TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"

3 min bacaan
"Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"

Ada satu tanggapan yang salah bahawa hanya kerana anak anda secara amnya sihat, mereka tidak boleh dijangkiti penyakit berjangkit yang serius. Apabila COVID-19 melanda, ibu bapa di seluruh dunia mengujarkan rasa bimbang terhadap kesihatan anak-anak mereka kerana mereka sedar seluruh dunia akan terdedah kepada penyakit ini.

Jadi mengapa kita mengambil mudah mana-mana penyakit berjangkit lain? Lebih-lebih lagi apabila TERBUKTI, langkah-langkah perlindungan yang dilaksanakan selama beberapa dekad berkesan1?

Satu contoh penyakit berjangkit ialah cacar air2. Bagi anda, mengapa sekolah akan membuat pengumuman apabila wabak cacar air melanda? Ini kerana mereka tahu ia akan merebak dengan cepat di kalangan kanak-kanak3 dan akan mendedahkan mereka kepada risiko komplikasi penyakit ini1.  

Jangan Ambil Mudah Penyakit Berjangkit

penyakit berjangkit yang serius

Gadis kecil dengan lepuh cacar air di muka dan lehernya – Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Sesungguhnya sedih melihat anak-anak menderita kerana cacar air. Kita hanya boleh membayangkan kesakitan mereka dan ketidakselesaan yang terpaksa mereka lawan dengan sistem imun tubuh mereka yang sedang berkembang.

Cacar air biasanya berlarutan selama 2 minggu, bermula dengan simptom-simptom klasik seperti demam, kemudian muncul ruam yang bertukar menjadi lepuh gatal di bahagian belakang, dada, muka dan akhirnya seluruh badan2.

Biasanya, apabila pusat asuhan atau sekolah memberi amaran kepada ibu bapa tentang wabak cacar air, ini kerana cacar air boleh merebak melalui udara (apabila individu yang dijangkiti penyakit batuk atau bersin) atau apabila virus tersebut merebak melalui cecair lepuh yang boleh disebarkan melalui sentuhan2.

Dan hendaklah diakui – kanak-kanak bukanlah individu yang pembersih bahkan mereka juga sentiasa mahu menyentuh pelbagai permukaan sepanjang masa.

Mereka mungkin akan menggaru lepuh – bukan sahaja ini akan menyukarkan proses mencegah penyebaran apabila mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain, bahkan mereka mungkin mengalami jangkitan bakteria sekunder2,4.

Apa Yang Kami Maksudkan Dengan “Tidak Memandang Ringan”

Ibu bapa harus tahu bahawa tiada penawar untuk cacar air5, hanya rawatan untuk menangani simptom-simptom sahaja. Justeru, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Kita tidak patut bersikap acuh tidak acuh dengan perkara ini dan hanya mengatakan, “Oh, tidak mengapa jika anak saya terkena cacar air.”

Ia tidak biasa untuk anak terjangkit cacar air, kerana anda boleh lindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit dengan memvaksinkan mereka2!

Vaksin diberikan sebagai langkah pencegahan untuk mencegah jangkitan, mengurangkan risiko komplikasi2.

Bilakah Anak Saya Perlu Diberi Vaksin Cacar Air?

Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?

Ibu bapa harus mula bertanya kepada doktor mereka tentang usia tepat untuk mengambil vaksin varicella – Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Vaksin cacar air (varicella) pada masa ini tidak disenaraikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) oleh kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia mudah didapati di kebanyakan klinik pengamal am atau klinik kanak-kanak6. Walaupun kos berbeza untuk setiap klinik, ibu bapa harus faham bahawa kos vaksin ini berbaloi untuk fikiran yang lebih tenang.

Lagipun, kesihatan dan keselamatan anak kita lebih penting berbanding wang, bukan?

Oleh itu, kami mengesyorkan agar anda bertanya kepada GP atau pakar pediatrik anda tentang usia tepat untuk mendapatkan vaksin varicella.

MY-VVX-00132 Sep/2022

Rujukan:

  1. Gershon AA. Vaccination against varicella: What’s the point?. Advances in experimental medicine and biology. 2010;659. 
  2. PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/.   Last Accessed 20 August 2022.   
  3. School and daycare exclusion policies for chickenpox: A rational approach. Paediatrics & child health.1999;4(4).
  4. Wolfson LJ, Castillo ME, Giglio N, Mészner Z, Molnár Z, Vàzquez M, et al. The use of antibiotics in the treatment of pediatric varicella patients: Real-world evidence from the multi-country Marvel Study in Latin America & Europe – BMC public health. BioMed Central. 2019;19(826).
  5. Health Service Executive. Chickenpox. Available From: https://www2.hse.ie/conditions/chickenpox/. Last Accessed 21 August 2022.   
  6. Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available From: https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 23 September 2022. 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Give Health A Shot
  • /
  • "Anak Saya Sihat, Tetapi Bagaimana Dia Boleh Dijangkiti Cacar Air?"
Kongsikan:
  • Bantu Lindungi Kanak-kanak Daripada Penyakit Cacar Air, Campak, Beguk, Rubella dan Rotavirus

    Bantu Lindungi Kanak-kanak Daripada Penyakit Cacar Air, Campak, Beguk, Rubella dan Rotavirus

  • Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    Stories Rakan Kongsi

    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya

  • ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
    Stories Rakan Kongsi

    ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

  • Bantu Lindungi Kanak-kanak Daripada Penyakit Cacar Air, Campak, Beguk, Rubella dan Rotavirus

    Bantu Lindungi Kanak-kanak Daripada Penyakit Cacar Air, Campak, Beguk, Rubella dan Rotavirus

  • Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
    Stories Rakan Kongsi

    Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya

  • ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
    Stories Rakan Kongsi

    ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham