X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha

4 min bacaan
Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha

Rumah tangga tidak bahagia akan membuatkan jiwa suami isteri menderita. Adakah ia salah suami atau isteri? Ini punca-puncanya yang mungkin anda tidak sedar!

Siapa sahaja tidak meminta untuk memiliki sebuah rumah tangga tidak bahagia. Mungkin pada awalnya indah belaka, namun bergelar suami isteri segalanya menjadi berubah.

Hampir setiap hari masyarakat dihidangkan dengan kisah perpisahan atau pergolakan rumah tangga yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Sebenarnya tidak mudah untuk melayari alam perkahwinan kerana anda dan pasangan perlu sama-sama berdepan onak duri.

Rumah tangga tidak bahagia, adakah salah pasangan atau diri sendiri?

punca rumah tangga tidak bahagia

credit to sources

Dalam kehidupan bersama, sebenarnya tiada istilah suami adalah raja dalam institusi rumah tangga kerana anda dan pasangan perlu menjalankan tanggungjawab secara bersama.

Tanpa sedar, kebanyakan perkahwinan tidak dapat bertahan lama disebabkan oleh pasangan tidak tahan untuk mengharungi kesusahan bersendirian. Bahagia yang muncul hanya pada fasa awal perkahwinan, kesannya mula menjejaskan hubungan suami isteri.

Menurut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias yang mendapat banyak perkongsian di Facebook, sebenarnya ada 4 punca utama sesebuah rumah tangga tidak bahagia dan putus di tengah jalan. Antaranya:

#1. Hanya isteri yang lakukan segalanya

Punca pertama ialah sebab semua berada pada bahu wanita. Setiap perkara isteri sahaja perlu buat bermula dari cuci pakaian, kemas rumah, jaga anak-anak dan memasak.

Sedangkan dalam agama, isteri hanya dituntut untuk melayan suami sahaja. Jadi, adakah anda tidak perlu melakukan semua tugas berkenaan? Isteri yang baik dan solehah akan ‘tolong’ suami, saling bantu-membantu dan memahami tanggungjawab masing-masing.

Ustaz juga mengingatkan bahawa semakin suami rasa relaks dan senang tanpa buat apa-apa, dia akan mula lupa akan tanggungjawab. Namun tidaklah anda perlu mengatakan padanya, ”Mulai hari ini saya dah tak nak basuh baju atau masak apa semua.”

Sebenarnya perkara yang susah akan jadi senang bila suami isteri sama-sama buat. Jangan hanya ada bersama waktu senang sahaja, masa susah buat-buat tidak tahu!

#2. Tidak memahami perangai pasangan

penyebab rumah tangga tidak bahagia

credit to sources

Untuk jaga seorang lelaki sebenarnya mudah, anda hanya perlu:

  • Beri makan kenyang-kenyang sama ada zahir dan batin. Semoga segalanya dikira sebagai ibadah
  • Di mana suami pergi, ikutlah selagi anda boleh.

#3. Kerana diri tidak redha

Punca ketiga ialah sebab anda tidak redha dia adalah pasangan hidup. Kebanyakan orang akan lebih menghargai seseorang selepas dia pergi untuk selama-lamanya. Jadi takkanlah anda nak tunggu suami atau isteri meninggal dunia dahulu baru nak cakap, ”takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”

Sebenarnya anda tidak akan mengenali sepenuhnya pasangan selagi tidak tinggal sebumbung, satu katil dan berkongsi bantal dengannya. Ibu ayah sendiri tidak akan kenal dia seperti mana seorang isteri mengenali suaminya.

Bagi orang yang bijak, suami isteri yang baik akan selalu menganggap bahawa pasangan adalah anugerah dari Allah S.W.T. Dengan rezeki ini ucapkanlah alhamdulillah tanda anda bersyukur kerana masih ramai lagi yang belum jumpa jodoh.

#4. Pasangan saling tidak menyenangkan

Sekiranya pasangan anda memiliki hobi atau meminati perkara tertentu, anda usahkanlah untuk memberikan kebenaran atau lebih daripada itu. Yang penting suami isteri perlu sama-sama berusaha, yang lain biarlah Allah tentukannya.

Musibadah dalam kehidupan berumah tangga

masalah rumah tangga tidak bahagia

credit to sources

Sekiranya anda menyedari selepas berkahwin, selalu dilanda ujian dan musibah sahaja, mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk iaitu:

#1. Ujian

Stories Rakan Kongsi
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Ibu di Malaysia Berkongsi Rahsia Mengapa Anaknya Jarang Sekali Jatuh Sakit
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season

Ujian adalah untuk orang-orang yang beriman. Allah ujian seseorang yang soleh atau solehah untuk mengangkat darjat taqwa dan iman. Misalnya Asiah solehah memiliki suami Firaun yang zalim.

#2. Musibah dalam bentuk teguran

Allah beri ujian untuk tegur supaya anda pulang semula kepada kebaikan. Sebagai contoh, anda terlalu leka kejar duit sana sini kemudian terlibat kemalangan dan hilang punca rezeki. Itu teguran namanya. Mungkin sebelum ini masa solat tak khusuk atau kurang beribadat. Janganlah melatah dan perbaiki kesilapan ini.

#3. Bala atau azab

Dalam perkahwinan, sekiranya anda inginkan ketenangan, belajarlah untuk redha dengan apa yang sudah Allah bagi, redha itu pasangan anda dan redha atas segala ujian Allah.

Sekiranya telah tertulis tiada rezeki untuk jodoh panjang, tiada rezeki untuk bersama. ”Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”

Selalulah belajar untuk mencuri hati pasangan dan merebut pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Ikhlaskan diri untuk melangkah setiap fasa rumah tangga untuk kekal bahagia bersama.

Sumber: Yoy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compunca-perceraian-2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha
Kongsikan:
  • Anda Hanya Perlu 5 Minit Sahaja Untuk Rumah Tangga Lebih Bahagia!

    Anda Hanya Perlu 5 Minit Sahaja Untuk Rumah Tangga Lebih Bahagia!

  • 7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

    7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anda Hanya Perlu 5 Minit Sahaja Untuk Rumah Tangga Lebih Bahagia!

    Anda Hanya Perlu 5 Minit Sahaja Untuk Rumah Tangga Lebih Bahagia!

  • 7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

    7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.