Tidak dinafikan ketika hamil, ibu-ibu pasti ada mengalami masalah kulit muka ketika cuci muka. Paling ketara kulit wajah menjadi kering dan ada kalanya kelihatan kusam dan tidak bermaya. Ini kebiasaannya disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit ibu menjadi lebih kering dan sensitif. Jangan risau! Kami ada kumpulkan 5 pencuci muka yang terbaik untuk anda atasi masalah ini.
Perubahan hormon menyebabkan kulit ibu akan kehilangan keanjalan dan kelembapan. Ini juga boleh menyebabkan kulit mengelupas, kegatalan, atau gejala lain yang sering dikaitkan dengan kulit kering.
Apabila tahap hormon mula turun naik, halangan hidrolipidik boleh menipis, lemah, dan juga pecah (membentuk lubang). “Lubang" ini membenarkan lembapan menyejat dengan cepat dari permukaan kulit anda. Ini mengakibatkan kulit kering, merekah dan gatal.
Antara punca lain kulit menjadi kering disebabkan kekurangan air di dalam badan. Ini terutama buat ibu hamil yang mengalami alahan teruk pada awal kehamilan (trimester pertama). Keadaan seperti mabuk, muntah-muntah dan juga keletihan boleh menyebabkan kulit wajah ibu tidak berseri-seri dan kelihatan kusam.
Selain itu, produk penjagaan yang kebiasaannya digunakan sebelum hamil belum tentu selamat digunakan. Keadaan ini menyebabkan ibu ragu-ragu untuk menggunakan sebarang produk pembersihan muka yang pernah digunakan. Sehinggakan ibu mula menjadi leka dan tidak mengambil berat tentang penjagaan muka. Apabila situasi ini berterusan, ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi semakin kering dan kusam.
Pencuci Muka: Cara Rawat dan Atasi Masalah Kulit Muka Kering dan Kusam Ketika Hamil

