TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!

4 min bacaan
Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!

Sememangnya jadual isteri bekerja amat padat setiap hari. Namun jika bijak mengurus masa dan teratur melakukan kerja rumah, segalanya akan jadi lebih baik.

Tanggungjawab isteri bekerja dan dalam pada masa seorang ibu kepada anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Mana tidaknya keluar rumah awal pagi dan menjelang Maghrib baru sampai rumah.

Sememangnya jauh di sudut hati para ibu terfikir akan keadaan anak-anak di rumah atau pusat jagaan. Namun sesukar manapun hidup, ia perlulah diteruskan. Anggap sahaja anda sedang berjihad bagi membantu suami membesarkan anak-anak menjadi insan hebat suatu hari nanti.

Baca juga: Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami

Jadual isteri bekerja pada setiap hari

ibu bekerja

credit to sources

Menurut perkongsian oleh seorang isteri bekerja, Izyan Izdihar Shaarani, dia bekerja jauh dari rumah dan setiap hari akan pulang menjelang waktu maghrib.

Sampai di rumah, katakanlah dalam pukul 7.30pm. Dalam jadual saya, anak-anak perlu sudah masuk tidur tepat jam 10pm. Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah sahaja untuk buat semua ini:

  • Mandi, solat
  • Ajar anak mengaji
  • Masak, kemas rumah
  • Basuh pinggan, sapu sampah
  • Basuh dan sidai pakaian
  • Semak kerja sekolah anak
  • Bersembang dengan suami dan anak
  • Sidai, lipat dan gosok kain

Pastinya saya tidak mampu melakukan kesemua perkara ini bersendirian dengan berkualiti. Jadi ia memang mustahil! Maka saya sudah merancang jadual sendiri mengikut kudrat dan cara sendiri. Yang penting tetapkan objektif:

  1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya
  2. Rumah tidak terlalu bersepah
  3. Semua perut kenyang
  4. Kami dapat meluangkan masa berkualiti walaupun sekejap dan bergembira

Usah memaksa diri, buatlah mengikut kudrat

cabaran isteri bekerja

credit to sources

Apa sahaja yang saya buat atau tidak buat, saya akan pastikan keempat-empat objektif ini tercapai. Jika larat untuk masak, saya akan masak. Kalu tidak, pesan sahaja melalui atas talian. Yang penting tiada yang mengamuk kelaparan.

Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu. Larat vacuum, vacuum. Kalau tidak larat, kemas meja sudah memandai. Hanya bersihkan dekat kawasan yang nampak jelas di mata seperti atas sofa, depan tv dan atas meja.

Bab basuh kain pula, kalau larat basuh dan jemur, kami buat. Jika tidak, suami akan tolong pergi dobi untuk keringkan. Kalau suami pun dah tertidur atau penat, aku biarkan sahaja nanti esok boleh basuh semula. Benda boleh bertenang, jangan stres.

Yang penting saya wajibkan:

#1. Luangkan masa dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari, biarlah dia bersama ibu ayah selama dua jam setengah. Ini je masa yang kita ada dengan mereka.

#2. Ajar anak mengaji. Seboleh-bolehnya kami suami isteri cuba untuk tidak skip rutin ini.

#3. Makan bersama, duduk semeja dengan anak. Kalau sempat, kami layan Netflix juga walaupun sekejap.

#4. Sediakan sarapan pagi untuk anak dan suami. Saya suka luangkan masa sebelum masing-masing berpisah ke destinasi sendiri.

Rumah berkilat dan tersusun bukan boleh beri kebahagiaan

tips isteri bekerja

credit to sources

Rumah sentiasa bersih, berkilat dan tersusun hanyalah kehendak diri sahaja. Bukannya keperluan. Berilah masa dan perhatian yang secukupnya pada anak kerana proses anak membesar sangat cepat. Bila suatu hari nanti, dia mungkin tidak berminat untuk duduk bersama dan bersembang dengan ibu ayah.

Justeru, ibu ayah fokuslah pada objektif lebih utama, kemenjadian anak dan mencipta memori agar boleh dikenang sampai bila-bila. 

Saya teguh dengan modul ‘penat sama-sama, rehat sama-sama’. Jangan mengalah selagi objektif tidak tercapai!

Buat para suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah dia sentiasa mencuba melakukan yang terbaik buat anda dan anak-anak mengikut kudrat diri. Kalau ada sesiapa yang menghasut anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas dia atau bantu isteri tanda anda takut bini, ha pergi hembus auzubillahi minasyaitoonn nirrajimm kat ubun-ubun dia!

Dalam pengurusan rumah tangga, tiada sesiapa yang perlu terkorban. Selagi suami isteri masing-masing berlapang dada memahami dan saling bertolak ansur, percayalah Allah akan bantu kita.

Kuncinya adalah bersabar dan banyakkan berkomunikasi. Menangis dan bersuaralah supaya setiap isi hati kita sampai kepada suami.

Stories Rakan Kongsi
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money
How To Nurture Your Child’s Knowledge About Money

Sumber: Izyan Izdihar Shaarani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham