X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Kulit wanita hamil akan mengalami perubahan yang berbeza, ada sesetengah daripada mereka memiliki 'glow' tersendiri namun ada juga yang memiliki kulit kusam dan kering kerana perubahan hormon. Oleh itu, kami senaraikan pelembap muka yang dapat membantu anda.

Ibu, adakah anda masih mencari pelembap muka yang sesuai untuk ibu mengandung?

Bermula dari perut ibu yang semakin membesar hingga  rasa letih, alahan dan perubahan mood, kehamilan pasti membawa banyak perubahan dalam kehidupan seorang wanita. Kulit wanita hamil juga akan mengalami perubahan yang berbeza.

Sesetengah ibu menikmati ‘glow’ semasa hamil, tetapi yang lain pula ada yang mengalami tompok kering, bintik-bintik gelap, kusam, tanda regangan atau kulit gatal.

Apabila perkara seperti ini terjadi, pasti ibu rasa risau kerana kebanyakkan bahan penjagaan wajah tidak baik digunakan ketika hamil!

Isi Kandungan

  • Mengapa Perlu Guna Pelembap Muka?
  • Tips Memilih Pelembap Muka
  • Bahan-bahan Yang Perlu Elak
  • Pelembap Muka Terbaik Untuk Ibu Hamil
  • Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer Reviu
  • Supergoop! SuperScreen Daily Moisturizer SPF 40 PA+++ Reviu
  • Clarins Hydra-Essentiel Light Cream Reviu
  • Neutrogena’s Hydro Boost Water Gel Reviu
  • HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream Reviu
  • The Honest Company, Purely Sensitive, Face + Body Lotion, Fragrance Free Reviu
  • Origins Original Skin Matte Moisturizer With Willowherb Reviu
  • Perbandingan Harga
  • Tips Kecantikan

Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlukan Pelembap Muka Selamat Ketika Mengandung?

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Ia penting untuk ibu hamil menggunakan produk penjagaan kulit yang selamat ketika mengandung yang mana akan berubah sepanjang tempoh hamil. Kehamilan berkait dengan komplex perubahan endrokrinologikal, imunologikal, metabolik, dan vaskular.

Kulit kita akan jadi lebih sensitif, atau malah akan mempunyai perubahan di dalam kualiti kulit, seperti kekeringan, berminyak atau jerawat. 

Ramai ibu hamil mungkin akan mendapat masalah pigmentasi kulit seperti melasma, yang mana menyebabkan bintik gelap bercak, dan juga dikenali sebagai “Mask Pregnancy."

Sabun kasar, pelembap dengan wangian yang kuat, dan bahan kimia yang boleh membuatkan kulit gatal dan kering.

Tambah lagi, produk penjagaan kulit yang selamat ketika hamil akan membantu anda untuk menavigasi perubahan kulit peski dan meredakan ketidakselesaan.

Dalam memastikan anda mempunyai kulit sihat semasa hamil, ibu juga pasti mahu mengekalkan peribadi estetik. Rupa cantik dan mempunyai kulit yang sihat juga membantu meningkatkan harga diri seseorang wanita ketika mengandung pabila terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada tubuh.

Dengan ini, ia penting untuk memilih pelembap wajah yang selamat ketika hamil berikutan wajah anda adalah imej kepada dunia.

Cara Memilih Pelembap Muka Selamat Untuk Ibu Hamil

pelembap muka

Kredit gambar: Freepik

Jadi, bagaimana anda patut memilih pelembap muka yang selamat ketika hamil? Ini yang patut anda ketahui:

Pilih satu produk yang sesuai dengan kondisi kulit anda

1. Kulit kering

Jika anda mempunyai kulit kering dan merasakan dehidrasi dan rengas, anda memerlukan ekstrak botanik yang melembap secara ekstrem.

Cari pelembap muka yang mengandungi asid hyaluronik, mentega koko, minyak kelapa, mentege shea, dan mentega mango untuk membantu dengan melembap wajah.

Pelembap itu juga mungkin akan membantu dalam membasmi regangan kulit pada tubuh. 

2. Kulit berminyak

Elak produk dengan kandungan retinoid jika anda mudah terdedah kepada jerawat yang sering berlaku. Ia tidak selamat untuk digunakan ketika hamil.

