X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Rambut semakin menipis selepas bersalin? Jangan risau, kami akan bantu anda memberikan pilihan conditioner yang bagus untuk pemulihan rambut gugur.

Bila mengalami masalah keguguran rambut, barulah kita mula mendapatkan perawatan melalui syampu, tonik atau perapi rambut.

Sesetengah produk mungkin berkesan untuk menangani atau kurangkan masalah ini, tetapi lain pula jadinya apabila kadangkala syampu berkesan dengan baik namun perapi rambut pula tidak serasi.

Masalah keguguran rambut selalunya tidak dapat dijangka, khususnya buat ibu yang baru melahirkan anak.

Pastinya keadaan ini menggerunkan buat kebanyakan wanita, namun jangan risau ya kerana selalunya situasi ini hanya sementara dan akan menjadi seperti sediakala apabila tiba masanya.

Ahli dermatologi merujuk kepada keadaan ini sebagai keguguran rambut yang berlebihan. Pengurangan rambut yang berlebihan disebabkan oleh penurunan kadar estrogen, khususnya selepas melahirkan anak.

Isi Kandungan

  • Manfaat Menggunakan Perapi Rambut 
  • Tip Memilih Perapi Rambut
  • 10 Perapi Rambut Yang Terbaik Di Pasaran
  • Mama's Choice
  • Avalon
  • Botaneco Garden Trio Oil Conditioner 
  • Sebamed
  • Follow Me
  • Heads Professional Paris
  • Brigeo
  • Grafen
  • Moist, Diane
  • Ryo
  • Perbandingan Harga
  • Tip Penjagaan Lain

Manfaat Menggunakan Perapi Rambut 

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Apabila anda menyedari rambut mula gugur, menandakan rambut anda juga memerlukan penjagaan tambahan agar tidak rapuh. Syampu sahaja sebenarnya tidak mencukupi dan anda memerlukan perapi yang terbaik khas untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Secara umumnya kelebihan penggunaan perapi rambut;

  • Menjaga kelembapan rambut agar lebih kuat dan kurang rapuh.
  • Memaksimumkan penyerapan faedah syampu yang digunakan sebelumnya.
  • Memberi lapisan kepada rambut untuk melindungi daripada kerosakan.
  • Mengurangkan masalah rambut kusut dan keguguran rambut.
  • Merangsang pertumbuhan rambut baru.
  • Melindungi rambut dari kerosakan akibat sinar matahari dan pencemaran udara yang berlebihan.

Tip Memilih Perapi Rambut Yang Bagus

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Kredit gambar – BeBeautiful

Paling penting anda haruslah memilih perapi yang menggunakan bahan semulajadi dan selamat apatah lagi ketika anda sedang menyusukan bayi.

Malangnya terdapat beberapa jenis bahan kimia yang sering dijumpai dalam perapi rambut di pasaran hari ini. Antaranya seperti: sulfat (SLS/SLES), alkohol, paraben, pewarna, pewangi, natrium klorida, dan Diethanolamine (DEA) dan Triethanolamine (TEA).

Bahan-bahan ini boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan rapuh malah, penggunaan jangka panjang juga boleh memudaratkan kesihatan.

Petua terbaik untuk memilih perapi yang bagus bagi mengelakkan masalah keguguran rambut adalah dengan memberi perhatian dan mengelakkan kandungan bahan-bahan seperti diatas. 

Semak juga beberapa perkara ini sebelum membeli perapi untuk mahkota anda:

  • Kandungan – Menggunakan produk yang mengandungi bahan semula jadi boleh menjadikan rambut lebih sihat dan bermaya. Semak label sebelum membuat pembelian.
  • Manfaat – Selain merawat masalah pengurangan rambut, adakah perapi tersebut membantu menyihatkan rambut atau memberikan lebih volume? Nah, pilih yang ada kelebihan untuk lebih penjimatan yang berbaloi ya.
  • Perapi jenis bilas atau jenis tanpa bilas atau leave on – Perapi jenis bilas sesuai buat anda yang mempunyai rambut lebat dan panjang manakala jenis leave on mempunyai dua jenis, iaitu krim dan semburan. Jenis krim sesuai buat rambut tebal, panjang atau kerinting dan jenis semburan lebih sesuai buat anda yang berambut pendek, nipis dan lurus. Jadi mommmy perlu pilih mengikut jenis rambut ya?

