Jika anda salah seorang penderita masalah kulit kering dan gatal, pastinya anda telah sekian lama mencari jalan untuk mengatasi masalah ini, bukan?
Dengan lambakan produk di pasaran, tidak mustahil jika anda telah mencuba sekurang-kurangnya lima produk berlainan dalam misi anda untuk mencari penyelesaian kepada masalah kulit kering dan gatal.
Memang perit rasanya apabila anda tidak boleh berhenti menggaru bahagian kulit yang kering dan gatal. Lebih teruk jika masalah ini melanda ketika waktu tidur, kerana anda tidak sedar seandainya anda telah menggaru terlalu kuat sehinggalah anda melihat kulit anda melecet atau terluka keesokan paginya.
Gangguan kulit kering dan gatal bukan berhenti di situ saja. Kulit yang gatal boleh mengganggu aktiviti harian anda, terutamanya jika kerja atau aktiviti anda melibatkan pergaulan dengan orang lain.
Tentu sukar untuk menjalankan tugas dengan baik dan yakin apabila anda merasa tidak selesa. Fokus pun lari kerana asyik terganggu dengan rasa gatal pada kulit!
Masalah Kulit Kering & Gatal-Gatal
Ketidakselesaan pada kulit boleh mengganggu konsentrasi.
Penderita masalah kulit jenis ini juga pasti terkesan dengan keadaan kulit yang merekah, kusam dan kadangkala kelihatan bersisik. Walaupun bahagian kulit kering ini boleh disembunyikan di sebalik pakaian, masalah ini ternyata menjejaskan keyakinan mereka.
Ternyata, serangan kulit kering dan gatal ini ibarat satu ‘kecemasan’ kerana apabila diserang, anda perlukan kelegaan yang cepat dan semestinya, SERTA-MERTA!
Seperti juga kesakitan lain, dalam mencari penawar, kita perlu tahu apakah antara simptom masalah ini dan puncanya terlebih dahulu. Barulah kita tahu bagaimana cara yang sesuai untuk mengatasinya.
Simptom-Simptom Kulit Kering Dan Gatal
Kulit kering dan gatal sering berkait rapat antara satu sama lain. Secara asasnya, kulit kering terjadi kerana lapisan epidermis, iaitu lapisan paling atas kulit tidak mendapat kelembapan dan hidrasi yang secukupnya. Inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal, merekah, bersisik dan mengelupas. Berikut merupakan antara simptom biasa kulit kering:
Keadaan kulit yang terlalu kering.
- Kulit terasa ketat atau tegang selepas mandi atau berenang
- Kulit merekah
- Kulit kemerah-merahan dan terasa pedih
- Kulit kelihatan dan terasa kasar
- Kulit bersisik dan mengelupas
- Kulit berdarah (boleh terjadi pada masalah kulit kering yang serius)
Punca Kulit Kering Dan Gatal
Selain daripada gigitan nyamuk dan serangga, infeksi daripada bakteria ataupun keradangan terhadap bulu binatang, habuk, tumbuhan dan sebagainya, punca-punca kulit manusia boleh menjadi kering dan gatal termasuklah:
-
Cuaca dan keadaan persekitaran
Udara yang kering seperti di musim sejuk boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Di negara kita, ini bukanlah satu masalah, namun boleh jadi juga jika anda kerap berada di dalam bilik yang berhawa dingin.
Ya, sabun memang penting untuk menyingkirkan kotoran daripada badan kita. Namun tahukah anda, sabun juga akan menyingkirkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kita sendiri? Minyak ini bertujuan melindungi lapisan luar kulit, jadi jika anda kerap menggunakan sabun, maka kulit anda tidak akan mendapat perlindungan semula jadi dan akhirnya menjadi kering.
Kerap mandi dengan air panas boleh mengurangkan kelembapan kulit.
Terlalu kerap mandi, terutamanya dengan air panas boleh menyumbang kepada masalah kulit kering dan gatal. Ini kerana minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kita akan turut disingkirkan ketika mandi. Mandi di kolam renang yang mengandungi kandungan klorin yang tinggi juga boleh mengeringkan kulit.
Sesetengah fabrik yang digunakan untuk membuat pakaian, seperti bulu kambing dan fabrik sintetik boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
Masalah kulit gatal boleh dipengaruhi oleh beberapa isu kesihatan seperti kondisi-kondisi kulit berikut:
- Ekzema: Juga dikenali sebagai Atopic Dermatitis dan biasanya berkait rapat dengan alahan seperti penyakit asma.
- Seborrheic Dermatitis: Terjadi apabila kulit menghasilkan terlalu banyak minyak, sehingga menyebabkan kulit tumbuh pada kulit dan akhirnya berlakulah keradangan.
- Contact Dermatitis: Keradangan akibat sentuhan, sama ada dalam bentuk iritasi atau alahan. Terjadi apabila seseorang menyentuh sesuatu dan kawasan sentuhan itu mengalami keradangan. Iritasi disebabkan bahan kimia seperti pewangi atau bahan pemutih, manakala alahan pula disebabkan oleh sentuhan dengan apa saja bahan yang boleh merangsang alahan seseorang itu.
Cara Atasi Kulit Kering Dan Gatal
Secara amnya, anda boleh cuba mengatasi masalah ini dengan cara-cara berikut:
- Elakkan kerap mandi atau mandi terlalu lama, terutamanya dengan air panas.