Cuba asid glykolkik sederhana, yang mana mengelupas dengan lembut dan melambatkan sel kulit mati. Satu amaun yang modest akan asid azelaic juga selamat kerana ia membantu meminimakan penunjuk usia seperti garis halus dan kedutan pada wajah, serta pigmentasi kulit.

3. Kulit sensitif

Berikutan perubahan hormon, kulit biasanya menjadi sensitif ketika hamil. Jika anda mempunyai kulit sensitif, jadi anda mesti ekstra berjaga-jaga untuk menyuburnya.

Cari pelembap muka yang mengandungi hanya bahan organik dan zero bahan kimia.

4. Cari ciri-ciri bonus seperti krim tabir suria

Pilih krim tabir suria mineral dengan bahan-bahan yang menghidrat kulit, jadi anda boleh melindungi kulit daripada selaran UVA dan UVB.

Zink oksida dan titanium oksida perlu dimasukkan sekali di dalam produk ini kerana ia adalah selamat untuk digunakan sewaktu hamil. Ia juga melindungi dari kerosakan sinaran UVA dan UVB.

5. Pilih produk organik dan bukan komedogenik yang mana selamat untuk penjagaan kulit ketika hamil

Cari pelembap wajah yang bukan komedogenik. Ini bermakna yang ia tidak menyebabkan sebarang alergi dan bebas alergen.

Pastikan juga yang bahan-bahan ini adalah semuanya organik dan semula jadi, dek kerana anda mesti tidak mahu menggunakan produk dengan pengawet atau bahan tiruan yang boleh jadi merbahaya kepada bayi.

Juga, cuba cari produk yang yang dinyatakan selamat untuk kehamilan.

Bahan-bahan Yang Perlu Elak

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Kredit gambar: babycenter.com

Dalam mencari pelembap muka yang sesuai untuk ibu hamil gunakan ketika kehamilan, sebaiknya elakkanlah dari menggunakan produk yang mengandungi bahan ini.

Bahan-bahan anti-kedutan seperti retinoid

Kebanyakkan pelembap muka mengandungi retinoid, yang mana membantu mengurangkan kedutan wajah dan garis halus. Retinod adalah secara Amaya tidak disarankan untuk digunakan ketika hamil.

Sesetengah derivatif vitamin A, seperti tretinoin (Retin-A dan accutane (isotretinoin), mempunyai potensi menyebabkan ketoksikan embrio. Kajian telah menunjukkan yang kegunaan topikal tretinoin menyebabkan keabnormal kongenital.

Bahan kimia yang kuat

Anda perlu memilih satu produk yang bebas alergen, pengawet, pewangi atau perengsa. Parabens, phthalates, minyak mineral, pewangi dan formaldehyde tidak sepatutnya ada di dalam pelembap.

Ini kerana bahan-bahan ini mungkin boleh meningkatkan peluang akan keguguran atau menyebabkan kulit menjadi kering, mengakibatkan kesan sampingan yang buruk.

Bahan-bahan pencegah jerawat yang kuat

Wanita hamil perlu mengelak produk penjagaan kulit dengan bahan-bahan ini: Retinoid, asid salisilik tinggi dos, Hydroquinone, phthalates, formaldehyde, oxybenzone. Cuba hadkan juga penggunaan benzoyl peroksida.

7 Pelembap Muka Untuk Ibu Mengandung, Terbaik di Malaysia!

Hanya kerana ibu semakin sibuk dan perlu memberi perhatian kepada hal lain ketika hamil, tidak bermaksud ibu harus melupakan rawatan diri.

Berikut adalah 7 pelembap muka untuk ibu mengandung yang akan membantu anda mengekalkan kulit yang bersinar sepanjang 9 bulan!