10 Perapi Rambut Yang Terbaik Di Pasaran

Bagi membantu anda, kami menyenaraikan beberapa perapi yang menjadi pilihan kami di theAsianparent. 

Perapi Rambut Yang Terbaik Di Pasaran
product image
Mama's Choice Treatment Conditioner
Perapi Rambut Terbaik Keseluruhan
more info icon
View Details
Buy now
product image
Avalon Organics Therapy Thickening Conditioner
Perapi Rambut Terbaik Penggunaan Harian
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Botaneco Garden Trio Oil Conditioner 
Perapi Rambut Terbaik Dengan Ramuan Botani
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Sebamed Hair Repair Conditioner
Perapi Rambut Terbaik Untuk Semua Jenis Rambut
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Follow Me Green Tea Hijab Hair Fall Solution Conditioner
Perapi Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Heads Professional Paris Botamix Nutri Repair Masque
Perapi Rambut Terbaik Jenama Lokal
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Brigeo Be Gentle, Be Kind Replenishing Superfood Conditioner
Perapi Rambut Terbaik Jenama Premium
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Grafen Anti Hair Loss Herb Hair Vinegar Hair and Scalp Conditioner
Perapi Rambut Terbaik Jenis Rawatan Air
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Moist, Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment
Perapi Rambut Terbaik Dengan Hasil Pantas
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Ryo Hair Loss Expert Care Treatment
Perapi Rambut Terbaik Dari Korea
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Mama’s Choice Treatment Conditioner

Perapi Rambut Terbaik Keseluruhan

perawatan rambut selepas bersalin

Perapi rambut keluaran Mama’s Choice menjadi pilihan utama kami kerana ia diperbuat khas untuk penggunaan wanita mengandung dan menyusukan anak. Ini bermakna produk ini selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya.

Selain itu, Mama’s Choice Treatment Conditioner bukan sahaja merawat keguguran rambut malahan  bertindak mengurangkan minyak dan meningkatkan keanjalan rambut. Apabila kulit kepala bertambah sihat dan subur, ini akan mendorong lebih banyak pertumbuhan rambut baharu!

Kandungan:

  • Tanpa silikon, alkohol dan paraben
  • Kaya dengan vitamin c yang berguna untuk menguatkan akar rambut dan mengelakkan keguguran rambut
  • Kacang polong untuk meningkatkan kekuatan akar rambut dan merangsang pertumbuhan yang lebih sihat

Manfaat:

  • Berkesan dalam menyuburkan kulit kepala
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Melembapkan rambut.
  • Pemulihan minyak semula jadi
  • Keanjalan rambut.
  • Mencegah rambut kusut.

Mama's Choice Treatment Conditioner - RM31.90

product recommendedPilihan editor

dari Mama's Choice

5/5
product imageshop now
product imageBeli di Shopee
product imageshop now

Avalon Organics Therapy Thickening Conditioner

Perapi Rambut Terbaik Penggunaan Harian

rawat keguguran rambut

Diperkaya dengan biotin, saw palmetto dan protein gandum untuk kulit kepala yang sihat dan rambut lebih tebal, kandungannya juga lebih selamat untuk para ibu. Produk ini disediakan tanpa warna tiruan, wangian sintetik atau paraben malahan sempurna untuk penggunaan harian!

Kandungan:

  • Formula berasaskan tumbuhan organik yang diperakui dibuat dengan botani organik dan minyak pati
  • Tiada GMO, paraben, pengawet yang keras, warna atau pewangi sintetik, phthalates atau sulfate
  • Diformulasikan dengan biotin, saw palmetto, protein tumbuhan & vitamin E
  • Bebas dari paraben, pengawet keras, warna atau wangian sintetik, phthalates atau sulfat berbahaya

Manfaat:

  • Membantu membina tekstur rambut yang halus dan menipis
  • Merangsang kulit kepala untuk mendorong pertumbuhan rambut
  • Membersihkan dan menyuburkan rambut dari folikel melalui keseluruhan akar
  • Menguatkan rambut

Avalon Organics Therapy Thickening Conditioner

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Botaneco Garden Trio Oil Conditioner 

Perapi Rambut Terbaik Dengan Ramuan Botani

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Manjakan badan dan rambut anda dengan formula unik dan mesra alam ini yang menyediakan hingga 5 bahan pelembap dalam 1 botol. Diformulasikan dengan ramuan botani dan diperkaya dengan minyak 100% ECO-SERTIFIED: Minyak Babassu dari Amerika Latin, Minyak Baobab dari Afrika & Minyak Chufa dari Perancis yang bergabung dengan baik untuk merawat masalah keguguran rambut anda!

