X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!

3 min bacaan
Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!

Memandangkan kita masih dalam tempoh PKP, apa kata kita cuba sendiri bagaimana untuk buat cucur udang yang lazat untuk seisi keluarga.

Keenakan cucur udang boleh anda rasai apabila pertama kali menggigitnya. Rasa rangup dan lembut pada bahagian dalam pasti membuat anda rasa cukup teruja, apatah lagi menikmatinya bersama ahli keluarga tersayang.

Kebiasaannya ia dihidang bersama sos pencicah istimewa bagi melengkapkan lagi rasa. Lihat sahaja bahan yang digunakan, pasti membuatkan anda merasai kemanisan udang tanpa perlu meletakkan lebihan gula.

Resepi Cucur Udang Rangup – Mudah Sahaja Langkahnya!

Kalau di tempat saya, ia dijual dengan harga RM1 untuk satu biji cucur udang. Memang cukup berselera anak-anak jika dapat makan hidangan bergoreng ini sehingga kadang-kadang tak mahu makan nasi!

Apa kata anda cuba resepi cucur udang ini pastinya sangat mudah dan dijamin menjadi!

Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!

Kredit: nakmakanapa.com.my

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar yis (mauripan)
  • Air sejuk agak-agak
  • Segenggam taugeh
  • Secekak kecil kuchai- dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah- sagat memanjang
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • Udang secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Baca juga: Muffin pisang kismis – resepi mudah yang enak dijadikan hidangan minum petang!

Cara penyediaan

  1. Satukan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata.
  2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
  3. Masukkan taugeh, kuchai dan lobak merah. Gaul rata dan biarkan selama 30 minit.

resepi cucur udang

4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendam senduk dalam minyak panas, kemudian tuangkan adunan cucur.

5. Letakkan udang seekor dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga ia tertanggal dari senduk.

cara buat cucur udang

6. Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat toskan minyak. Siap untuk dihidang!

cara buat cucur udang rangup

Rahsia Masak Cucur Yang Ramai Tidak Tahu

Nampak senang tapi sebenarnya untuk menyediakan hidangan cucur udang kena tahu rahsianya. Kebiasannya bila buat cucur udang ini anda akan berdepan masalah, bila digoreng ia masuk minyak dan lembik.

Hal ini membuatkan anda dan anak-anak hilang selera nak makan. Sekali gigit cucur, terus bahagian mulut dipenuhi dengan minyak. Mesti akan rasa bersalah nak makan sebab fikir bahaya untuk kesihatan, kan?

Ini beberapa petua yang boleh anda cuba bagi memudahkan tugasan memasak nanti.

  1. Jangan guna air panas ketika membancuh yis kerana ini akan membunuhnya. Apabila anda sudah mencampurkan gula ke dalam bancuhan yis, ia secara automatik akan mengaktifkannya. Bila naik buih, maknanya yis tersebut ‘hidup’ dan boleh digunakan.
  2. Untuk mendapatkan tekstur rasa cucur udang yang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk leper supaya bahagian tepi cucur digoreng lebih rangup.
  3. Goreng cucur dalam minyak yang sederhana panas untuk memastikannya rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘makan minyak’ dan jika minyak terlalu panas, ia akan membuatkan cucur menjadi cepat hangit.

Cucur udang juga dikenali sebagai jemput-jemput atau cekodok kerana saiznya yang seperti sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk menggunakan ukuran sudu ataupun sudip.

Ia adalah snek tradisional berasal dari Indonesia dan kini populor di Malaysia, Brunei dan Singapura. Selain cucur udang, ada juga yang mencipta resepi cucur pisang atau cucur ikan bilis bagi memenuhi selera masing-masing.

Hidangan ini sesuai dimakan bersama sos pencicah lada, kuah kacang, kuah kicap atau dimasak bersama rojak mahupun pasembur.

Tunggu apa lagi? Jom ibu-ibu sediakan bahannya untuk hidangan nanti. Makan panas-panas bersama secangkir kopi atau teh, sedapnya! 

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Sumber: Masak Apa Hari Ini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: Menu Makanan Tahun Baru 2021 Yang Enak & Mudah Disediakan Untuk Seisi Keluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam - First Time Cuba CONFIRM Jadi!
Kongsikan:
  • 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

    5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

  • 5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

    5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

    5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

  • 5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

    5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.