X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Stress Bila Tengok Rambut Bersepah Di Rumah. Apa Punca Masalah Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin? Ini Jawapannya!

7 min bacaan
Ibu Stress Bila Tengok Rambut Bersepah Di Rumah. Apa Punca Masalah Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin? Ini Jawapannya!

Rambut gugur selepas bersalin adalah perkara normal yang boleh terjadi berlanjutan selama beberapa bulan. Ini beberapa cara untuk mengatasinya!

Tahukah anda tempoh pemulihan selepas melahirkan anak jauh lebih lama daripada yang kita fikirkan? Pada mulanya, ibu mungkin tidak menyedarinya. Tetapi 3 hingga 4 bulan selepas melahirkan anak, kebanyakkan ibu akan perasan banyaknya rambut gugur di merata-rata tempat seperti di dalam bilik mandi, atas bantal atau lantai.

Yang paling menyedihkan, apabila disikat rambut akan gugur dan melekat dengan banyaknya. Apa puncanya sebenarnya?

Isi Kandungan

  • Apa Itu Masalah Rambut Gugur Lepas Bersalin Sebenarnya?
  • Punca Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
  • Punca Rambut Gugur Tidak Kira Lelaki Atau Perempuan
  • Tips Mengatasi Rambut Gugur
  • Pengambilan Vitamin Untuk Rambut Gugur

Apa Itu Masalah Rambut Gugur Lepas Bersalin Sebenarnya?

Rambut gugur pada kadar yang boleh kita perasan pada 2 bulan awal ke 6 bulan selepas menyambut kelahiran si comel adalah tidak asing lagi. Sebenarnya perkara ini adalah normal tetapi pengalaman itu berbeza di kalangan wanita.

Tidak semua wanita akan mengalami kondisi ini, dan sesetengah daripadanya mungkin mengalaminya pada satu-satu kehamilan tetapi tidak ketika kehamilan seterusnya. 

 

Punca Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

rambut gugur teruk

Masalah rambut gugur selepas bersalin adalah perkara normal yang boleh berlanjutan selama beberapa bulan. Malah sesetengah ibu boleh mengalami rambut gugur teruk sehingga ternampak tompok botak kecil di kepala. Mari kita bincangkan mengapa fenomena ini boleh berlaku.

Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil. Ketika ibu sedang mengandung, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaik disebabkan oleh aktiviti hormon berada pada peringkat yang optimum. 

Bukan itu sahaja, ketika berbadan dua juga ibu-ibu akan mengalami rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak.

Di bawah pengaruh hormon, badan ibu hamil kembali muda dan kadar pembaharuan sel sangat cepat. Keguguran rambut dalam tempoh ini adalah minimum: rambut yang telah berhenti tumbuh secara aktif tidak akan gugur.

Pada masa yang sama, ia tidak menghalang rambut baru dari terus tumbuh. Peredaran darah yang lebih banyak dan lancar juga memainkan peranan positif dalam pertumbuhan rambut semasa kehamilan.

Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam badan ibu akan berkurang dengan mendadak, bersama dengan kesan-kesan positifnya. Rambut-rambut yang gugur dalam tempoh ini, sebenarnya adalah rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.

Tetapi jumlah estrogen yang tinggi dalam badan ibu telah melambatkan proses ini.

Sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan rambut gugur:

  • Faktor tekanan. Kelahiran anak adalah perubahan yang paling besar dalam kehidupan seorang wanita. Ibu baru mungkin akan rasa tertekan, kekurangan tidur dan mengalami kebimbangan kerana menjaga anak. Akibatnya, keadaan kulit dan rambut ibu akan semakin merosot.
  • Kekurangan vitamin. Kebanyakkan ibu hamil akan memakan vitamin tambahan sepanjang kehamilan mereka. Ini kerana janin akan menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk membesar. Ibu cuma akan mendapat sisa nutrien sahaja. Sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, proses ini akan berulang. Tetapi kali ini keperluan bayi yang baru lahir adalah lebih tinggi. Ibu boleh kekurangan vitamin, kerana sebahagian besar nutrien dalam badan digunakan untuk menghasilkan susu untuk anak.

Punca Rambut Gugur Tidak Kira Lelaki Atau Perempuan

Ibu Stress Bila Tengok Rambut Bersepah Di Rumah. Apa Punca Masalah Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin? Ini Jawapannya!

Pernah tak setiap kali sikat rambut helaian rambut banyak gugur di lantai. Masalah rambut gugur sebenarnya turut terjadi dalam kalangan lelaki dan perempuan.

Ketahui beberapa punca rambut gugur di bawah:

1. Penjagaan rambut yang salah

Kerap menggunakan syampu dan perapi rambut yang mengandungi bahan kimia berlebihan juga menyebabkan masalah rambut gugur. Selain itu, jarang mencuci rambut menyebabkan rambut berbau dan berminyak. Sekaligus, ia juga menjadi punca rambut gugur.

Warning: Elakkan syampu yang mengandungi paraben. Pareban akan menyebabkan gangguan fungsi hormon.

2. Perubahan hormon

Keguguran rambut biasanya berlaku akibat daripada ketidakseimbangan hormon estrogen. Bagi lelaki masalah hormon dihidrotestoteron (DHT) akan menyebabkan masalah keguguran jika folikel rambut sensitif dengan DHT.

3. Kesan ubat-ubatan

Bagi wanita yang mengambil pil perancang akan lebih cendurung mengalami keguguran rambut jika mereka berhenti mengunakan pil tersebut. Selain itu, ubat ubatan lain seperti ibuprofen dan ubat pencair darah juga menyebabkan keguguran rambut.