- Gunakan pembersih badan dengan formula bebas sabun, bebas pewangi dan hypoallergenic. Pakar kulit menyarankan mandian oatmeal kerana ia mampu memberikan kelegaan pada kulit kering dan gatal.
Oat kaya dengan antioksidan dan bersifat anti-radang yang amat bermanfaat untuk mengatasi pelbagai masalah kulit seperti kekeringan, kegatalan dan kerengsaan.
- Selepas mandi, sapukan losyen badan yang diformulasi khas untuk melegakan dan mengatasi masalah kulit kering dan gatal, contohnya yang mengandungi oat dan shea butter.
- Gunakan pencuci pakaian dengan formulasi yang lebih lembut dan bebas bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
- Elakkan menggaru kulit
- Gunakan humidifier di dalam bilik atau rumah anda
- Minum air secukupnya agar kulit kekal terhidrat
Inginkan Kelegaan Serta-Merta? Inilah Losyen Yang Anda Cari-Cari Selama Ini!
Akhirnya, ‘kecemasan’ kulit anda ada penyelesaiannya. Tiada lagi keresahan ketika #skinmergency anda melanda. Pencarian losyen yang mampu memberikan kelegaan SERTA-MERTA, kini kulit anda bebas rengsa!
Memperkenalkan, penyelesaian #skinmergency anda…
Anda telahpun mencuba pelbagai losyen sebelum ini. Jadi, apakah kelebihan AveenoⓇ Skin Relief 24H Moisturizing Lotion ini?
- Kelegaan serta-merta, terbukti berkesan secara klinikal
AveenoⓇ Skin Relief 24H Moisturizing Lotion dirumus khas untuk kulit sensitif dan telah diuji secara klinikal berkesan dalam memberikan kelegaan serta-merta pada gatal-gatal sejak dari penggunaan pertama (mulai jam pertama, berdasarkan ujian selama 24 jam).
- Dikuasakan oleh Triple Oat Complex
Triple Oat Complex dalam AveenoⓇ Skin Relief 24H Moisturizing Lotion ini terdiri daripada oat koloid (oatmeal kisar) yang berfungsi untuk melembapkan kulit, ekstrak oat untuk melega dan mengurangkan kegatalan dan minyak oat yang membantu mengekalkan kelembapan kulit agar tidak mudah kering semula.
AveenoⓇ Pilihan Pakar Dermatologi, Pakar Kecantikan dan Wanita Di Seluruh Dunia
Sejak dahulu lagi, oat koloid telahpun dikenalpasti sebagai bahan semula jadi yang penting dalam penjagaan kulit. Pengasas AveenoⓇ, adik-beradik bernama Sydney dan Albert Musher mula mengkaji khasiat oat pada tahun 1945 dan telah mendapati bahawa oat koloid, atau oatmeal kisar mampu melegakan kekeringan dan kerengsaan pada kulit. Penyelidikan dua beradik ini berjaya mendapat pengiktirafan pakar-pakar dermatologi dari Mayo Clinic, maka dari situ lahirlah jenama AveenoⓇ yang kini terkenal di seluruh dunia.
Sejak 70 tahun yang lalu, AveenoⓇ komited dalam memanfaatkan kuasa oat dalam penjagaan kulit. Menerusi salah satu penyelidikan terbaharunya, para saintis AveenoⓇ telah menemukan sifat prebiotik oat yang menggalakkan mikrobiom kulit yang seimbang, yang penting untuk menjamin kesihatan kulit. Penemuan ini memberi inspirasi kepada AveenoⓇ untuk menjenama semula bahan utamanya, oat koloid kepada ‘oat prebiotik’.
Keistimewaan Oat Prebiotik AveenoⓇ
- Oat prebiotik AveenoⓇ berbeza daripada oat biasa. Ianya membantu meningkatkan fungsi penghalang kulit (skin barrier) dengan menyokong ekosistem semula jadi kulit agar kulit kekal sihat dan seimbang.
- Oat prebiotik tumbuh dengan sihat di kawasan bersuhu sejuk, maka oat prebiotik AveenoⓇ kini ditanam di beberapa ladang di Kanada, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
- Pemprosesan oat prebiotik AveenoⓇ dijalankan dengan lembut demi mengekalkan kebaikan semula jadi oat.
- Oat prebiotik AveenoⓇ diformulasi khas untuk menyerlahkan kulit yang kelihatan sihat.
Atasi #SKINMERGENCY Anda Dengan AveenoⓇ Hari Ini
Usah tunggu sehingga masalah kulit kering dan gatal anda dan si manja anda melarat untuk mencari penyelesaiannya. Ujian klinikal yang dijalankan oleh AveenoⓇ telahpun membuktikan bahawa losyen AveenoⓇ Skin Relief 24H Moisturizing Lotion berkesan dalam melegakan kekeringan dan kegatalan kulit secara serta-merta. Inilah yang anda mahukan selama ini. Kelegaan serta-merta dan berpanjangan sehingga 24 jam! Ini bermakna dengan AveenoⓇ anda boleh menikmati setiap hari dengan lebih selesa, yakin dan tentunya, gembira!
Mula menikmati hari-hari yang lebih selesa dengan AveenoⓇ sekarang. Dapatkan losyen AveenoⓇ di laman web Watsons atau kunjungi kedai Watsons berhampiran anda hari ini.
Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang AveenoⓇ? Layari Laman web rasmi, Facebook, Instagram dan Youtube.
-
-
-
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!