X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami

4 min bacaan
Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami

Dalam hidup berumah tangga sememangnya memerlukan pengorbanan. Luahan hati isteri bukanlah untuk mengungkit pemberian, ia sekadar menyedarkan para suami

Kehidupan berumah tangga tidak akan sunyi tanpa sebarang ujian. Bagi sesetengah pasangan, ada yang mengalami kesempitan hidup namun hidup bahagia. Ada juga pasangan kaya-raya, namun setiap hari mengalami tekanan. Untuk memastikan hubungan kekal, ada kalanya para suami perlu mendengar luahan hati isteri dengan hati terbuka.

Tidak dinafikan, setiap hari pastinya akan ada dugaan yang berlainan. Mana tidaknya, perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara boleh mencetuskan pertengkaran kecil. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri!

Luahan hati isteri bukannya niat mengungkit

luahan hati isteri

Kredit: iStock

Bagi isteri yang bekerja, anda bukan sahaja berasa tertekan di tempat kerja. Tapi boleh bertambah penat dan stres apabila pelbagai kerja rumah perlu dibuat seorang diri.

Sementelah lagi kalau suami tidak membantu langsung dalam membersihkan rumah, melayan karenah anak-anak dan buat-buat sibuk bermain telefon. Maka bermulalah luahan hati isteri yang panjang lebar.

Isteri ‘mengungkit’ di dalam hati. Maklum sahaja, dia sudah membanting tulang dan meletakkan banyak tenaga untuk membantu meringankan beban suami. Namun sayangnya, suami tidak langsung mahu bersama-sama memudahkan kerja dalam hal-hal rumah tangga.

Bab-bab ‘mengungkit’, bukan bermakna isteri tidak ikhlas dalam membantu suami. Tapi mungkin terlalu penat fizikal mental dan bagi suami pula, mula senang hati sebab dapat teman hidup yang pandai cari duit serta berdikari.

Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan para wanita bergelar isteri mula mengungkit bantuan diberikan olehnya.

Bukan tidak ikhlas! ”Mengungkit” adalah sebagai tanda peringatan supaya jangan terlalu rasa selesa. Bukan tidak ikhlas dalam memberi pertolongan, bukan tidak ikhlas dalam meringankan beban rumah tangga.

Sebenarnya golongan lelaki sangat susah untuk memahami luahan hati isteri dan kemahuan yang diinginkan. Bila bercakap, mungkin ia secara umum dan tidak straight to the point. Misalnya:

”Barang dapur saya beli. Nursery anak saya bayar, bil-bil utiliti pun saya tanggung. Abang boleh pula beli motor baru, tukar kereta dan tambah komitmen keluarga?”

Suami: ”Nampak sangat awak tidak ikhlas, hilang pahala bila awak mengungkit macam ni..”

luahan hati wanita

credit to sources

Dalam rumah tangga, perlu ada persetujuan bersama kerana ia perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan meskipun menggunakan duit sendiri. Hal ini kerana mungkin sahaja si suami memiliki duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayar, memandangkan isteri sudah membantu menyelesaikannya.

Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami apabila dia MAMPU…

Bila ada duit lebih, tidak usahlah fikir lagi nak tukar motor, upgrade kereta, beli telefon baru dan sebagainya. Tapi ambil semula apa yang isteri sedang bayar pada setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak di bahunya, tetapi di bahu sendiri sebagai ketua keluarga.

Buat perjanjian dalam hubungan

Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami

Kredit: iStock

Jangan terus pejam mata sebab sudah buat perjanjian, rumah dengan kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar. Manakala perjanjian tersebut pula dibuat pada awal usia perkahwinan yang lalu.

Sekarang anak makin bertambah. Belanja dapur yang isteri keluarkan semasa hidup berdua jumlahnya tidak sama dengan belanja dapur setelah hidup berlima.

Sama juga dengan bil-bil bulanan dan sebagainya. Kita seronok la sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana sudah fixed untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang..

Bila dengar luahan hati pasangan yang berbunyi tentang kewangan keluarga, apa yang dibayarnya, maka itulah sebenarnya peringatan kepada kita supaya menjadi suami tidak menyalahguna atau mengambil kesempatan terhadap pertolongan tersebut.

Berhenti menjadi terlalu selesa apabila tahu anda tidak perlu mengeluarkan duit banyak seperti dia. Ingat, kita akan dikira sudah ”berhutang” dengan isteri jika terus membiarkannya bayar keperluan keluarga ketika anda sendiri mampu untuk melakukannya.

Ketahuilah apabila isteri mula tertekan dan menyuarakan perasaannya, dia cuma ingin suami kembali menggalas tugas seorang suami.

Dia ingin anda kembali melakukan kewajipan sebagai ketua keluarga dan dia ingin suaminya kembali menunaikan hak sebagai seorang ayah.

Stories Rakan Kongsi
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)
Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)
Infant safe products for your home
Infant safe products for your home
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!

Bukan sebab mengungkit atau tidak ikhlas, tetapi dia sudah terlalu lama buat apa yang sepatutnya orang lain buat dan dia nak orang itu sedar selagi masih belum terlambat.

Dengarlah suaranya, dalam rumah tangga, isteri juga memiliki hak untuk meluahkan perasaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Nak Kejar Wanita Lebih Cantik, Isteri Yang Dulu Dipuja Kini Tidak Lagi Bertakhta Di Hati

Baca juga: Asyik sakit tapi tak mampus-mampus, suami ini akhirnya menyesal kejam pada isteri

Baca juga: Di Sebalik Ketenangan Seorang Isteri Yang Menulis “Wahai Perempuan Simpanan Suamiku”

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Bila Isteri Mengungkit, Bukan Tidak Ikhlas Berkorban Tapi Sekadar Mengingatkan Suami
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham