mengurangkan stretch mark
- Bila patut bimbang
Stretch mark terbentuk apabila badan yang hamil membesar lebih pantas berbanding kulit. Lalu, serat elastik di bawah kulit pecah maka terjadinya stretchmark.
Menurut pakar, kesan ini akan beransur hilang (atau bertukar warna). Namun, anda yang dahulunya miliki kulit sebersih susu pasti tidak mahu stretch mark ini. Jangan risau, ibu semua!
Apa itu stretch mark?
Stretch mark adalah sejenis parut yang timbul apabila kulit kita meregang atau mengecut dengan cepat. Perubahan mendadak menyebabkan kolagen dan elastin, yang menyokong kulit pecah.
Apabila kulit pulih, tanda regangan kulit mungkin muncul. Tidak semua ibu hamil akan mengalami masalah ini.
Tahap hormon yang turun naik ketika hamil juga memainkan peranan dan menjadi punca regangan kulit. Anda juga dikatakan mempunyai risiko yang lebih tinggi jika orang dalam keluarga anda mendapat stretch mark.
Sesiapa sahaja boleh mengalami stretch mark, walaupun ia lebih cenderung berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki. Keadaan ini boleh berlaku pada pelbagai bahagian badan, termasuk perut, paha, pinggul, payudara dan lengan atas.
Selain kehamilan, sebab lain yang menyebabkan ia muncul adalah pertambahan dan penurunan berat badan, atau akil baligh. Lebih 50 peratus wanita mengalaminya semasa hamil.
Bolehkah elak stretch mark dari muncul?
Anda sebenarnya boleh mencegahnya daripada berlaku. Perkongsian ini akan membincangkan bagaimana anda boleh mengatasi masalah ini.
Walaupun ia tidak selalunya dapat dicegah, bagaimanapun langkah-langkah di bawah boleh membantu mengurangkan risiko anda memilikinya.
Anda tidak boleh melakukan apa-apa yang menjamin bahawa anda tidak akan mengalami stretch mark namun gabungan penghidratan, diet dan senaman boleh membantu mengurangkan risikonya.
#1. Cara hilangkan stretch mark sejak awal kehamilan
Lebih mudah mengatasi masalah ini jika anda menjaga kulit sejak awal kehamilan. Bukan itu saja, amalkan gaya hidup yang sihat. Ambil vitamin C, vitamin E dan protein dalam diet.
Minum air atau teh hijau untuk mengekalkan kelembapan kulit. Anda juga boleh menyapu minyak aroma sebelum mandi. Namun, menurut kajian hampir 90% daripada wanita hamil akan memiliki stretchmark selepas kandungan berusia 6 hingga 7 bulan. Tiada cara lain – anda harus segera merawatnya!
#2. Diet seimbang
Ketika hamil, pengambilan makanan seimbang amat penting bukan saja untuk tumbesaran bayi malah kesihatan kulit si ibu.
Makan makanan seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral akan membantu untuk menyihatkan kulit anda. Mengambil jumlah vitamin A dan C yang sesuai boleh membantu menyokong kulit, serta mineral zink dan silikon.
Ketika hamil ini, kulit biasanya akan menjadi lebih sensitif daripada sebelumnya, jadi pastikan anda ada perisai terbaik untuk menghalangnya daripada menjadi lebih teruk.
#3. Kawal berat badan
Pastikan anda mengawal berat yang bertambah sepanjang kehamilan. Jangan melebihi daripada penambahan berat yang sepatutnya.
Pertambahan berat badan memang tidak dapat dielakkan ketika anda hamil, namun pastikan ia dalam jumlah yang selamat bagi mengelak berlakunya regangan yang terlalu banyak kepada kulit anda.
#4. Pastikan minum cukup air
Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari akan memastikan badan anda kekal terhidrat sekaligus mengelak berlakunya kulit kering yang akan menyebabkan regangan kulit menjadi lebih teruk.
Minum banyak air. Air membantu mengekalkan kulit anda kekal lembut, jadi anda kurang berkemungkinan mendapat stretch mark.
Minum kafein juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat stretch mark. Jika anda minum banyak kopi atau teh adalah idea yang baik untuk minum lebih banyak air.
#5. Senaman
Senaman meningkatkan peredaran darah dan membantu badan anda menghasilkan kolagen. Peningkatan peredaran darah dan kolagen membantu kulit anda kekal anjal dan tegang.
Cara hilangkan stretch mark
Ada beberapa cara cara hilangkan stretchmark yang anda boleh buat sama ada rawatan di rumah atau rawatan di klinik kulit.