Kandungan:

  • Diperbuat daripada bahan organik
  • Bebas daripada paraben, sabun, pewarna, DEA, silikon dan lanolin
  • Minyak Babassu dari Amerika Latin, Minyak Baobab dari Afrika & Minyak Chufa dari Perancis
  • Bauan pokok teh, kelapa, pudina

Manfaat:

  • Rambut bebas kelemumur
  • Lembutkan kondisi rambut
  • Membiarkannya halus dan terkawal
  • Menenangkan kulit kepala 

Botaneco Garden Trio Oil Conditioner 

product imageBeli di Shopee

Sebamed Hair Repair Conditioner

Perapi Rambut Terbaik Untuk Semua Jenis Rambut

perapi terbaik

Perapi Sebamed melindungi rambut dengan mengembalikan emolien, kilauan dan keanjalan yang meningkatkan pengurusan rambut. Nilai pH 5.5 meningkatkan kesihatan mantel asid pelindung kulit kepala secara semula jadi dan melindungi lapisan keratin sensitif pada rambut.

Rambut dilindungi secara berkesan daripada penembusan oleh pengaruh persekitaran yang merbahaya.

Kandungan:

  • Nilai pH 5.5 kulit sihat
  • Tidak ada minyak silikon, paraben, minyak mineral, pewarna
  • Bahan perapi merangkumi akar rambut untuk perlindungan tambahan
  • Protein gandum bebas gluten yang dihidrolisis aktif menembusi batang rambut mengembalikan struktur dan keanjalannya

Manfaat:

  • Pengaturan rambut dan kulit kepala yang berkesan
  • Penembusan mendalam untuk keseimbangan kelembapan
  • Kompleks pelembap menghidupkan semula rambut kusam dan tidak bermaya
  • Sutera yang dihidrolisis mencegah kekeringan, menjadikan rambut lembut dan berkilau
  • Menentang kerosakan rambut
  • Menjadikan rambut senang disisir dan digayakan

Sebamed Hair Repair Conditioner

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Follow Me Green Tea Hijab Hair Fall Solution Conditioner

Perapi Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

cara cegah keguguran rambut

Diilhamkan oleh teknologi Jepun dan diselitkan dengan ekstrak semula jadi. FOLLOW ME Green Tea Hair Fall Solution Conditioner bukan sahaja memberikan kebaikkan bahan semulajadi, malah banyak lagi.

Anda juga akan menyukai aroma segar yang bertahan selama 48 jam. Produk ini diformulasikan dengan ekstrak semula jadi, termasuk antioksidan teh hijau yang kuat untuk membuat anda kelihatan terbaik!

Kandungan:

  • Dirumus dengan minyak Habbatus Sauda, Ekstrak Buah Ara dan Teh Hijau
  • Vitamin A, C ,E dan magnesium
  • Kolagen yang menghentikan keguguran rambut

Manfaat:

  • Cegah kusut dan pecah tanpa menimbang rambut
  • Mengembalikan pantulan semula jadi dan bersinar
  • Menawarkan kesegaran selama 48 jam
  • Sesuai untuk wanita berhijab

Follow Me Green Tea Hijab Hair Fall Solution Conditioner

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Heads Professional Paris Botamix Nutri Repair Masque

Perapi Rambut Terbaik Jenama Lokal

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Nak dapatkan rambut yang sihat tidak semestinya perlu ke salun, anda hanya perlu mendapatkan produk yang betul sahaja misalnya daripada jenama Heads Professional Paris ini yang seringkali disebut-sebut di media sosial antara jenama yang membantu mengatasi masalah keguguran rambut.

Mekanisme pembaikannya bukan sahaja berfungsi secara biologi pada lapisan luar kutikel rambut malah teknologi canggihnya membolehkannya menembusi sehingga ke batang rambut.

Apabila sampai ke batang rambut, ia akan menyusun semula rambut secara fizikal menggunakan campuran pekat bahan-bahan khas yang terkandung. Ini adalah rawatan penyembuhan paling intensif bagi nutrien penting yang boleh anda temui untuk meningkatkan kualiti dan struktur rambut anda.