Berikut adalah 6 cara untuk memastikan kulit muka anda sentiasa lembap dan berseri-seri secara semulajadi.
1. Tambahkan penghidratan pada rutin penjagaan kulit harian anda
Proses penghidratan dan pelembap BUKAN perkara yang sama. Pelembap membentuk lapisan pada kulit ibu untuk mengekalkan kelembapan daripada keluar. Penghidratan, sebaliknya, memasukkan air ke dalam kulit ibu. Itulah sebabnya ia sangat penting untuk merawat dan mencegah kulit kering semasa kehamilan.
Walaubagaimanapun, turutan penggunaannya menjadi sangat penting. Ibu harus sentiasa menggunakan produk penghidratan terlebih dahulu, diikuti dengan pelembap.
2. Elakkan mengguna fabrik kasar
Kerana halangan hidrolipidik yang lemah atau tidak wujud, kulit kering amat terdedah kepada kerosakan mikro dan kerengsaan daripada sumber luaran. Salah satu sumber kerengsaan yang paling biasa ialah penggunaan fabrik kasar.
Dan jangan lupa mengeringkan muka selepas ibu mencucinya. Gunalah tuala muka dari fabrik yang paling lembut. Jangan menggunakan fabrik kasar ini dikhuatiri boleh menyebabkan kerengsaan kulit jika ibu mengelap muka terlalu kuat.
3. Sentiasa lindungi kulit muka
Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit muka menjadi sangat kering. Sudah tentu ibu harus memakai krim pelindung matahari (sunscreen) semasa ibu berada di luar rumah. Antara krim pelindung matahari yang dicadangkan perlulah sekurangnya mempunyai SPF 50 tanpa wangian.
Lebih baik ianya diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi contoh seperti minyak kelapa, minyak macadamia, dan vitamin E. Bahan-bahan ini terbukti selamat dan dapat melembapkan kulit ibu ketika hamil.
4. Makan makanan berkhasiat
Kulit yang lembap bermula dari dalam dan ibu perlu tahu betapa pentingnya mengambil makanan yang sihat dan seimbang semasa hamil. Bagi mengelakkan kulit kering, pastikan ibu memasukkan lemak baik dalam diet harian. Antara makanan sihat yang boleh diambil ketika hamil adalah:
- Ikan (Pastikan anda merujuk dengan doktor anda tentang jenis ikan yang selamat untuk dimakan semasa anda hamil)
- Avokado
- Ubi keledek
- Kacang
- Biji benih (biji chia, biji labu, biji rami, atau biji bunga matahari)
- Oatmeal
- Kelapa (Bukan sahaja makan buahnya bermanfaat, tetapi menggunakan minyak kelapa secara topikal juga merupakan cara terbaik untuk merawat kulit kering ibu!)
- Sayur-sayuran (khususnya lobak merah, brokoli, dan timun)
- Telur
Keadaan kulit menunjukkan apa yang berlaku di dalam badan ibu dan kulit terhidrat adalah bermula dari dalam. Ini bukan sahaja merangkumi apa sahaja yang ibu makan tetapi apa yang ibu minum juga! Pastikan kulit sentiasa lembap dan elakkan kekeringan dengan meminum banyak air. Ini kerana air membantu badan ibu menyerap nutrien dan memindahkan vitamin dan mineral penting lain ke sel darah di dalam badan.
Beberapa saranan untuk meningkatkan hidrasi (cukup air dalam badan) termasuk:
- Minum 10- 12 gelas air sehari . Bawa botol air semasa keluar rumah.
- Tambahkan makanan yang berair dalam diet seperti sup, ketulan ais, ais berperisa dan gelatins/agar-agar.
- Hadkan pengambilan minuman atau produk berkafein termasuklah kola, kopi dan teh (sejuk dan panas).
- Minum air sebelum dan selepas makan untuk meningkatkan pengambilan cecair dan pepejal.
- Gunakan ubat (antiemetics) untuk melegakan simptom nausea dan muntah.
6. Cuci muka dengan air suam dan bukan air panas atau sejuk
Bagi mengelakkan kulit kering, cuci muka dengan menggunakan air suam. Untuk pengetahuan semua suhu yang melampau sama ada udara atau air boleh melemahkan lapisan hidrolipid dan menghilangkan kelembapan kulit muka. Itulah sebabnya sangat penting untuk mengelakkan mencuci muka tidak kira sama ada dengan menggunakan air panas atau air sejuk.
Sebaliknya, laraskan air pancuran atau mandian anda lebih ke arah tengah (suam) skala. Boleh tetapkan pada suhu badan (sekitar 98.6 darjah Fahrenheit).
5 Pencuci Muka Terbaik untuk Atasi Masalah Kulit Kering dan Kusam
Berikut adalah 5 jenama pencuci muka yang sangat disyorkan untuk ibu hamil yang mempunyai kulit kering dan kusam.
5 Pencuci Muka Terbaik Ketika Hamil
 | Mama's Choice Gentle Face Wash Pencuci Muka Terbaik Secara Semulajadi dan Halal |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser Pencuci Muka Terbaik Vegan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Burt's Bees Deep Facial Cleansing Cream Pencuci Muka Terbaik Kulit Kombinasi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | CeraVe Hydrating Cleanser Pencuci Muka Terbaik Kulit Sensitif |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Wardah Hydra Rose Gel to Foam Cleanser Pencuci Muka Terbaik Menggunakan Ekstrak Bunga |  | View Details | Beli di Shopee |
Mama’s Choice Gentle Face Wash
Pencuci Muka Terbaik Secara Semulajadi dan Halal

Pencuci muka ini diformulasi daripada bahan semulajadi dan diiktiraf halal seperti ekstrak beras dan kolagen terhidrolisis yang dapat membersih, mencerahkan dan menghidratkan kulit daripada mendalam. Apa yang penting ianya sangat lembut di kulit dan telah diuji secara dermatologi menjadikannya selamat digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Ianya tidak mempunyai sebarang bahan kimia, paraben dan SLS yang boleh membahayakan kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan serta sangat sesuai untuk ibu menyusu! Ianya juga mempunyai kadar pH yang seimbang. Jika ibu inginkan pregnancy glow, inilah pencuci muka yang terbaik untuk anda!
Apa yang kami suka?
- Dirumus daripada bahan semulajadi
- Diyakini halal dan tidak mengandungi bahan berbahaya
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
- Selamat digunakan oleh ibu hamil dan menyusu
- Mampu mencerahkan kulit secara semulajadi
- Mampu menghidratkan kulit dengan efektif
- Boleh meningkatkan seri wajah semasa hamil (pregnancy glow)
Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser
Pencuci Muka Terbaik Vegan

Pencuci muka dalam bentuk gel ini mampu menanggalkan solekan, minyak berlebihan dan kekotoran dengan formula lembutnya yang bebas daripada SLS, pewangi, minyak pati (essential oils) dan silikon.
Ianya selamat digunakan untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana pencuci muka ini dirumus pada paras pH 5.5. Jenama ini memberi tumpuan kepada tahap pH yang sihat, formulasi yang dikenali oleh kulit, struktur molekul kecil yang mudah diserap, dan bahan aktif yang berkesan yang turut menyokong lapisan asid kulit.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Dirumus pada tahap pH yang selamat
- Tidak mengandungi bahan berbahaya
- Vegan dan bebas daripada kekejaman terhadap haiwan (cruelty-free)
- Formula yang sangat lembut untuk kulit
Burt’s Bees Deep Facial Cleansing Cream
Pencuci Muka Terbaik Kulit Kombinasi

