X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?

4 min bacaan
Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?

Masyarakat dulu-dulu percaya, kalau mimpi dipatuk ular itu tandanya anda bakal dilamar orang. Tapi bagaimana kalau anda sudah berkahwin? Jangan bimbang ia tidaklah seperti yang anda sangka.

Pernah tak anda dengan kepercayaan lazim orang Melayu yang mengatakan jika mimpi dipatuk ular, itu bermaksud anda bakal dipinang seseorang?

Jika anda masih bujang, mungkin tafsiran mimpi dipatuk ular akan mengujakan anda. Tapi bagaimana pula jika anda sudah berkahwin? Adakah ia bermaksud perkahwinan anda bakal dilanda badai?

Dalam artikel ini anda akan mengetahui lebih lanjut tentang:

  • Maksud mimpi dipatuk ular untuk orang bujang
  • Maksud mimpi dipatuk ular buat orang berkahwin

Mimpi Dipatuk Ular Petanda Bakal Dilamar Seseorang?

Tafsiran mimpi dipatuk ular bermaksud anda bakal dipinang seseorang mungkin ada betulnya.

Lihat saja kisah realiti yang dialami Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri apabila beliau diijab kabulkan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah!

mimpi dipatuk ular

Menurut Tunku Azizah, tiga minggu sebelum rombongan diRaja datang melamarnya, baginda telah bermimpi dipatuk ular! Tunku Azizah menceritakan -

"Dalam mimpi itu, saya duduk dalam sebuah bilik, semuanya serba kuning dan saya duduk di atas singgahsana seperti di istana."

Tiga minggu kemudian, pada hari jadi Tengku Mahkota Pahang, Paduka Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengumumkan putera baginda akan mendirikan rumah tangga!

Selepas pengumuman itu, Tunku Azizah terus mendapat panggilan telefon "seseorang" dari Pahang yang memberitahu Sultan Ahmad Shah mahu baginda berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang.

Bagaimana Pula Mereka Yang Sudah Berkahwin?

Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?

Tafsiran mimpi dipatuk itu mungkin "kena" dengan status baginda yang masih bujang ketika itu. Tapi bagaimana pula jika seseorang yang sudah berkahwin mimpi akan mimpi yang sama? 

Pernah tak ketika kecil dulu, ibu bapa anda menasihatkan anda untuk basuh kaki dan berdoa terlebih dahulu sebelum masuk tidur?

Sebenarnya, perkara ini adalah adab supaya kita tidak mendapat mimpi buruk, dan tidur kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

 

Tapi tak ramai yang tahu, setiap tingkah laku, perbuatan, mahupun tabiat kita sendiri juga boleh menjejaskan ketenangan lalu mendorong berlakunya mimpu buruk ketika tidur!

Menurut pendakwah bebas, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi, tafsir mimpi yang dipercayai oleh masyarakat itu sebenarnya tidaklah bersandar pada mana-mana dalil Syarie yang disepakati ulama. 

Malah, kitab rujukan seperti Tajul Muluk sendiri bukanlah kitab muktabar dan hanyalah dijadikan petua orang dulu-dulu sahaja.

"Sebagai orang Islam, panduan kita terhadap tafsir mimpi sepatutnya berlandaskan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi -

Janganlah engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya."

Malah, Mohd Fakrurrazi menambah, Nabi SAW sendiri sudah mengajar umatnya supaya berlindung kepada Allah SWT daripada kejahatan iblis dan syaitan. Ini termasuklah ketika anda mengalami mimpi buruk atau terkejut dari tidur. 

mimpi dipatuk ular hijau

“Di dalam hadis mursal riwayat Ibnu Sunni diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya bin Hibban bahawa Khalid bin al-Walid mengadu kepada Rasulullah SAW yang dia tidak boleh tidur malam.

“Baginda mengajar doa supaya dapat berlindung kepada Allah iaitu: ‘Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi.’

“Malah, sebuah hadis marfu’ riwayat at-Tirmizi meriwayatkan Nabi SAW bersabda, apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi buruk, janganlah dia ceritakan kepada orang lain dan hendaklah dia bangun lalu solat.

Katanya, mimpi ada tiga jenis menurut ilmu perubatan Islam iaitu mimpi benar, mimpi daripada syaitan dan mimpi mainan tidur.

Oleh sebab itu, tafsiran mimpi tidak boleh dijadikan sandaran atau hukum. Jangan anda lupa, mimpi ketika tidur bukan hanya disebabkan makhluk halus semata-mata.

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Tapi ia juga boleh disebabkan oleh tekanan emosi, psikologi, perjalanan darah dan sebagainya. Maka sudah terjawab di sini yang mimpi dipatuk ular tidaklah membawa sebarang maksud, melainkan secara kebetulan semata-mata.

Jadi jika anda yang masih bujang bermimpi dipatuk ular dan tiba-tiba dilamar, tahniah kami ucapkan!

Namun buat anda yang sudah berkahwin dan mimpi dipatuk ular, usah gusar. Ia tidak membawa maksud apa-apa. 

Semoga perkongsian ini berguna!

Harian Metro, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Mudah Untuk Cepat Hamil, Tips Berkesan Daripada Pakar Kesihatan

Baca juga: Suami, Jika Isteri Anda Menunjukkan 10 Tanda-Tanda Ini, Dia Sebenarnya Sedang Stress!

Baca juga: Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Maksud Mimpi Dipatuk Ular, Betulkah Bakal Dipinang? Kalau Dah Kahwin Bagaimana?
Kongsikan:
  • Jangan Buang Masa Tangkap Ular Jika Anak Dipatuk, Ambil Gambar & Bawa Ke Hospital

    Jangan Buang Masa Tangkap Ular Jika Anak Dipatuk, Ambil Gambar & Bawa Ke Hospital

  • Tolong, Saya Mimpi Ular Ketika Hamil! Adakah Ia Satu Petanda Buruk?

    Tolong, Saya Mimpi Ular Ketika Hamil! Adakah Ia Satu Petanda Buruk?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Jangan Buang Masa Tangkap Ular Jika Anak Dipatuk, Ambil Gambar & Bawa Ke Hospital

    Jangan Buang Masa Tangkap Ular Jika Anak Dipatuk, Ambil Gambar & Bawa Ke Hospital

  • Tolong, Saya Mimpi Ular Ketika Hamil! Adakah Ia Satu Petanda Buruk?

    Tolong, Saya Mimpi Ular Ketika Hamil! Adakah Ia Satu Petanda Buruk?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.