Bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan dan menjanjikan ganjaran pahala yang berganda. Kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ramai mengambil peluang untuk menghidupkan amal ibadah seperti bersedekah, menunaikan solat tarawih serta mempraktikkan cara khatam al-quran.
Khatam al-quran di bulan mulia ini adalah sama seperti belajar atau menuntut ilmu. Ayat-ayat al-quran tentang ilmu menjelaskan ketika membacanya sekaligus membuatkan anda berusaha untuk memahami makna setiap ayat.
Cara khatam al-quran ketika bulan ramadhan
credit to sources
Bagi anda yang baru ingin memulakan niat untuk khatam al-quran sepanjang bulan puasa ini, ada beberapa cara boleh anda cuba. Antaranya ialah dengan membuat perkiraan. Jika al quran ada 604 muka surat, kiraannya begini:
#1. Untuk khatam 1 kali
Anda perlu baca sebanyak 20 muka surat dalam 1 hari. Misalnya:
- Subuh= 4 muka surat
- Zohor= 4 muka surat
- Asar= 4 muka surat
- Maghrib= 4 muka surat
- Isyak=4 muka surat
#2. Untuk khatam 2 kali:
Anda perlu baca 45 muka surat sehari iaitu:
- Subuh= 9 muka surat
- Zohor= 9 muka surat
- Asar= 9 muka surat
- Maghrib= 9 muka surat
- Isyak= 9 muka surat
#3. Untuk khatam 3 kali
Anda perlu baca sebanyak 60 muka surat sehari
- Subuh= 12 muka surat
- Zohor= 12 muka surat
- Asar= 12 muka surat
- Maghrib= 12 muka surat
- Isyak= 12 muka surat
#4. Untuk khatam 4 kali
Anda hendaklah membaca al-quran sebanyak 90 muka surat sehari.
- Subuh= 18 muka surat
- Zohor= 18 muka surat
- Asar= 18 muka surat
- Maghrib= 18 muka surat
- Isyak= 18 muka surat
Cara khatam al-quran di bulan puasa dengan berkesan
credit to sources
#1. Mulakan seawal yang mungkin
Sekiranya anda berhajat untuk khatam al-quran pada ramadhan tahun ini, kami menyarankan agar mulakan seawal mungkin iaitu dari hari pertama lagi.
Walau bagaimanapun bagi wanita, jangan lupa untuk membuat perkiraan hari-hari yang anda tidak dapat bertadarus kerana datang haid. Jika biasanya haid selama 7 hari, ini bermakna anda hanya mempunyai 22 hingga 23 hari sahaja untuk membaca al-quran.
#2. Luangkan masa yang khusus
Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang adalah kekangan masa. Sebaik-baiknya, atur dan luangkan masa khusus hanya untuk membaca al-quran.
Kebiasaannya kita memerlukan masa dalam 30 hingga 40 minit untuk khatam 1 juzuk al quran, pada ramadhan kai ini luangkan waktu lebih lama dan panjang!
#3. Letakkan sasaran yang sesuai dengan kemampuan diri
Tetapkan sasaran harian dan buat jadual bacaan al-quran anda dengan jelas. Sasaran ini boleh dibahagikan kepada beberapa waktu mengikut kesesuaian peribadi.
Ada yang lebih selesa bertadarus setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardhu. Ada juga yang berupaya menghabiskan sehingga 2 juzuk sekaligus setiap kali sesi bacaan.
#4. Guna tenaga dengan sebaiknya
credit to sources
Aktiviti membaca al-quran adalah ibadah yang menggunakan mata dan suara. Anggota mata digunakan untuk melihat helaian muka surat al-quran. Manakala suara pula untuk membaca al-quran.
Bagi menjimatkan tenaga, anda tidak perlu membaca al-quran dengan suara yang kuat. Cukuplah sekadar telinga dapat mendengarnya. Guna tenaga dengan baik agar anda dapat membaca al-quran dengan istiqamah setiap hari.
#5. Manfaatkan penggunaan telefon pintar
Anda tidak dapat meneruskan bacaan al-quran kerana tertinggal di rumah? Apa kata gunakan sebaiknya telefon pintar.
Pada zaman kini, ada banyak aplikasi al-quran yang telah tersedia di Google Playstore bagi membolehkan pengguna membacanya walau di mana sahaja mereka berada.
Selepas selesai baca, pastikan anda meletakkan tanda agar boleh sambung bacaan pada waktu seterusnya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh muat turun mp3 bacaan ayat-ayat suci al-quran.
Sekiranya badan terlalu penat dengan tugasan seharian sehingga tidak larat untuk bertadarus, ambil lah sedikit masa untuk mendengar alunan bacaan al-quran ketika dalam kenderaan atau di rumah.
Sekiranya ketika membaca al-quran membuatkan anda berasa mengantuk, ambil lah sedikit masa untuk berhenti seketika. Buat sedikit regangan dan basuh muka bagi mengembalikan semula kesegaran badan.
Jika tidak berkesan, anda boleh mengubah posisi badan.
Kesimpulannya cara khatam al-quran adalah sangat mudah dan ia bergantung kepada kemampuan setiap individu. Jadikan bulan ini sebagai pendorong untuk anda mendekatkan diri kepadaNya.
Sumber: Celik al-quran
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!