Pencuci muka berbuih lembut ini dirumuskan daripada dua bahan utama iaitu Chamomile dan lidah buaya yang mampu melembutkan dan menghidrat kulit dengan lembut. Selain itu, ia juga diformulasi dengan sedikit Menthol yang terkenal dengan sifat penyejukan dan menenangkan. Hasilnya, kulit wajah akan kelihatan lebih sihat dan segar secara semulajadi.
Produk ini juga telah diuji bebas alahan daripada pakar dermatologi dan hipoalergenik. Paling penting sekali, Burt’s Bees Deep Facial Cleansing Cream ini bebas paraben, phthalates, petrolatum dan SLS. Pencuci muka ini boleh digunakan pada hari biasa, siang dan malam. Antara jenama yang sentiasa menjadi pilihan.
Apa yang kami suka?
- Formulasi lembut yang sesuai untuk semua jenis kulit
- Dirumus oleh Chamomile dan lidah buaya yang mampu melembapkan kulit
- Direka khas untuk kulit kombinasi dan berminyak
- Bebas paraben, SLS, phthalates dan petrolatum
- Mampu membuat kulit wajah kelihatan lebih segar dan sihat
CeraVe Hydrating Facial Cleanser
Pencuci Muka Terbaik Kulit Sensitif

Direka oleh pakar dermatologi, CeraVe Hydrating Cleanser ini dapat membersih dan menghidrat kulit dengan berkesan tanpa mengganggu penghalang pelindung kulit. Pencuci tanpa buih ini didatangkan dengan 3 seramida dan asid hyaluronik yang dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan lembut sambil meningkatkan penghidratan kulit selepas hanya sekali penggunaan.
Dirumus khas tanpa SLS, paraben dan pewangi menjadikan ianya sangat selamat digunakan untuk kulit sensitif, ibu hamil dan menyusu. Paling menarik sekali, ianya mampu membersih tanpa membuat kulit anda berasa tegang dan ketat selepas cucian.
Apa yang kami suka?
- Dirumus oleh 3 seramida yang baik untuk mengembalikan penghalang pelindung kulit
- Direka dan diuji oleh pakar dermatologi
- Selamat digunakan untuk kulit sensitif
- Tidak mempunyai paraben, SLS dan pewangi
- Mampu melembapkan kulit secara mendalam
Wardah Hydra Rose Gel to Foam Cleanser
Pencuci Muka Terbaik Menggunakan Ekstrak Bunga

Dirumus dengan bunga-bunga mawar asli dari rantau Eropah, pencuci muka ini mengandungi ekstrak Avalanche Rose Oil yang digabungkan dengan formula Hydrating Active yang mampu memberi kelembapan sehingga 72 jam! Gabungan kedua-dua ramuan ini dapat melembapkan kulit yang kering serta memberikan penampilan lebih sihat dan bersinar.
Tekstur gelnya agak lembut dan menghasilkan buih licin sekaligus memberi rasa selesa apabila disapu pada kulit. Diformulasikan menggunakan ekstrak licorice yang boleh membantu menjadikan kulit wajah kelihatan lebih cerah. Mempunyai kandungan pH yang seimbang, produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Apa yang kami suka?
- Memberi kelembapan sehingga 72 jam
- Dirumus dengan ekstrak bunga mawar
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Mempunyai kadar pH yang seimbang
- Mempunyai ekstrak licorice untuk menjadikan kulit kelihatan lebih cerah
Perbandingan Harga Pencuci Muka Terbaik Ketika Hamil
Jenama |
Harga |
Mama’s Choice Gentle Face Wash |
RM 26.90 |
Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser |
RM 138.00 |
Burt’s Bees Deep Facial Cleansing Cream |
RM 89.00 |
CeraVe Hydrating Facial Cleanser |
RM 32.00 |
Wardah Hydra Rose Gel to Foam Cleanser |
RM 11.00 |
Justeru, pemilihan ketika mencuci muka adalah merupakan langkah utama dalam memastikan penjagaan kulit berada dalam seimbang. Ini kerana, lapisan kulit lebih sensitif dan minyak terganggu ketika hamil disebabkan perubahan hormon yang tidak menentu.
Jadi, pilihlah pencuci muka yang sesuai dan tidak mengandung bahan kandungan yang memberikan iritasi pada kulit. Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Sunscreen Terbaik untuk Kulit Kombinasi, Selamat untuk Wanita Hamil dan Kanak-Kanak
Baca juga: 7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung – Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!
Baca juga: Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan