X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

4 min bacaan
5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

Ibu hamil yang tiada alahan udang, tak perlu risau untuk menikmati masakan udang. Makanan laut ini mengandungi protein dan zat besi yang baik untuk anda.

Ada yang takut makan udang kerana mereka ada alahan terhadapnya. Bagi ibu hamil yang tiada alahan, anda boleh cuba resepi masakan udang ini kerana ia adalah sumber protein yang baik untuk badan manusia.

Tidak kiralah udang jenis apa pun, yang penting udang segar ya bukan udang kering. Udang segar ini adalah sumber protein yang lengkap untuk seseorang ibu mengandung. Ia juga adalah sumber zat besi yang diperlukan badan manusia untuk menghasilkan sel darah merah dan membawa oksigen ke otot. 

Jadi jika tiada sebarang alahan, anda boleh cuba masukkan udang dalam menu diet anda kerana khasiatnya yang tidak kurang hebat.

Masakan udang untuk ibu hamil, boleh cuba!

Tiada salahnya untuk ibu hamil makan udang, asalkan dia tiada alahan terhadapnya. JikA ada alahan mungkin patut dielakkan kerana dibimbangi alahan itu akan memudaratkan ibu hamil dan bayi.

Berikut adalah antara masakan udang yang boleh dicuba ibu hamil yang dikongsikan saji.my: 

#1. Masakan udang masam manis

Bahan kisar :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
10-15 biji cili padi (ikut mahu pedas banyak mana)
Sedikit halia

Bahan lain :

Sos cili
Sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Daun limau purut
Daun ketumbar
Bawang holland hiris bulat
1/2 kilo udang

Cara-caranya: 

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik minyak dan garing.
  2. Seterusnya masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan sos ikan, sos cili daun limau.
  4. Masukkan udang, bawang hiris dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. (Jika mahu kuah tambah air sedikit.

#2. Masakan udang-cucur jagung

Masakan udang

Kredit foto: aziekitchen

Bahan-bahan:

Jagung
Sweet corn (dalam tin)
Tepung gandum
Udang
Cili Padi @ cili merah (ikut kepedasan anda)
Bawang
Daun Kucai
Telur
Garam
Air

Cara-caranya: 

  1. Gaulkan semua adunan sehingga sebati.
  2. Biarkan seketika dan boleh digoreng sehingga kekuningan.
  3. Cicah bersama sos @ sambal kicap.

#3. Masakan udang diraja

Masakan udang

Bahan kisar:

4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar

Bahan lain: 

Udang galah / udang kulit putih dan lain-lain
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat

Cara-caranya: 

  1. Tumiskan bahan yang dikisar
  2. Bila minyak naik bau masukkan serai dan asam keping.
  3. Kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam.
  4. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan santan pekat.
  6. Gaulkan dan masukkan daun kunyit.
  7. Perasakan dengan garam sedikit dan gula.
  8. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

#4. Masakan udang cili cuka

Masakan udang

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Bahan-bahan :

Udang harimau 20 ekor
Blend basah :
Bawang merah besar 1 biji
halia 1/2
Bawang putih 7 ulas
Kunyit hidup 1/2
Cili kering 7 tangkai
Tumis kering tanpa minyak, sebelum blend :
Jintan putih 1/2 sudu kecik
Jintan manis 1/2 sudu kecik
Biji ketumbar 1/2 kecik
Kacang ulunthu 1 sudu kecik

Cara-caranya: 

  1. Tumis kesemua bahan blend basah.
  2. Masukkan daun kari 1 tangkai.
  3. Bila bau sudaa naik masukkan udang dan garam.
  4. Gaul dan bagi sedikit air bagi udang masak.
  5. Jika udang sudah masak, 5 minit sebelum angkat masukkan rempah ratus yang sudah dikisar, gaul lagi.
  6. Lepas 5 minit angkat.
  7. Kalau mahu tambah cuka sedikit pun boleh. Letak sedikit saja selepas angkat.

#5. Masakan udang sambal lemak nenas

Bahan kisar :

4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar
Bahan – Bahan lain :
Udang galah / udang kulit putih dan lain-lain
2 batang serai dititik
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat
Air asam secawan
Nenas yang sederhana masak dihiris-hiris.

Cara memasak :

  1. Pertama sekali, tumiskan serai.
  2. Bila mula naik wangi tumiskan bahan blender sehingga naik minyak.
  3. Kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam.
  4. Tuang air asam dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan santan pekat, gaulkan sekali lagi dan masukkan nenas.
  6. Perasakan dengan garam sedikit dan gula.
  7. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat

Baca juga: Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam – First Time Cuba CONFIRM Jadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!
Kongsikan:
  • Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!

    Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!

  • 5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

    5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!

    Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!

  • 5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

    5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.