X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hamil Disyorkan Untuk Ambil Makanan Zat Besi Yang Tinggi Untuk Cegah Anemia

6 min bacaan
Ibu Hamil Disyorkan Untuk Ambil Makanan Zat Besi Yang Tinggi Untuk Cegah Anemia

Wanita hamil terutama yang menghidap anemia perlu mengambil makanan mengandung zat besi tinggi bagi mengelak mudah pengsan dan sebagainya.

Ibu hamil dan masalah kurang darah atau anemia memang tidak dapat dipisahkan. Anemia terjadi akibat ibu kekurangan zat besi, jadi mereka perlu mengambil makanan tinggi zat besi untuk kurangkan masalah kurang darah.

Keadaan yang membimbangkan ini sebenarnya boleh dicegah daripada awal sekiranya ibu hamil mengamalkan pemakanan yang betul dengan kaya sumber zat besi.

Jadi apakah makanan yang mengandungi zat besi tinggi yang baik untuk diambil oleh ibu mengandung? 

Isi Kandungan

  • Mengapa Ibu Hamil Perlu Ambil Makanan Tinggi Zat Besi?
  • Berapa Banyak Zat Besi Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil?
  • Jenis Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Ibu Hamil
  • Pilihan Makanan Tinggi Zat Besi 
  • Adakah Anda Memerlukan Suplemen Zat Besi Semasa Hamil?

Mengapa Ibu Hamil Perlu Ambil Makanan Tinggi Zat Besi?

makanan tinggi zat besi

Zat besi merupakan mineral yang sangat penting untuk di ambil semasa kehamilan yang berfungsi untuk membantu pembentukan sel darah merah dan juga jantung bayi, saluran darah, sistem rangka serta saraf. 

Semasa kehamilan, isi padu darah ibu hamil akan meningkat sebanyak 30 hingga 50%. Oleh itu, zat besi amat diperlukan untuk membentuk sel darah merah.

Selain berfungsi membentuk sel darah merah, zat besi juga memainkan peranan dalam meningkatkan keupayaan badan ibu hamil untuk membaiki tisu dan memecahkan gula serta membuatkan rambut anda tumbuh dengan sihat. 

Berapa Banyak Zat Besi Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil?

Oleh kerana, semasa hamil isi padu darah meningkat lebih tinggi anda memerlukan zat besi lebih banyak berbanding sebelum hamil. Bagi ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu badan berumur 18 tahun dan ke bawah, anda memerlukan zat besi lebih kurang 1000mcg sehari.

Manakala, bagi wanita yang sedang hamil dan juga wanita menyusu badan berumur 19 tahun dan ke atas, anda memerlukan zat besi sebanyak 1300mcg sehari.

Jenis Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Ibu Hamil

Masalah anemia berlaku akibat kekurangan zat besi dalam badan seseorang ibu hamil. Ia adalah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah yang sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Anemia sebenarnya mempunyai banyak jenis namun anemia kekurangan zat besi atau iron deficiency adalah yang paling kerap dihidapi oleh individu terutamanya wanita hamil dan juga kanak-kanak.

Anemia akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan individu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu.

Pilihan Makanan Tinggi Zat Besi 

Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah dan kekurangannya akan mengakibatkan badan tidak mampu menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu sejenis protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

1. Kulit kentang

Mungkin sebahagian besar kita tidak memakan kulit daripada kentang dan mengupasnya untuk dibuang. Ternyata kajian menunjukkan kulit kentang memiliki zat besi lima kali lebih besar dibanding isi kentangnya sendiri. 

Jadi anda boleh mencuba pelbagai resepi seperti kentang bakar supaya anda dapat nikmati kulitnya bersekali dengan isi kentang. 

2. Bayam

Anda semua perlu tahu bahawa sayur bayam adalah sayur yang paling bagus dimakan oleh wanita hamil berbanding sayur-sayuran yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk mencegah anemia. Selain zat besi, bayam juga mengandung vitamin A.

3. Jagung

Jagung kaya akan zat besi dan tembaga. Ia juga menjadi sumber yang baik untuk vitamin A dan C.

4. Kangkung

Kangkung adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin A dan vitamin B serta C. Kangkung mengandungi jumlah tinggi zat besi, kalsium, dan kalium.

5. Chard

Chard adalah sejenis sayuran yang mengandungi tinggi vitamin A dan zat besi.

