Memiliki hubungan cinta yang baik dengan isteri dan keluarga yang bahagia merupakan hal yang terindah bagi setiap lelaki.
Hal ini menunjukkan hubungan asmara antara anda dan isteri sangat sempurna, lebih-lebih dianugerahkan cahaya mata yang begitu comel!
Hubungan cinta suami isteri
Tidak dinafikan bahawa keluarga adalah tempat yang paling membuatkan anda begitu selesa dalam meneruskan kehidupan.
Bukan itu sahaja, anak-anak dan isteri adalah orang yang akan menyokong anda walau apa sahaja keadaan sekalipun.
Namun, disebabkan oleh waktu banyak dihabiskan untuk memberikan yang terbaik bagi kehidupan anak, pasti hubungan cinta suami isteri akan menjadi berkurangan.
Biarpun begitu, anda boleh merancang untuk pergi bercuti sebagai bulan madu kedua. Tidak salah pun kerana anda juga perlu berhak mendapatkan perhatian dari pasangan dan mengekalkan suasana yang romantik dalam hidup berumah tangga.
Terdapat beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan ketika ingin melakukan bulan madu kedua bersama insan yang dicintai. Antaranya:
#1. Tetapkan destinasi impian
Pasti anda dan suami mempunyai tempat impian yang ingin dikunjungi bersama-sama dari awal pernikahan lagi kan?
Oleh itu, anda perlu duduk berbincang bersama isteri bagi menyenaraikan proses perjalanan dengan sebaik mungkin sebelum pergi bulan madu kedua.
Ia juga perlu meliputi bajet kewangan agar ia di bawah kemampuan anda. Ingat, jika ingin bercuti ke tempat beli-belah anda perlu menyediakan wang yang secukupnya!
Namun, jika anda berhajat ingin suasana santai dan suasana romantis, anda boleh sahaja melebihkan bajet dengan mendapatkan penginapan yang lebih mewah agar dapat membelai pasangan dengan baik.
#2. Manfaatkan waktu cuti
Dalam memastikan anda dan pasangan tidak diganggu dengan urusan kerja, pastikan anda mendapatkan terlebih dahulu cuti yang panjang.
Hal ini supaya seluruh perhatian anda dapat diberikan kepada isteri, menonjolkan hubungan cinta yang penuh kasih sayang serta lebih menghargai pasangan.
Bukan itu sahaja, percutian dengan wanita yang amat anda kasihi mampu menghilangkan segala beban atau tekanan kerja dan membuatkan anda berasa lebih tenang.
Jadi, jangan melengahkan masa lagi untuk menikmati bulan madu kedua bersama isteri!
#3. Tinggalkan anak sementara waktu
Ketika anda membuat keputusan untuk pergi bulan madu berdua sahaja, mungkin timbul rasa sedikit risau apabila anda dan isteri perlu meninggalkan anak-anak.
Oleh itu, anda boleh menghantar anak buat sementara waktu ke rumah pengasuh ataupun dapatkan bantuan dari adik-beradik yang terdekat.
Jangan lupa untuk menyediakan segala keperluan mereka ketika anda pergi bercuti di luar kawasan rumah agar tidak membuatkan anda menjadi lebih risau.
Walaupun kedengaran agak mudah, namun anda serta isteri hanya meninggalkan mereka sekejap sahaja. Tanpa anak-anak mungkin bulan madu kedua anda menjadi sesuatu yang paling indah.
#4. Sediakan jadual aktiviti berdua
Tanpa jadual atau itinerary percutian, pasti bulan madu anda dan isteri akan menjadi sedikit bosan kerana anda tidak tahu untuk melakukan sesuatu.
Oleh itu, sentiasa siapkan waktu mengikut jadual yang dirancang agar anda dapat ‘makan angin’ di tempat orang dengan pengalaman yang menyeronokkan.
Misalnya menikmati keindahan matahari tenggelam bersama isteri tercinta atau berjalan berpegangan tangan bersama isteri di tepian pantai.
Aktiviti ini nampak biasa sahaja, namun memberikan impak yang cukup tinggi dalam hubungan cinta anda dan pasangan agar lebih kuat!
#5. Memeriksa waktu haid
Ketika bulan madu kedua, tentu anda dan isteri ingin melakukan hubungan intim secara bebas tanpa sebarang halangan.
Oleh itu, sebelum menentukan tarikh untuk bercuti anda perlu mengetahui terlebih dahulu waktu anda datang bulan agar bulan madu anda dapat berjalan dengan baik.
Menstruasi akan membuatkan mood isteri jadi tidak menentu dan badannya akan kurang bertenaga kerana serangan sengugut.
Pastikan badan anda dan isteri dalam keadaan yang sihat agar dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
#6. Merakam kenangan indah
Berjalan-jalan ke tempat yang memiliki pemandangan yang indah, amat rugi jika tidak mengabadikan kenangan tersebut.
Pastikan anda dan isteri mengambil gambar dengan gaya yang penuh romantis agar dapat disimpan di dalam album. Ia sangatlah penting kerana anda akan mengimbau semula setiap kenangan setelah menginjak usia yang lebih tua.
Saat anda merasakan rindu terhadap isteri, buka sahaja paparan pada telefon pintar dan melihat kembali foto-foto bersama ini yang membuatkan hubungan cinta semakin utuh.
#7. Sepakat untuk tidak bertengkar
Di dalam kehidupan berumah tangga, pertelingkahan tidak dapat hilang dengan mudah.
Perselisihan faham anda dengan isteri merupakan hal yang biasa terjadi. Jadi, sebagai suami yang baik anda perlu bijak dalam mengendalikan masalah ini.
Bagi mengharungi lokasi percutian yang agak jauh, anda perlu berpakat dengan isteri tentang ketika bulan madu, tidak boleh ada pertengkaran dan perlu bertolak ansur untuk bercakap dengan baik.
Jika sebelum pergi bulan madu anda sudah membuat perjanjian seperti ini bersama isteri, mungkin bulan madu kedua anda akan lebih tenang dari sebarang konflik.
Sumber: Pop Mama
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combulan-madu-di-mekah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!