4. Diet tidak seimbang

Amalan gaya hidup tidak sihat seperti diet tidak seimbang juga menyebabkan punca terjadi keguguran rambut. Sumber protein adalah sangat penting untuk rambut. Pengambilan zat besi serta vitamin dan mineral yang lain juga amat penting untuk kesuburan rambut. Selain itu, kurang tidur dan penat juga mempengaruhi kesuburan rambut.

Tips Mengatasi Rambut Gugur

tips rambut gugur

Malangnya, ia adalah mustahil untuk menghentikan keguguran rambut selepas bersalin. Tetapi, ini tidak bermakna anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengelakkan rambut anda gugur dengan lebih teruk.

Rawatan terbaik dalam keadaan ini adalah dengan meningkatkan penjagaan rambut dan mengambil vitamin untuk menguatkan tubuh badan. Selain itu, ibu boleh cuba lakukan beberapa perkara ini:

  • Jangan sikat rambut ketika ia masih basah
  • Jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu (ia merosakkan lagi rambut)
  • Elak daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang menggunakan bahan kimia
  • Gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan bahan-bahan seperti minyak bundock, vitamin A dan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat
  • Elakkan jenis syampu perapi yang intensif, sebaliknya boleh cuba menggunakan perapi dihujung rambut sahaja berbanding menyapu di seluruh kepala kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi ‘berat’ nampak lebih nipis
  • Memotong rambut pendek juga boleh mengelakkan rambut terus gugur dan juga lebih mudah diuruskan
  • Menggunakan shampoo untuk rambut gugur yang bagus

Selain itu, ibu juga harus mengikuti pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, buah-buahan, dan sayur-sayuran kerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien. 

Ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut yang berlanjutan atau sangat serius, perlu berjumpa dengan pakar untuk mengetahui puncanya dan cara untuk menangani masalah ini.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Biasanya, pakar akan menyarankan rawatan urut dan mesoterapi.

Pengambilan Vitamin Untuk Rambut Gugur

Ibu Stress Bila Tengok Rambut Bersepah Di Rumah. Apa Punca Masalah Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin? Ini Jawapannya!

Umumnya kekurangan makanan berzat juga menyebabkan masalah keguguran rambut. Selain daripada faktor umur,genetik dan hormon pengambilan makanan tambahan juga penting untuk pertumbuhan rambut.

Berikut merupakan antara vitamin yang penting untuk rambut gugur:

  • Vitamin A – Vitamin diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan sel baru. Vitamin A juga membantu kelenjar kulit mengeluarkan sebum. Sebum berfungsi untuk melembabkan kulit kepala dan membantu untuk menjaga rambut sihat. Oleh itu, kekurangan vitamin A boleh menyebabkan keguguran rambut.

Nota: Vitamin A boleh didapati dalam produk haiwan seperti susu, telur dan yogurt. Minyak ikan merupakan sumber yang mengandungi vitamin A yang amat baik.

  • Vitamin B – Pemakanan yang kaya dengan vitamin B akan membantu meningkatkan pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan tekanan emosi.

Nota: Vitamin B boleh didapati dari bijirin, badam, daging, ikan, makanan laut dan sayur-sayuran hijau gelap.

  • Vitamin H(Biotin) – Vitamin H merupakan sebahagian daripada keluarga B kompleks yang merawat masalah rambut gugur. Selain itu, ia berupaya untuk mencegah uban dan membantu mencerna lemak dan karbohidrat.

Nota: Vitamin H boleh didapati dari susu, yis dan kuning telur.

  • Vitamin C – Vitamin C membantu proses detoksiflkasi selain diperlukan oleh badan vitamin C juga memberi kolegen yang menguatkan struktur rambut terutama bagi rambut mudah bercabang.

Nota: Vitamin C boleh didapati dari strawberi, lada, jambu dan buat sitrus.

  • Vitamin E – Vitamin E ialah antioksida yang boleh membantu pertumbuhan rambut. Biji bunga matahari, badam, bayam dan alpukat adalah sumber vitamin E yang baik.
  • Vitamin D – Vitamin D membantu mencipta folikel baru, iaitu liang kecil di kulit kepala. Selain itu, ia juga membantu pertumbuhan rambut. Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan cahaya matahari atau dengan makanan tertentu seperti ikan berlemak, minyak ikan kod dan beberapa jenis cendawan.

Semoga manfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

  1. mfine.(2021, August 13). Hair Fall After Delivery: Causes And Treatment. www.mfine.co/article/hair-fall-after-delivery/

Baca juga: Mandian Herba Penting Untuk Segarkan Badan & Hilangkan ‘Bau’ Selepas Bersalin

Baca juga: Bila Isteri Stres Selepas Bersalin, Mereka Hanya Perlukan Suami Bukannya Orang Lain!

Baca juga: Nak rambut cepat panjang, hitam berkilat? Cuba 9 cara ini pasti nampak kelainannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ibu Stress Bila Tengok Rambut Bersepah Di Rumah. Apa Punca Masalah Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin? Ini Jawapannya!
Kongsikan:
  • Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

    Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

  • Video rambut gugur ibu ini viral dan pakar menerangkan sebabnya

    Video rambut gugur ibu ini viral dan pakar menerangkan sebabnya

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

    Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

  • Video rambut gugur ibu ini viral dan pakar menerangkan sebabnya

    Video rambut gugur ibu ini viral dan pakar menerangkan sebabnya

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.