Pelembap Muka Terbaik.. Jenama

Pelembap Muka Terbaik Keseluruhan Untuk Ibu Hamil

Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer

Pelembap Muka Terbaik Penghidrat Tertinggi

Supergoop! SuperScreen Daily Moisturizer SPF 40 PA+++

Pelembap Muka Terbaik Dengan Kesan Penyejukan Kulit

Clarins Hydra-Essentiel Light Cream

Pelembap Muka Terbaik Paling Ringan

Neutrogena’s Hydro Boost Water Gel

Pelembap Muka Terbaik Penghidratan Mendalam

HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream

Pelembap Muka Terbaik Berasaskan Tumbuhan

The Honest Company, Purely Sensitive, Face + Body Lotion, Fragrance Free

Pelembap Muka Terbaik Menaikkan Seri Wajah

Origins Original Skin Matte Moisturizer With Willowherb

Pelembap Muka Untuk Ibu Mengandung
product image
Mama's Choice Daily Protection Face Moisturizer
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Supergoop! SuperScreen Daily Moisturizer SPF 40 PA+++
more info icon
View Details
Beli di Sephora
product image
Clarins Hydra-Essentiel Light Cream
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Neutrogena's Hydro Boost Water Gel
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream 
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
The Honest Company Purely Sensitive Face + Body Lotion
more info icon
View Details
Beli di iHerb
product image
Origins Original Skin Matte Moisturizer With Willowherb
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer Reviu

Pelembap Muka Terbaik Keseluruhan Untuk Ibu Hamil

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Kenapa produk ini hebat?

Walaupun terdapat banyak pelembap di pasaran, kebanyakannya dipenuhi dengan agen pemutihan yang berbahaya bagi kulit. Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer adalah pelembap wajah pertama yang direka khas untuk ibu mengandung dan menyusu.

Bebas dari alkohol dan wangian, produk ini sangat selamat digunakan oleh para ibu. Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer juga menawarkan faktor perlindungan matahari sebanyak SPF20 dalam bentuk pelindung matahari mineral. 

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat dari bahan selamat dan semula jadi
  • Tidak meninggalkan sisa berminyak di wajah
  • Mempunyai SPF20 untuk pelindungan daripada sinaran matahari
  • Mempunyai tekstur yang ringan dan tidak melekit
  • Mudah meresap ke dalam kulit
  • Dirumus dengan ekstrak beras & asid hyaluronik
  • Bebas paraben, SLS dan alkohol
  • 100% halal

Mama's Choice Daily Protection Face Moisturizer

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Supergoop! SuperScreen Daily Moisturizer SPF 40 PA+++ Reviu

Pelembap Muka Terbaik Penghidrat Tertinggi

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Merupakan satu pelembap harian pertama jenis yang menyediakan hidrasi tinggi serta pada masa yang sama dengan SPF40 di dalam satu botol, untuk melindungi kulit daripada sinaran UV, cahaya biru, pencemaran dan kekeringan.

SuperScreen Daily Moisturizer SPF 40 bercirikan satu kombinasi yang bersih, bahan-bahan selamat terumbu karang yang melembut dan melindungi kulit, termasuklah satu penghalang pengunci lembapan daripada penapaian tanaman, yang mengunci hidrasi di dalam dan memastikan terlindung dari pencemaran.

Cerium, adalah satu elemen mineral yang rare, membantu menyekat cahaya biru dipancarkan daripada peranti elektronik. Formula ini adalah ideal untuk kulit kering, normal dan kombinasi kulit.

Apa yang kami suka:

  • Dos SPF perlindungan harian yang digabungkan dengan penghidrat yang superb
  • Pelembap yang lembut
  • Meninggalkan kulit kering atau dehidrasi kelihatan gebu dewy semula jadi dan sempurna untuk menjadi langkah awal sebelum mekap
  • Formula bebas minyak yang mana tidak akan menyekat pori
  • Padat dengan bahan-bahan yang bersih dan menyubur kulit wajah
  • Bebas pewangi, paraben dan sulfat

Supergoop! SuperScreen Daily Moisturizer SPF 40 PA+++

product imageBeli di Sephora

Clarins Hydra-Essentiel Light Cream Reviu

Pelembap Muka Terbaik Dengan Kesan Penyejukan Kulit

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Kenapa produk ini hebat?

Clarins Hydra-Essentiel Light Cream merupakan krim yang lembut dan sangat melembapkan kulit. Ia pasti menjadikan kulit kelihatan segar dan matte sambil melindunginya daripada pencemaran dan tekanan persekitaran.

Yang menariknya, ia disuntik dengan ekstrak daun organik yang meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan. Sesuai untuk kulit normal hingga kering, selamat digunakan semasa kehamilan dan selepas bersalin.

Apa yang kami suka:

  • Didatangkan dengan wangian yang menyegarkan
  • Mempunyai kesan penyejukan pada kulit
  • Ia disesuaikan dengan kulit Asia

Clarins Hydra-Essentiel Light Cream

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Neutrogena’s Hydro Boost Water Gel Reviu

Pelembap Muka Terbaik Paling Ringan

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Kenapa produk ini hebat?