#1. Rawatan secara semulajadi di rumah
Terima kasih pada dapur tercinta, anda boleh merawat strechmarks di rumah! Maksudnya? Tak perlu belanja lebih wang! Berikut beberapa bahan semulajadi yang boleh menghilangkan strechmarks:
- Rawatan Minyak – minyak zaitun, minyak vitamin E, minyak kastor, minyak kelapa, badam, dan avakado. Urut pilihan minyak ini pada bahagian yang diingini sebelum mandi, dan biarkan selama 30 minit. Minyak menjadikan kulit anda lebih lembut dan menjadi salah satu cara hilangkan stretch mark dengan cepat!
- Aloe Vera menggalakkan penyembuhan dan menenangkan kulit. Sapu gel ke bahagian kulit dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air. Untuk kesan lebih menakjubkan, campur aloe vera dengan mana-mana minyak di atas.
- Madu – campur madu dengan garam untuk buat skrub. Sapu skrub pada kulit, biar ia kering lalu bilas dengan air.
- Putih Telur – kaya dengan protein dan amat berkesan untuk menghilangkan strechmarks. Putih telur mampu meremajakan kulit. Amalkan amalan menyapu putih telur dengan kerap!
- Jus lemon – sangat berasid, namun mampu menghilangkan strechmarks. Sapu jus lemon pada kulit dan bilas dengan air sejuk.
- Kentang – Kentang mengandungi fitokimia, polifenol, dan karotenoid yang memperbaiki tekstur kulit. Potong kentang dan sapukan jusnya pada kulit.
#2. Buat krim & losyen semulajadi
Memang terdapat pelbagai pilihan stretchmark cream atau stretchmark removal di pasaran. Tapi, semuanya berkesan ke? Lagipun, jika anda buat sendiri krim dan losyen ini, tiada bahan kimia!
Jika anda pernah cuba pelbagai produk, mungkin ada sesetengah saja yang sesuai namun harganya mungkin mahal.
- Pelembap home-made – Pelembap menganjalkan kulit. Jika kulit anda jenis kering – campur minyak zaitun dengan cocoa butter dan shea butter. Jika kulit anda jenis berminyak – campur minyak zaitun dengan gel aloe vera dan minyak germa gandum.
- Losyen home-made – Bahannya, campurkan 1/4 cawan gel aloe vera dengan 1/2 cawan minyak zaitun. Pecahkan 6 kapsul Vitamin E dan 3-4 kapsul Vitamin A. Campurkan kesemua bahan dan simpan dalam botol. Botol ini harus disimpan dalam tempat sejuk (peti ais). Guna setiap hari. Goncang botol sebelum guna.
#3. Bersenam
Cuba senaman ringan yang bermain di kawasan strechmarks. Senaman mampu menjana dan menegangkan tisu kulit. Aktiviti berenang bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam tisu dan menganjalkan kulit.
Jangan mudah putus asa, ibu sekalian. Strechmarks ini akan kita hapus sama-sama! Tapi, anda harus yakin sentiasa! Tanpa strechmarks ini pun, anda masih jelita seperti dulu.
#4. Rawatan perubatan
Doktor kulit atau pakar bedah plastik boleh menggunakan laser atau rawatan lain untuk membantu memudarkan kesan.
Ia boleh membantu kulit anda menghasilkan lebih banyak kolagen. Antaranya termasuklah terapi laser, microdermabrasion, pembedahan kosmetik dan pengelupasan kimia.
Bila patut bimbang
Stretch mark berlaku secara semula jadi, dan tanda regangan tidak menimbulkan kebimbangan. Bagaimanapun, ia juga boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang mungkin dialami.
Tidak salah untuk bertanya kepada pakar dermatologi tentang tanda regangan anda terutamanya jika anda telah melihat gejala luar biasa. Ada kemungkinan apa yang anda alami adalah petunjuk kepada masalah kesihatan lain.
Jadi ada baiknya untuk segera berjumpa doktor jika anda mengalami beberapa perkara seperti:
- kenaikan berat badan yang mendadak
- kulit yang kelihatan nipis, mudah lebam, atau lambat sembuh selepas kecederaan
- lemah otot dan keletihan
- selalu rasa tidak sihat
- Rasa terlalu tidak yakin dan menganggu kehidupan seharian
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba
Baca juga: Kulit Kering Dan Gatal Antara 5 Masalah Kulit Biasa Dialami Semasa Hamil, Ini Cara Atasinya
Baca juga: Rahsia Sari Yanti Hilangkan Stretch Mark, Ia Tak Mustahil! Kulit Pun Jadi Lebih Lembap!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!