X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Penjagaan Muka Ala Korea, Ini Yang Semua Wanita Patut Tahu, Barulah Flawless!

4 min bacaan
Cara Penjagaan Muka Ala Korea, Ini Yang Semua Wanita Patut Tahu, Barulah Flawless!

Ubah cara penjagaan muka anda setiap malam dengan rahsia kecantikan dari pakar kecantikan Korea, Charlotte Cho, pengasas SokoGlam.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa anda jarang melihat wanita Korea yang mempunyai kulit kusam? Itu adalah kerana mereka tahu cara penjagaan muka dengan betul!

Bersiap sedia untuk tidur bukan hanya dengan membilas muka dengan cepat atau memberus gigi sahaja, ia adalah satu seni yang tepat yang memerlukan perhatian dan konsisten. Ubah rutin penjagaan kulit anda setiap malam dengan rahsia kecantikan dari pakar, Charlotte Cho, pengasas SokoGlam. Kalau dah master cara penjagaan muka ini, barulah hasilnya seperti Song Hye Kyo!

Cara penjagaan muka ala Korea

cara penjagaan muka

  1. Bersihkan muka 2 kali

Kaedah ini bermula dengan menanggalkan make-up anda; rutin ini adalah untuk menyediakan muka anda untuk menyerap produk-produk kecantikan.

Langkah pertama adalah mencuci muka anda dengan pembersih minyak dan air suam untuk mengeluarkan sebum, make-up dan bakteria. Menurut Cho, “Minyak menghapuskan kotoran tanpa mengeringkan kulit anda.”

  1. Bersihkan sekali lagi

Pembersihan menyeluruh adalah cara terbaik untuk menjaga wajah anda berseri dan bebas jerawat. Jadi, langkah kedua ia bersihkan muka anda sekali lagi dengan krim yang lembut atau pembersih berbuih. Tetapi ingat, lakukan pergerakan yang lembut dalam pergerakan bulatan untuk merangsang aliran darah.

  1. Skrub!

Menjaga kulit supaya sentiasa lembut adalah dengan menyental kulit mati dengan kerap. Tetapi, anda tidak perlu menyental seluruh muka anda setiap malam.

Cho mencadangkan untuk “menumpukan usaha anda pada tempat yang benar-benar memerlukannya, seperti liang pada pipi atau bintik hitam pada hidung anda.”

  1. Ketatkan liang pori dengan toner

Jenis toner dari Korea tidak berasaskan alkohol. Sebaliknya, mereka menghidratkan dan pembersih muka yang lembut. Cho menjelaskan bahawa langkah ini membuang mana-mana sisa yang tertinggal selepas anda melakukan tiga langkah yang pertama. Ia juga mengimbangkan PH kulit anda untuk menyediakannya untuk langkah seterusnya dalam rutin ini.

  1. Esen

cara penjagaan muka

Cecair berkhasiat dan amat pekat ini dikenali ramai sebagai “jantung” rejimen penjagaan kulit Korea. Ia memulihkan semula sel-sel kulit, menjadikannya lebih tegang dan lebih anjal.

Cho mencadangkan anda untuk semburkan sedikit ke atas muka anda dan kemudian gunakan jari-jari anda untuk meratakannya. Gunakan gerakan menekan muka anda dengan jari anda dan bukan menyapukannya.

Kalau boleh gunakan esen atau serum yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik, asid laktik, asid glikolik atau pun retinoid. Ia dapat menjadikan kulit lebih licin dengan menyingkirkan kulit mati, malah kulit juga menjadi lebih segar dan menyerlah. Tiada lagi kulit kusam dan berjerawat!

  1. Tambahkan ampul

“Pada asasnya, ia adalah satu vitamin yang kaya pekat intipati dengan konsistensi yang lebih licin,” jelas Cho. “Tujuannya adalah untuk terus menangani apa-apa isu anti-penuaan yang sedia ada atau yang berpotensi, seperti kulit kusam, tona kulit muka tidak sekata, atau kehilangan kolagen dan keanjalan.

  1. Urutan, dan mask muka

Topeng muka merupakan sebahagian daripada rutin kecantikan waktu malam. Gunakannya untuk 2-3 malam seminggu.

Gantikannya dengan urutan muka untuk meningkatkan peredaran darah. Anda juga boleh menggunakan tampalan kolagen mata anti kedutan atau topeng bibir yang menghidratkan untuk menjaga bibir anda.

  1. Jangan lupa krim mata

Ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan kedutan sebelum ia mula muncul jadi, sapukan krim mata intensif di sekitar mata anda untuk mengurangkan keadaan bengkak, kedutan, dan lingkaran hitam.

Dengan berbuat demikian ia dapat “memastikan bahawa lapisan nipis, kawasan halus di sekitar mata sentiasa lembap dan tidak akan kering dan mencipta lebih garisan halus,” kata Cho.

cara penjagaan muka

  1. Mengemulsi

Berbalik kepada beberapa langkah-langkah pembersihan yang pertama, jaga kulit anda lagi dengan emulsi ringan, atau apa yang dikenali sebagai pelembap muka. “Gunakan hujung jari anda untuk perlahan-lahan mengurut produk ke dalam wajah anda untuk menggalakkan peredaran darah,” beritahu Cho. “Dan jangan lupa leher anda!”

  1. Menggunakan pupur (mask) malam

Ini adalah langkah terakhir melibatkan krim waktu malam atau tidur menggunakan pupur untuk menambah lapisan kedua kelembapan untuk kulit yang amat lembut. “Fikirkan ia sebagai topeng krim yang memastikan muka anda kekal terhidrat sepanjang malam,” jelas Cho. Malah pupur malam juga dapat membantu merawat masalah kulit sepanjang anda tidur. Keesokan pagi anda dapat lihat perubahan pada kulit wajah, jadi lebih licin, lembut dan lembap!

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Singapore.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kecantikan
  • /
  • Cara Penjagaan Muka Ala Korea, Ini Yang Semua Wanita Patut Tahu, Barulah Flawless!
Kongsikan:
  • 4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut

    4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut

  • Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless, Lembut & Selicin Sutera Seperti Ini

    Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless, Lembut & Selicin Sutera Seperti Ini

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut

    4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut

  • Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless, Lembut & Selicin Sutera Seperti Ini

    Rahsia Rutin Penjagaan Kulit Flawless, Lembut & Selicin Sutera Seperti Ini

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.