Neutrogena’s Hydro Boost Water Gel merupakan pelembap bebas alkohol 100% yang menghidrat kulit kering dengan serta-merta.

Ia sememangnya pelembap yang selamat untuk kehamilan serta mengandungi asid hyaluronik yang membantu mengunci kelembapan kulit dan menjadikan kulit kelihatan licin dan kenyal.

Ia juga bebas minyak dan tidak komedogenik, menjadikan ia kurang berminyak daripada pelembap biasa. Formula gel yang menyegarkan ini hebat pada waktu siang atau malam tetapi formula ringannya menjadikannya cukup serba boleh untuk dipakai di bawah solekan sebagai primer juga tau!

Apa yang kami suka:

  • Penghidratan berlangsung sehingga 48 jam
  • Ia diserap dengan cepat dan tidak terasa berat pada kulit

Neutrogena's Hydro Boost Water Gel

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream Reviu

Pelembap Muka Terbaik Penghidratan Mendalam

pelembap muka

Kenapa produk ini hebat:

Hada Labo Premium Hydrating Moisturizer Cream mengandungi 5 jenis Asid Hyaluronik (HA) untuk menghidrat kulit secara mendalam dari permukaan ke lapisan kulit dalaman untuk kulit yang lembut dan licin.

Tekstur krim baldu yang kaya membaluti kulit dengan lembut untuk memberikan penghidratan yang mendalam dan kuat sepanjang hari.

Tambahan lagi, ia menggabungkan 8 Minyak Botani dan 5 jenis Asid Hyaluronik untuk menyuburkan dan menyuntikkan kulit dengan kelembapan berterusan khususnya pada waktu pagi.

Apa yang kami suka:

  • ANTIOXIDANT – Dengan Cranberry Seed Oil, Raspberry Seed Oil dan Sea Buckthorn Berry Oil untuk membantu melindungi dan meningkatkan kesihatan kulit
  • NOURISHING – Dengan Meadowfoam Seed Oil, Acai Fruit Oil dan Tahiderm Tamanu Oil untuk memberikan khasiat mendalam
  • SOOTHING – Dengan Evening Primrose Oil dan Lavender untuk menenangkan dan meremajakan kulit
  • pH kulit seimbang, iritasi rendah
  • Bebas wangian, pewarna, minyak mineral dan alkohol

HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream 

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

The Honest Company, Purely Sensitive, Face + Body Lotion, Fragrance Free Reviu

Pelembap Muka Terbaik Berasaskan Tumbuhanpelembap muka

Kenapa produk ini hebat?

Honest Purely Sensitive Fragrance Free Face + Body Lotion adalah natural, tulen, lembut dan diformulasikan spesifik untuk kulit sensitif. Ia berasaskan tumbuhan, losyen untuk wajah dan muka hipoalergenik ini menghidrat dan melembap biarpun pada kulit yang paling sensitif dan cukup ringan untuk kegunaan seisi keluarga. 

Minyak semula jadi diseimbangkan dengan bahan organik memastikan kulit licin ekstrem dan tidak pernah berminyak.

Ia diperbuat tanpa peluntur, silikon, parabens, pewangi sintetik, minyak mineral atau phthalates kerana mereka percaya tidak perlu untuk memilih di antara apa yang berfungsi dan apa yang baik untuk anda.

Mereka mengambil langkah untuk menggunakan bahan-bahan yang bijak untuk menghasilkan produk yang boleh diyakini berfungsi.

Ia diperbuat daripada mentega asli shea dan zaitun, jojoba, minyak bunga saff yang menyubur dan menyokong kelembapan kulit semula jadi dengan seimbang.

Ia juga mengandungi bunga chamomile dan calendula serta aloe untuk menenang dan melicinkan kulit. 

Apa yang kami suka:

  • Bahan-bahan semula jadi
  • Penyerapan yang pantas
  • Lembut untuk bayi
  • Hipoalergenik
  • Telah diuji dermatologi
  • Selamat untuk kulit sensitif
  • Tidak diuji ke atas Taiwan

The Honest Company Purely Sensitive Face + Body Lotion

product imageBeli di iHerb

Origins Original Skin Matte Moisturizer With Willowherb Reviu

Pelembap Muka Terbaik Menaikkan Seri Wajahpelembap muka

Kenapa produk ini hebat?