Kandungan :

  • 80% bahan daripada air sahaja 
  • Coco-glucoside
  • Bahan semula jadi seperti Cocamidopropyl betaine daripada minyak kelapa & ekstrak akar Sophira Angustilofia

Manfaat :

  • Menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru
  • Menyejukkan kepala
  • Melembutkan rambut yang kasar
  • Sesuai untuk semua jenis rambut

Heads Professional Paris Botamix Nutri Repair Masque

product imageBeli di Shopee

Brigeo Be Gentle, Be Kind Replenishing Superfood Conditioner

Perapi Rambut Terbaik Jenama Premium

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Buat peminat bauan epal hijau, perapi ini untuk anda! Perapi jenis krim ini dapat memberikan kelembapan kepada rambut tanpa menjadikannya terlalu lembab, berminyak atau berat tidak kira berapa banyak jumlah yang dipakai.

Diinspirasi daripada jus hijau dengan tekstur seakan smoothie, ia memanfaatkan kuasa ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyokong rambut yang kelihatan sihat dan kulit kepala yang seimbang.

Ekstrak epal bersama ekskrak kale digabungkan dengan ekstrak bayam, brokoli, avokado, timun, halia dan citrus, gabungan ini seolah-olah hampir cukup baik untuk diminum!

Kandungan :

  • Bebas 6 kandungan berbahaya seperti paraben dan sulfat.
  • Dirumus dengan 97% bahan-bahan yang diperolehi secara semulajadi.
  • Diperkaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong rambut dan kulit kepala yang sihat.
  • Diperbuat dengan NOVA Complex yang menyokong rambut yang sihat.

Manfaat :

  • Untuk merawat rambut kusam dan kering dengan memberi kilauan menerusi rangsangan vitamin dan bahan-bahan yang sihat untuk rambut.
  • Melindungi rambut daripada mudah patah dan menyuburkan sehingga ke akar rambut.
  • Menguatkan rambut daripada terus gugur.

Brigeo Be Gentle, Be Kind Replenishing Superfood Conditioner

product imageBeli di Shopee

Grafen Anti Hair Loss Herb Hair Vinegar Hair and Scalp Conditioner

Perapi Rambut Terbaik Jenis Rawatan Air

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Jika perapi jenis krim tidak sesuai untuk anda, anda boleh mencuba jenis air untuk membantu mengatasi masalah rambut gugur menerusi rawatan cuka rambut.

Cuka rambut adalah rawatan rambut jenis air yang didorong oleh penjagaan rambut tradisional Perancis yang memberi kesegaran pada kulit kepala, melicinkan permukaan rambut dan melindungi serat rambut.

Kandungan :

  • Bebas paraben, silicon, dan pigmen tiruan.
  • Kandungan ekstrak bunga Rosa Damascena, ekstrak Rosemary, dan ekstrak Lavender untuk memberi bau yang segar kepada rambut anda.

Manfaat :

  • Membekalkan khasiat kepada kutikel rambut yang rosak dan menyediakan salutan pelembap yang kuat untuk rambut yang sihat dan berkilat.
  • Menghilangkan bau yang tidak normal dan lebihan gris dari rambut anda untuk memastikan ia segar untuk masa yang lama. Kesegaran seolah-olah anda baru mencuci rambut anda.

Grafen Anti Hair Loss Herb Hair Vinegar Hair and Scalp Conditioner

product imageBeli di Shopee

Moist, Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment

Perapi Rambut Terbaik Dengan Hasil Pantas

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Adakah anda mencari produk yang memberikan hasil yang pantas? Moist, Diane adalah produk terbaik yang boleh anda cuba kerana ia mampu mengurangkan masalah rambut gugur sebanyak 96% selepas 4 minggu penggunaannya.

Formula minyak Argan Organik yang berkualiti tinggi membantu mengembalikan rambut yang sihat dengan meningkatkan keanjalan dan tahan terhadap kerosakan.

Mendapat review yang bagus dalam kalangan pengguna, ia juga mampu mengurangkan sebum kulit kepala sebanyak 85 peratus dalam 8 minggu yang menjadi punca kepada masalah keguguran rambut.

