Hati-Hati! Jus Kunyit Memang Bagus Untuk Wanita, Tapi TIDAK Bagi Ibu Hamil

Jus kunyit sering dijadikan salah satu kaedah perawatan khususnya untuk wanita, tetapi boleh ke ibu hamil amalkan pengambilannya?
Banyak pro dan kontra yang berkait dengan makanan yang selamat dimakan oleh wanita hamil. Salah satunya adalah kunyit untuk ibu hamil, adakah ia baik untuk dimakan atau sebaliknya?
Sesetengah orang percaya yang kunyit untuk ibu hamil memiliki manfaat yang luar biasa. Namun, ada juga beranggapan pengambilan kunyit boleh jadi berbahaya untuk ibu dan kandungannya.
Jadi, tanggapan mana satu yang benar? Untuk lebih maklumat, ini penjelasan pakar.
Kunyit Untuk Ibu Hamil, Selamatkah Untuk Dimakan?
Menurut penerangan dari Dr. Jati Satriyo dari Alodokter, kunyit memiliki kandungan kimia yang disebut kurkumin. Zat ini dipercayai mampu membantu proses penyembuhan pada tubuh.
Terdapat banyak manfaat campuran kunyit seperti untuk mengatasi osteoarthritis, gatal kulit, ruam pada kulit, masalah menstruasi, asid refluks, gastrik, kanser usus dan sebagainya.
Menurut laman WebMd, kandungan kurkumin kunyit dapat mengurangkan bengkak, dan mengubati keradangan.
Hal ini menunjukkan yang kunyit sememangnya memiliki banyak menfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil pula ia harus dipertimbangkan sekiranya anda ingin mengamalkan pengambilan kunyit atau produk yang diperbuat daripada kunyit.
Terdapat kajian yang menyebut, pengambilan kunyit untuk ibu hamil mempunyai kesan buruk yang boleh menyebabkan kontraksi pada rahim.
“Kunyit harus dihindari pengambilannya oleh ibu hamil. Ini kerana ia boleh menjadikan kontraksi pada rahim, lalu menyebabkan keguguran.” jelas Jati seperti dijelaskan dalam Alodokter.
Sementara itu, menurut penjelasan pada laman WebMD, ibu hamil dan menyusu badan lebih selamat makan kunyit yang dijadikan rencah dalam makanan atau masakan. Jika dijadikan ubat, ia tidak disarankan sama sekali.
Ibu hamil tidak disarankan untuk minum kunyit dalam kuantiti yang banyak. Tambahan lagi, tidak ada maklumat yang cukup untuk mengesahkan yang kunyit adalah selamat untuk wanita hamil, jadi sebaiknya anda mengelak dari pengambilannya sama sekali.
Had Yang Selamat Bagi Pengambilan Kunyit dan Kesan Sampingannya
Untuk orang normal, maksudnya yang tidak hamil, dos pengambilan kunyit sebaiknya tidak melebihi 500mg setiap hari. Jika lebih dari itu, contohnya 1500mg sehari boleh memberikan kesan sampingan. Berikut merupakan kesan sampingan kunyit yang diambil secara berlebihan:
- Reaksi alahan
- Gangguan pada hempedu
- Pendarahan
- Gangguan pada hati
- Mengalami masalah pencernaan
- Mengurangkan kesuburan lelaki
Semoga bermanfaat.
Bolehkah ibu menyusu makan kunyit?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor
Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat
8 Sekolah BERHANTU Di Malaysia Dengan Kisah Tersembunyi Yang Sangat Menyeramkan!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!