Original Skin Matte Moisturizer adalah solusi untuk tona kulit tidak sekata, pori wajah, kulit kusam dan tekstur yang tidak sekata. Ibu hamil dijanjikan dengan kemasan terakhir yang cantik berseri dan segar dengan air lush berformula krim ini.

Ia diformulasikan dengan ros batu merah jambu dan willowherb (sejenis bunga) untuk meningkatkan keserian wajah, tekstur yang halus, tona sekata, dan meminimakan penampakan pori wajah ketara untuk jadi lebih lembut dan licin serta rupa yang positif. 

Willowherb adalah bunga magenta yang ditemui di Kanada, ia terkenal dengan persekitaran yang sangat ekstrem. Ia agak sukar untuk diperjelas bagaimana ia adalah tumbuhan pertama yang mekar di atas bumi yang panas terik ini.

Kajian menunjukkan yang ia membantu menghalang perubahan protein yang boleh menyebabkan kekusaman dan perubahan rona, membantu mengembalikan keserian pada wajah.

Apa yang kami suka:

  • 100% vegetarian & bebas gluten
  • Mengandungi madu atau lilin lebah bebas kekejaman
  • Meningkatkan hydras kulit wajah
  • Dengan ketara memberikan tona wajah yang sekata
  • Meminimakan teksture dan pori yang kelihatan
  • Dengan kemasan terakhirnya, ia meninggalkan kulit menjadi lembut, lancar dan penuh semangat
  • Bebas parabens

Origins Original Skin Matte Moisturizer With Willowherb

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga

Produk Harga (RM) Isipadu kandungan (ml/g) Harga / ml

Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer

45.77 30 1.52

Supergoop! SuperScreen Daily Moisturizer SPF 40 PA+++

165 50 3.3

Clarins Hydra-Essentiel Light Cream

205 50 4.1

Neutrogena’s Hydro Boost Water Gel

40.50 50 0.81

HADA LABO Premium Hydrating Moisturizer Cream 

54.60 50 1.09

The Honest Company, Purely Sensitive, Face + Body Lotion, Fragrance Free

51.84 250 0.20

Origins Original Skin Matte Moisturizer With Willowherb

92 35 2.62

Tips Kecantikan Penting Untuk Ibu Hamil

7 Pelembap Muka Terbaik Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Bagus Untuk Kulit Yang Sangat Kering!

Kredit gambar: Google Images

Bagaimana ingin kelihatan cantik berseri sewaktu hamil adalah satu persoalan yang pastinya semua ibu hamil tertanya.

Seperti mana yang kita selalu dengar bahama minda dan tubuh meningkatkan kadar kecantikan wajah, jadi untuk mengurangkan kerisauan ibu hamil, kami senaraikan beberapa tips berguna untuk membantu anda menikmati kecantikan sewaktu fasa kehidupan istimewa ini.

1. Tidur

Penat dan letih adalah simptom yang mana ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata lalui terutama sekali ketika trimester pertama.

Rehat yang mencukupi adalah sangat penting, kerana bila tubuh dan minda kita meremajakan kulit dengan sendirinya. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup yang mana tubuh anda merasakan kurang penat.

Buatkan diri anda selesa ketika tidur. Pastikan postur tubuh betul. Ibu hamil mungkin mahu menggunakan kusyen hamil atau sesuatu yang sama selesa ketika tidur.

2. Minum air yang banyak

Ketika hamil, anda perlu mengambil banyak air sewaktu siang hari. Ia akan membantu anda dalam menapis dan membasmi semua toksin dalam badan. Tambah lagi, air membantu mencekalkan amaun cecair amniotik yang tepat di dalam tubuh.

Jika anda belum lagi menambah tips penting ini di dalam rutin harian, segera lakukannya kerana ia baik untuk anda dan kesihatan anak anda. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

3. Pemakanan yang sihat

Ibu hamil perlu ekstra berjaga-jaga ke atas apa yang anda makan dan bagaimana sihatnya makanan tersebut ketika hamil.

Adalah dinasihatkan untuk ibu-ibu mendapat konsultasi dari doktor untuk diet pemakanan, termasuklah senarai jenis makanan yang anda perlu fokus ke atasnya.