Kandungan :

  • Dirumus dengan Flavone Wasabi anti-radang yang meningkatkan peredaran mikro kulit kepala dan menguatkan folikel rambut untuk membantu menjana pertumbuhan rambut. Ia mengimbangi kulit kepala untuk mengurangkan kelemumur dan sensitiviti kulit kepala untuk persekitaran yang sihat untuk membantu mencegah rambut gugur.
  • Diformulasikan dengan serum Botani seperti Sakura, Mutiara, Mawar, Yuzu, Delima dan Ginseng yang meresap jauh ke dalam rambut untuk memulihkan nutrien pada setiap helai dari dalam, mengekalkan panjang rambut untuk kunci yang berdaya tahan dan terurus serta untuk membekalkan kulit kepala dengan nutrien untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Manfaat :

  • Membantu meningkatkan peredaran darah kulit kepala untuk pertumbuhan semula rambut.
  • Mengurangkan kemerahan kulit kepala, sebum dan kelemumur.

Moist, Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment

product imageBeli di Shopee

Ryo Hair Loss Expert Care Treatment

Perapi Rambut Terbaik Dari Korea

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Jenama popular dari Korea ini mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selepas pelakon popular Park Shin Hye menjadi dutanya. Bukan sekadar popular, ternyata ia bagus untuk mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut.

Dengan menggunakan perapi daripada Ryo ini, ia bertindak sebagai rawatan penyejukan kulit kepala, pada masa yang sama melembapkan dan menyuburkan rambut dengan semua kebaikan ginseng di dalamnya.

Perbezaan antara perapi rambut Ryo dengan kebanyakan produk lain, ia jenis tidak berminyak. Selain itu, ia memastikan kulit kepala berasa segar dan sejuk selepas mencucinya.

Produk ini tidak berbau ginseng sama sekali, berbanding dengan penggunaan syampunya. Jika anda bimbang bau ginseng boleh melekat pada rambut anda, langkah ini pasti akan menghilangkannya jadi selepas syampu pastikan anda memakai perapi rambut ya!

Kandungan :

  • Bebas daripada 7 bahan berbahaya termasuklah minyak silikon
  • Diformulasikan dengan Ginsenoside atau ekstrak ginseng yang sangat pekat yang jarang ditemui dalam produk penjagaan rambut.

Manfaat :

  • 9 manfaat seperti melembabkan kulit kepala, menguatkan rambut, melindungi rambut dari cuaca panas, memberi khasiat kepada kulit kepala, melembutkan dan menganjalkan rambut, memberi kilauan kepada rambut, serta mengelakkan daripada rambut kering dan menjadi kasar.
  • Melebatkan rambut.

Ryo Hair Loss Expert Care Treatment

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Perapi Rambut Yang Terbaik Di Pasaran

Jenama Kuantiti Harga
Mama’s Choice Treatment Conditioner 150 ml RM31.90
Avalon Organics Therapy Thickening Conditioner 414 ml RM39.00
Botaneco Garden Trio Oil Conditioner 500 ml RM20.70
Sebamed Hair Repair Conditioner 200 ml RM34.60
Follow Me Green Tea Hijab Hair Fall Solution Conditioner 320 ml RM9.97
Heads Professional Paris Botamix Nutri Repair Masque 300 ml RM29.00
Brigeo Be Gentle, Be Kind Replenishing Superfood Conditioner 354 ml RM139
Grafen Anti Hair Loss Herb Hair Vinegar Hair and Scalp Conditioner 150 ml RM69.30
Moist, Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment 450 ml RM33.92
Ryo Hair Loss Expert Care Treatment 330 ml RM35.10

Tip Penjagaan Lain Untuk Rambut Gugur

Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Kredit gambar- LiveAbout

  1. Mengubah penggayaan rambut. Boleh tanya dengan hair stylist anda tentang fesyen rambut sesuai untuk rambut nipis.
  2. Memotong rambut pendek juga boleh mengelakkan rambut terus gugur dan juga lebih mudah diuruskan.
  3. Elakkan mengikat rambut dengan ketat kerana boleh menyebabkan rambut yang tertarik akan menjadi nipis dan jarang. 
  4. Sekiranya masalah tersebut tidak beransur baik, sebaiknya bertemu doktor kerana boleh jadi terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rambut menipis seperti kekurangan zat besi.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Banyak Rambut Gugur Selepas Bersalin, Adakah Ia Petanda Yang Tidak Baik?

Baca juga: Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

communityfreelancer

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

    Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

    Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

  • Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

    Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan 5 Produk Wajib Ada Ini! Yang Penting Selamat Dan Berkesan

  • Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

    Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? - Ini Panduan 'Dress Code' Untuk Bakal Ibu

  • Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

    Cara Untuk 'Keep Track' Proses Kehamilan: Boleh Mula Tulis Dalam Buku Catatan Kehamilan Begini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.