X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Amalkan Selalu Surah Maryam Ketika Mengandung, Ia Bantu Mudahkan Proses Bersalin

3 min bacaan
Amalkan Selalu Surah Maryam Ketika Mengandung, Ia Bantu Mudahkan Proses Bersalin

Surah Maryam ibu mengandung banyak manfaat jika anda mengamalkannya setiap hari. Ia dikatakan mampu permudahkan proses kelahiran kelak

Apabila mengandung, sering kali disarankan oleh orang sekeliling supaya mengamalkan beberapa doa mahupun bacaan surah daripada al-Quran. Antara surah yang digalakkan ialah mengamalkan surah Maryam oleh ibu mengandung.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Manfaat surah Maryam untuk ibu mengandung

Surah tersebut mengandungi 98 ayat serta mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Apa yang penting ialah amalan membaca al-Quran sebenarnya seharusnya diamalkan setiap hari kerana ia bukan sahaja memberi ketenangan bahkan, mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Manfaat surah Maryam untuk ibu mengandung

surah ibu mengandung

Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh ibu mengandung menerusi amalan membaca surah Maryam. Kami senaraikan beberapa kebaikan tersebut, selamat beramal.

1- Menguatkan keimanan kepada Allah SWT

Surah ini menceritakan tentang Allah SWT berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya. Penceritaan kisah Nabi Zakaria berdoa dengan suara yang lembut memohon dikurniakan zuriat. Baginda dikurniakan anak lelaki diberi nama Nabi Yahya.

Ketika dikurniakan zuriat, Nabi Zakaria berada di usia tua. Hal ini menjadi sebuah teladan keimanan sekali gus agar ibu dan bayi yang dikandung memiliki rasa keimanan dan meneladani kisah tersebut.

2- Doa dikurniakan zuriat soleh dan solehah

Terdapat salah satu doa di dalam surah tersebut iaitu mendoakan anak yang dikandung menjadi seorang soleh dan solehah. Sudah tentu semua ibu-ibu mahukan anak yang dikandung membesar menjadi insan yang berguna, taat kepada ibu dan ayah bahkan, mencintai dan mengamalkan suruhan Allah SWT.

3- Menggalakkan prasangka baik

Ibu mengandung terutama yang pertama kali hamil, kadangkala merasa takut dengan proses bersalin. Justeru, dianjurkan mengamalkan surah ini agar mendapat teladan dan sentiasa berprasangka baik dan yakin selalu bahawa Allah SWT selalu memberi pertolongan.

4- Teladan wanita solehah

Surah ini juga sering dianjurkan untuk ibu hamil berikhtiar agar memiliki anak perempuan yang soleh. Dengan membaca surah Maryam, merupakan salah satu wujud doa untuk ikhtiar tersebut.

 

surah maryam ibu mengandung

5- Bukti Allah Maha Mendengar

Kisah Nabi Zakaria yang dianugerahkan anak sedangkan isterinya mandul selain usia baginda sudah tua. Ia merupakan bukti Allah SWT sentiasa mendengar doa hamba-Nya. Sebagai ibu mengandung juga, sentiasalah memohon kebaikan untuk kehamilan dan anak yang dikandung.

6- Ciri wanita penyabar

Dikisahkan Maryam harus mengasingkan diri agar terhindar daripada fitnah kerana mengandung dalam masa sama, tidak pernah disentuh oleh lelaki. Maryam dengan kesabarannya tetap menerima takdir Allah dan menjaga dengan kasih sayang bayi yang dikandungnya.

Begitu juga sebagai ibu mengandung, harus sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian atau beban selama masa kehamilan.

7- Bukti kebesaran Allah

surah maryam

Surah ini turut berkisahkan kebesaran Allah di mana sesuatu yang tidak mungkin terjadi seperti isteri Nabi Zakaria yang mandul, Maryam yang tidak pernah disentuh lelaki diberi anugerah seorang anak oleh Allah. Ia menunjukkan betapa kebesaran Allah itu adalah nyata.

Termasuk ibu hamil yang mendapat kepercayaan untuk memiliki seorang anak merupakan wujud kebesaran Allah dan rezeki besar untuknya. Wajib mensyukuri dan mengakui kebesaran-Nya.

DalamIslam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin

Baca juga: Doa Dapat Zuriat Untuk Suami Isteri Yang Sudah Lama Ikhtiar, Boleh Amalkan Setiap Hari

Baca juga:  Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Amalkan Selalu Surah Maryam Ketika Mengandung, Ia Bantu Mudahkan Proses Bersalin
Kongsikan:
  • Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

    Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

  • Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

    Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

  • Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

    Momnesia Adalah Bila Ibu Mengandung Jadi Pelupa Ketika Hamil, Ini Jawapan Menurut Kajian

  • Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

    Naik Pengangkutan Awam Ketika Hamil? Baca Tips Penting Ini Untuk Rasa Lebih Selesa Dan Selamat

  • Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

    Kebaikan Essential Oil Berkesan Hilangkan Stres Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Bahaya & Perlu Dielak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.