6. Buah aprikot

Buah ini mengandungi zat besi yang sempurna untuk memastikan tubuh mendapatkan khasiat zat besi yang cukup untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. 

7. Buah beetrot hijau

Beetroot hijau merupakan sumber vitamin A dan B2. Ia juga dapat memperkaya darah dengan besi dan mangan.

8. Oren

Membantu memerangi penyakit akibat kekurangan vitamin C, kerana oren mengandungi asid folik.

9. Buah prun 

makanan tinggi zat besi

Buah prun, adalah jenis buah yang memiliki banyak zat besi dibanding buah epal dan betik. Dalam jus prune terdapat 3 mg zat besi. 

10. Kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya

Kacang tanah, kacang hijau dan kacang soya merupakan jenis kacang yang mudah dicerna.

11. Kacang dal

Kacang dal biasa dikaitkan dengan kuah dal yang dimakan dengan roti canai. Jangan tak tahu ya, ia mengandungi kadar zat besi yang sangat tinggi. 

12. Beras merah

Sumber serat, vitamin E, asid folik, dan zat besi.

13. Roti gandum

makanan tinggi zat besi

Roti berasaskan gandum mengandungi kadar zat besi yang tinggi, jadi tidak hairanlah jika ia diambil oleh ramai mereka yang sedang diet. 

14. Kismis

Kismis mengandung zat besi yang sangat tinggi. Kismis juga merupakan makanan yang berserat tinggi baik untuk ibu hamil bagi mengelak masalah sembelit.

15. Bijirin

Bijirin seperti emping oat memgandungi zat besi yang baik untuk ibu hamil. Disamping mengenyangkan khasiat yang dimiliki mampu mengelak ibu hamil daripada diserang anemia. 

16. Buah kering

Kismis, fig dan aprikot  yang selalu dijadikan buat kering mengandung khasiat zat besi yang sangat tinggi. Jadi ia baik jika dibuat sebagai kudap-kudapan untuk ibu hamil.

17. Yoghurt

Yogurt yang dicampur dengan buah-buahan segar serta kering akan membantu menambah kadar kandungan zat besi dalam badan mereka yang mengambilnya. Jadi ibu hamil boleh masukkan yogurt yang dicampur buah-buahan kaya zat besi ke dalam menu seharian mereka. 

18. Telur

Telur kaya dengan semua mineral, termasuk zat besi, dan vitamin B. Telur boleh dijadikan dalam pelbagai menu untuk makanan ibu hamil. 

19. Daging lembu

Tidak asing lagi daging lembu atau daging merah mempunyai tahap zat besi yang sangat tinggi dan baik untuk diambil oleh mereka yang mengalami anemia. 

20. Ikan 

Ikan sardin juga mengandung 2.5 mg zat besi per 100 gram. Jadi pengambilan ikan juga akan membantu menambah kadar zat besi dalam darah mereka yang mengambilnya. 

Adakah Anda Memerlukan Suplemen Zat Besi Semasa Hamil?

Sebenarnya, kalau anda sudah pun mengambil diet yang sihat dan juga vitamin pranatal, berkemungkinan besar anda sudah mendapat keperluan zat besi yang mencukupi untuk tubuh anda dan juga bayi. Jadi, anda tidak perlu lagi mengambil suplemen tambahan untuk zat besi.

Tetapi jika diet anda tidak termasuk makanan yang merupakan sumber zat besi seperti yang disenaraikan di atas dan anda berasakan bahawa diri anda kekurangan zat besi, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan.

Perlu diingat juga bahawa terlalu banyak zat besi dalam tubuh bukanlah sesuatu yang bagus kerana ia mampu menjejaskan kesihatan anda. Oleh itu, wajar sekiranya anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

  1. babycenter.com (2021, September 23) Copper during pregnancy www.babycenter.com/pregnancy/diet-and-fitness/copper-in-your-pregnancy-diet_677#:~:text=Copper%20is%20a%20trace%20mineral,of%20copper%20in%20your%20diet.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kurang Selera Makan,Sering Muntah, Tubuh Tak Cukup Zat, Ibu Hamil Disaran Ambil Suplemen!

Baca juga: Ubat Zincofer Buat Saya Pening! Ada Ubat Tambah Darah Lain Yang Selamat Untuk Kehamilan Tak?

Baca juga: 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Hamil Disyorkan Untuk Ambil Makanan Zat Besi Yang Tinggi Untuk Cegah Anemia
Kongsikan:
  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.