TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas

27 Aug, 2021
Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas

Ketika merasai sakit melahirkan, segelintir ibu Melayu akan minum air selusuh bagi memudahkan proses bersalin. Namun, tahukah anda ia cukup membahayakan?

Menantikan detik bersalin pasti memberikan pelbagai perasaan kepada setiap ibu ayah. Selain dari membawa kelengkapan bayi, anda juga disarankan minum air secukupnya bagi memastikan proses bersalin menjadi mudah.

Debaran kian terasa apabila kandungan memasuki usia 8 bulan. Setiap ibu hebat merasai sakit kontraksi akan sanggup mempertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat untuk suami tercinta.

Minum air selusuh

minum air selusuh

credit to sources

Kebiasaannya dalam kalangan masyarakat Melayu, air selusuh dipercayai mampu memudahkan proses bersalin selepas tanda-tanda awal kelahiran mula berlaku.

Dalam hal ini, anda bukan sahaja boleh minum air selusuh, bahkan digalakkan untuk menyapunya ke bahagian perut.

Pada dasarnya, minum air selusuh adalah tidak salah jika ia adalah air kosong yang dibacakan dengan ayat al-Quran serta doa.

Keberkesanan mempercepatkan kelahiran

Menurut pegawai perubatan O&G, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, dia tidak menggalakkan minum air selusuh yang mengandungi akar kayu dan herba kerana para ibu bakal berhadapan dengan risiko bahaya.

Antara jenis air selusuh yang diamalkan oleh orang Melayu adalah air rendaman akar Fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi.

Ia tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya. Namun, terdapat kajian yang membuktikan kandungan air selusuh mempunyai hormon oksitosin yang boleh menyebabkan kontraksi pada rahim.

Dos bahan ini juga tidak diketahui dan tidak boleh dipantau secara klinikal. Dalam perubatan moden, hormon oksitosin ditetapkan dosnya mengikut keperluan pesakit dan ia bukan sewenang-wenangnya boleh diberikan untuk tujuan tertentu.

Impak negatif air selusuh

minum air selusuh ketika bersalin

foto: azirarais

Air selusuh akar Fatimah dipercayai sejak berzaman mampu ‘mempercepatkan proses bersalin. Biasanya ibu akan minum selepas merasai tanda-tanda awal bersalin, keluar darah awal bersalin atau pecah air ketuban.

”Berdasarkan pengalaman saya sepanjang berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa, secara peribadinya saya tidak menggalakkan anda minum air selusuh yang mengandungi campuran bahan lain,” kata Dr. Muhammad Izzat.

Hal ini adalah kerana ada langkah yang lebih selamat yang anda boleh praktikkan. Antaranya ialah dengan:

#1. Amalan berpuasa

Ibu digalakkan untuk berpuasa apabila memasuki fasa aktif bersalin. Ia adalah sebagai persediaan jika kecemasan berlaku yang memerlukan anda melalui proses pembedahan secara caesaran.

Sekiranya anda telah berpuasa, pembedahan dapat dilakukan dengan segera. Namun, anda minum air selusuh ketika berhadapan dengan proses kelahiran, ia akan menyulitkan perjalanan untuk bersalin secara selamat.

#2. Menyebabkan kesakitan melampau

bahaya minum air selusuh

credit to sources

Air selusuh seolah-olah akan memaksa pintu rahim terbuka sebelum tibanya waktu yang tepat untuk bersalin. Hal ini akan menyebabkan anda akan mengalami kesakitan yang melampau.

”Melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengambil air selusuh akan meracau dan jadi tidak keruan akibat kesakitan yang tidak mampu ditanggung oleh mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat ibu yang terpaksa dibawa ke dewan bedah untuk proses kelahiran secara caesarean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka biarpun mereka mengalami kesakitan yang telah lama.

”Kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat minum air selusuh ini turut menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas di dalam perut ibu,” ujarnya.

#3. Memohon pertolongan Allah

Stories Rakan Kongsi
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Help Your Children Grow as Their Age
Help Your Children Grow as Their Age
Tahukah Anda? 5 Gejala Kehamilan Yang Tidak Diingini Ini Berkaitan Dengan Kesihatan Usus
Tahukah Anda? 5 Gejala Kehamilan Yang Tidak Diingini Ini Berkaitan Dengan Kesihatan Usus
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"

Tidak dinafikan syaitan sentiasa ada. Bahkan di setiap pembuluh darah manusia, ia boleh melaluinya.

”Jika ibu inginkan kesenangan ketika bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan,”

”Bukan itu sahaja, anda juga perlu meminta maaf dan ampun dari suami, kedua ibu bapa agar sakit melahirkan anak dikurangkan,” katanya.

Sebenarnya Allah telah memberikan tempoh masa hampir 40 minggu untuk anda bersedia berhadapan dengan proses kelahiran anak. Usahlah bergantung sepenuhnya dengan air selusuh semata-mata sehingga anda lupa siapa sebenarnya menentukan setiap takdir yang berlaku.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas

Baca juga: Air Selusuh Permudahkan Bersalin Atau Buat Kontraksi Makin Teruk?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham