X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Buat Air Selusuh Mudah Dengan 3 Cara Ini, Boleh Minum Ketika Kontraksi Terjadi

3 min bacaan
Cara Buat Air Selusuh Mudah Dengan 3 Cara Ini, Boleh Minum Ketika Kontraksi TerjadiCara Buat Air Selusuh Mudah Dengan 3 Cara Ini, Boleh Minum Ketika Kontraksi Terjadi

Air selusuh boleh diamalkan semasa sakit kontraksi bermula namun ibu perlu elakkan mengambil terlalu awal kerana bimbang ibu akan mengalami kontraksi lebih teruk.

Apabila tarikh jangkaan bersalin hampir dekat, pasti ibu akan mencari cara buat air selusuh yang dikatakan mampu membantu ibu ketika proses melahirkan berlaku.

Ada yang setuju dengan kenyataan ini dan ada yang membantah kerana bagi mereka, air selusuh akan membuatkan wanita bertambah sakit ketika bersalin nanti. Mana satu yang betul, agaknya? 

Tapi memang betul, doktor juga melarang ibu mengambil air selusuh ini jika due date masih lambat. Sebaiknya, air selusuh diambil ketika kontraksi bermula.

Malah, ada juga orang moden tidak percaya dengan keberkesanan air selusuh ini. 

Namun bagi yang mempercayainya, mereka yakin air selusuh berperanan untuk memudahkan proses bersalin dan turut dijadikan sebagai penenang jiwa.

Ya benar, air selusuh ini adalah salah satu jalan ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Malah dari segi hukum Islam, ia juga adalah HARUS, selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam dan jampi serapah yang mengarut. 

3 Cara Buat Air Selusuh Mudah

Berikut merupakan 3 cara buat air selusuh dengan bacaan doa dan ayat suci AL-Quran.

Anda boleh memilih salah satu daripada tiga cara ini. Air selusuh ini boleh dilakukan oleh suami, bapa atau sesiapa saja yang berkelayakan untuk membacanya. 

cara buat air selusuh, kaedah membuat air selusuh, air selusuh, langkah membuat air selusuh, langkah-langkah membuat air selusuh, cara melakukan air selusuh, selusuh, kenapa perlu minum air selusuh, buat air selusuh, tips buat air selusuh, tips minum air selusuh, cara betul minum air selusuh, kenapa perlu minum air selusuh, kepentingan air selusuh, manfaat air selusuh, keburukan minum air selusuh, keburukan minum air selusuh terlalu awal

Kredit: zuriat.my

1# Cara buat air selusuh pertama 

 1. Baca surah Al Fatihah dan Surah Al-Hasyr ayat 21 

 2. Kemudian, baca selawat syifa dengan maksud yang berikut 

“Ya Allah berikan Rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan serta kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya,”. 

3. Baca doa ini:

“Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat,”. 

Selepas dibaca, tiup pada air atau minyak dan perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin. 

4. Sapukan air atau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat tujuh kali. 

5. Minyak selusuh atau air selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin datang. 

2# Cara buat air selusuh kedua

cara buat air selusuh, kaedah membuat air selusuh, air selusuh, langkah membuat air selusuh, langkah-langkah membuat air selusuh, cara melakukan air selusuh, selusuh, kenapa perlu minum air selusuh, buat air selusuh, tips buat air selusuh, tips minum air selusuh, cara betul minum air selusuh, kenapa perlu minum air selusuh, kepentingan air selusuh, manfaat air selusuh, keburukan minum air selusuh, keburukan minum air selusuh terlalu awal

Kredit: shopee

1. Beristighfar sebanyak tiga kali 

2. Menghadiahkan bacaan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan pengikutnya. 

3. Membaca surah Al-Fatihah sebanyak satu kali. 

4. Selawat 11 kali 

5. Baca surah Alam Nasyrah sebanyak 7 kali 

6. Surah Al-Ikhlas tiga kali 

7. Surah Al-Falaq tiga kali 

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

8. Surah An-Nas tiga kali

9. Kemudian doa apa yang dihajati. 

3# Cara buat air selusuh ketiga 

Cara Buat Air Selusuh Mudah Dengan 3 Cara Ini, Boleh Minum Ketika Kontraksi Terjadi

1. Baca surah Al-Fatihah (Apabila sampai di ayat yang kelima, lintaskan di dalam hati mohon memudahkan bersalin sebanyak tiga kali).

2. Selawat Syifa tujuh kali 

3. Suarah Al-Hasyr ayat 21 perlu dibaca sebanyak tiga kali 

4. Surah Al-A’raa ayat 54 dibaca tiga kali 

5. Kemudian, hembus pada air, minyak atau buah kurma. Lalu diberikan pada ibu yang akan bersalin. 

Semoga urusan bersalin anda dipermudahkan dan kongsikan artikel ini di laman socmed anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teh Daun Raspberi Mujarab Untuk Cepatkan Proses Bersalin? Ini Jawapannya

Baca juga: Ini Apa Yang Ibu Hamil Patut Lakukan Di Trimester Ketiga Untuk Persediaan Bersalin!

Baca juga: Nak Mudah Bersalin, Isteri Kena Hormat & Taat Pada Suami? Wanita Ini Kongsi Kisah Sebenar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Cara Buat Air Selusuh Mudah Dengan 3 Cara Ini, Boleh Minum Ketika Kontraksi Terjadi
Kongsikan:
  • Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!

    Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!

  • Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

    Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

  • 'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

    'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.