Ikut carta tersebut dengan betul. Makan makanan yang sihat, kerana ia penting untuk tumbesaran bayi.

4. Senam

Ya, ia penting sekali! Terdapat beberapa senaman yang dicadangkan untuk ibu hamil. Anda boleh turut serta kelas yoga hamil atau kelas seperti Lamaze yang direka khas untuk pranatal, dan mendapat peluang untuk bertemu dengan bakal-bakal ibu yang lain serta belajar dari pengalaman mereka.

Anda juga boleh berunding dengan doktor dan mendapat panduan akan sukan yang ringan yang boleh anda mulakan.

5. Berat yang betul

Anda perlu memerhatikan berat badan sewaktu hamil. Sesetengah ibu mengambil peluang ini untuk makan apa sahaja dan semuanya tanpa merisaukan akan berat badan.

Sementara ia adalah semula jadi untuk naik berat badan ketika hamil, namun ia tidak sihat untuk menaikkannya dengan cara yang salah.

Kenaikkan berat badan dengan memakan makanan ringan pastinya tidak langsung membantu. Kekal dengan diet yang betul, anda boleh berunding dengan doktor untuk cadangan yang terbaik.

6. Penjagaan kulit

Dengan semua fasa ketika kehamilan, jangan lupa akan kulit anda. Penjagaan kecantikan sewaktu hamil termasuklah rejim penjagaan kulit, lebih baik berasaskan tumbuhan atau herbal. Berikutan perubahan di dalam hormon, mungkin akan ada beberapa perubahan kulit yang minor.

Anda boleh gunakan produk penjagaan kulit yang selamat ketika hamil seperti mana yang kami senaraikan untuk pelembap muka terbaik untuk ibu hamil di atas. Pastikan ia berdasarkan jenis kulit anda, serta bahan-bahan kandungannya tidak mempunyai bahan kimia merbahaya.

7. Elak regangan kulit

Kebanyakkan ibu mengeluh akan stretch mark selepas hamil. Anda mungkin mahu menyelesaikan isu ini ketika hamil. Gunakan krim stretch mark yang dinasihatkan pada anda atau pilih satu jenama yang terbaik.

Gunakannya dalam rutin harian dan urut lembut pada perut. Anda mungkin juga perlu elak dari berlari, membongkok atau mengetuk untuk mengelakkan kesan ini.

8. Mekap

Mekap menyerlahkan lagi penampilan anda dan menutup cela yang anda tidak mahu orang lihat. Anda mempunyai kantung bawah mata, gunakan penyamar noda. Anda mempunyai cela pada wajah berikutan perubahan hormon, bedak asas adalah penyelamat.

Mekap menutup segalanya. Sekali lagi kami ingatkan, guna jenama yang tidak mengandungi bahan kimia di dalam produknya.

9. Tingkatkan lekuk tubuh anda

Baby bumps adalah comel dan berikan mereka pujian! Tubuh wanita ketika hamil adalah cukup cantik. Perut hamil berikan lekuk tubuh yang lebih ekstra. Jadi, hargai tubuh yang cantik ini ketika sedang hamil.

10. Relaks

Akhir sekali tetapi yang paling penting adalah untuk ingat supaya kekal tenang. Termasuklah mengacau jadual anda. Baring sebentar pabila anda mendapat peluang. Rehatkan tubuh.

Kehamilan boleh jadi sangat stress tetapi pastikan anda tidak membiarkan stress itu menguasai anda. Lebih anda relaks, lebih cantik anda akan kelihatan.

Sudah ada yang berkenan di hati? Apa kata ibu dapatkan di pasaran hanya dengan menekan butang yang kami sediakan. Jangan risau, semuanya selamat untuk ibu hamil dan menyusu tau!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Penjagaan Muka Ala Korea, Ini Yang Semua Wanita Patut Tahu, Barulah Flawless!

Baca juga: Produk Skin Care Untuk Ibu Hamil: 4 Fasa Penjagaan Kulit Ketika Hamil

Baca juga: Pencuci Muka Terbaik & Selamat Untuk Ibu Hamil Di Pasaran Malaysia

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

    Langsir Tingkap Blackout Mampu Buat Si Manja Tidur Dengan Tenang, Ini Antara Yang Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.