X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?

4 min bacaan
20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?

Pernah tak tidur anda terganggu disebabkan oleh mimpi hamil atau melahirkan bayi? Pasti anda akan tertanya-tanya apakah maksud mimpi disebaliknya.

Bagi anda yang mengalami mimpi hamil atau melahirkan bayi, tentu sahaja ia menjadi tanda tanya apakah maksud mimpi tersebut. Lebih-lebih lagi ia kerap menganggu tidur dengan jalan kisah yang hampir sama.

Bagi sesetengah orang akan menganggap bahawa mimpi adalah mainan tidur dan beralasan bahawa ia boleh terjadi kerana tidak basuh kaki sebelum melelapkan mata.

Namun tidak ada salahnya jika anda selidik makna mimpi, barulah nanti fikiran tidak kusut memikirkan hal yang sama.

Maksud mimpi mengandung dan melahirkan bayi

maksud mimpi hamil

credit to sources

#1. Mimpi sedang hamil

Mengikut pelbagai kepercayaan, mimpi ini bermaksud anda bakal menghadapi sebuah dugaan hidup yang dapat dihadapi dengan baik atau cita-cita selama ini anda dambakan akan tercapai.

#2. Mimpi hamil dan berubah jadi kenyataan

Ia dikatakan petanda bahawa anda bakal menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.

#3. Mimpi mengandung sebelum berkahwin

Akan ada ujian yang boleh mendatangkan kemuliaan dalam hidup anda setelah dilalui dengan hati tabah.

#4. Mimpi mengandung anak kekasih

Ada yang berniat buruk di sekeliling anda. Walaupun tidak pasti akan kebenarannya, amalkan langkah-langkah keselamatan ketika berada di luar rumah kerana malang tidak berbau.

#5. Suami mimpi isteri mengandung

Siapa tidak gembira apabila dapat menikmati mimpi sebegini, lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan sudah lama menantikan cahaya mata. Tafsir mimpi disebaliknya ialah bakal memperoleh rezeki yang banyak.

#6. Mimpi bernikah dan terus hamil

Anda dan pasangan akan memperoleh kebahagiaan dan pertolongan yang diinginkan.

#7. Mimpi mengandung lagi

maksud mimpi bersalin

foto: pesan kak eaisyah

Bagi ibu yang sudah memiliki anak, mimpi hamil sekali lagi adalah petanda bahawa anda akan ada kemajuan dalam usaha atau keuntungan besar bagi setiap urusan yang sedang dijalankan.

#8. Hamil di pagi hari

Bakal memperoleh pekerjaan yang diinginkan.

#9. Mimpi hamil ketika tidur pada waktu siang

Perancangan yang sedang dijalankan bakal mendatangkan hasil lebih besar melalui usaha kerja keras.

#10. Mimpi mengandung anak kembar

Akan memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

#11. Mimpi hamil kembar tiga

Makna mimpi ini ialah anda akan mengalami perkara yang baik dalam hidup dan memperoleh kemuliaan atau reputasi bagus.

#12. Mimpi hamil dan melahirkan anak cacat

Akan memperoleh keuntungan dengan cara yang tidak baik.

Makna mimpi tidak semuanya baik, tetapi ada juga mesej yang buruk

  • Mimpi melahirkan: Akan mendapat khabar yang baik atau untung dalam masalah kewangan atau kesihatan
  • Hamil atau melahirkan anak di luar nikah: Bakal memperoleh ujian hidup
  • Mimpi menyaksikan orang bersalin: Akan mendapat dugaan dalam karier dan kehidupan sosial
  • Mimpi melahirkan secara normal: Akan mendapat kesempatan pada awal terlibat dengan sesuatu perkara seperti pindah rumah atau pekerjaan baru.
makna mimpi mengandung

credit to sources

  • Melahirkan bayi lelaki: Akan memperoleh kebaikan dan keuntungan pada kemudian hari
  • Melahirkan bayi perempuan: Akan mendapat kemuliaan, mewarisi harta pusaka atau dibukakan pintu rezeki
  • Mimpi kelahiran mati (bayi meninggal selepas bersalin): Akan mengalami kegagalan dalam perkara yang dicita-citakan.
  • Mimpi melahirkan ketika sedang mengandung: Akan dibukakan pintu rezeki dan diberikan kesihatan.
  • Mimpi melahirkan ketika masih bujang: Ada yang iri hati melihat kedudukan anda sehingga sanggup menyebarkan pelbagai fitnah di belakang anda tanpa disedari.
  • Mimpi keluar anak kembar ketika bersalin: Akan bertemu ahli keluarga setelah sekian lama tidak berjumpa
  • Mimpi melahirkan anak yang sudah meninggal: Akan kehilangan sesuatu yang sedang dimiliki sekarang.

Makna mimpi mengandung dan melahirkan bayi menurut Islam

#1. Merupakan petanda yang baik

Maksud mimpi hamil dikatakan membawa khabar yang baik. Ketika anda bermimpi dan terjaga dari lena, anda boleh berasa lebih bahagia. Tandanya akan datang khabar yang menggembirakan seperti kehadiran zuriat yang selama ini telah lama ditunggu.

#2. Harapan

Boleh juga terjadi sebenarnya mimpi hamil atau melahirkan bayi berkait rapat kerana anda sedang mengidamkan kehadiran seseorang sehingga terbawa ke dalam tidur.

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Hanya Lelaki, Wanita Juga Alami Mimpi Basah Ketika Tidur! Apakah Tandanya?

Baca juga:  100 Tafsir Mimpi Diri Sendiri Dan Termimpi Orang Lain

Baca juga: Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?
Kongsikan:
  • Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak 'Makna' Di Sebaliknya!

    Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak 'Makna' Di Sebaliknya!

  • Sering Mimpi Dapat Bayi? Adakah Ini Mainan Tidur Atau Petanda Masa Hadapan?

    Sering Mimpi Dapat Bayi? Adakah Ini Mainan Tidur Atau Petanda Masa Hadapan?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak 'Makna' Di Sebaliknya!

    Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak 'Makna' Di Sebaliknya!

  • Sering Mimpi Dapat Bayi? Adakah Ini Mainan Tidur Atau Petanda Masa Hadapan?

    Sering Mimpi Dapat Bayi? Adakah Ini Mainan Tidur Atau Petanda Masa Hadapan?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.