X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

4 min bacaan
Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

Dah balik ramai-ramai tu sila ingat jangan biarkan satu keluarga saja keluarkan duit untuk beli barang dapur. Sebab masing masing kena lebih peka bila tinggal dalam satu bumbung yang sama

Seronok rasanya bila hidup dalam sebuah kebahagiaan keluarga yang harmoni bersama ibu bapa, mentua dan adik beradik yang saling memahami antara satu sama lain.

Malah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan inilah juga untuk kita mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan bersama keluarga terutama kalau ada di antara anda yang terkandas di kampung halaman.

Kemudian terpaksa pula duduk dengan mak ayah atau keluarga mentua, ipar duai, adik beradik, saudara mara dan anak menakan.

Duduk ramai-ramai ini memang seronok tapi kalau perkara yang ‘satu’ ini diambil ringan, ia boleh menyebabkan pertelingkahan dan bermasam muka.

Kemudian timbulah isu kata mengata, mengumpat di belakang dan sebagainya sampai rasa rimas dan ingin pulang ke rumah sendiri.

Namun ini bukan untuk sepanjang pelaksanaan PKP sahaja tapi untuk di masa akan datang misalnya semasa pulang berhari raya di mana anda harus mengekalkan kebahagiaan keluarga ini.

Berikut ini adalah perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin tentang apa yang patut dan tak patut dilakukan sewaktu duduk satu rumah dengan adik beradik yang lain.

Kekalkan kebahagiaan keluarga, ini perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan

#1. Sama-sama membeli barang dapur

kebahagiaan keluarga

Perkara pertama yang harus diperhatikan adalah sama-sama menambah barang dapur di rumah keluarga. Contohnya kalau nampak garam dah habis, pergi beli dan tambah semula dalam bekasnya. Kalau nampak beras makin menipis, beli lagi 10kg. Biarkan bekalan itu cukup sentiasa.

Jangan biarkan satu keluarga sahaja yang keluarkan barang-barang dapur terutama kalau anda tinggal lama di rumah mentua atau mak ayah.

Jangan bagi alasan, gaji rendah atau tak cukup duit untuk menanggung orang lain.

Ini kerana, walaupun sedikit tak kira nilainya berapa anda harus keluarkan bahagian masing-masing.

#2. Basuh pakaian kotor dan uruskan sendiri

Paling penting adalah sewaktu membasuh pakaian harian anda dalam mesin basuh baju.

Sila letakkan pakaian kotor itu dalam bakul masing-masing dan jangan longgok dalam bilik mandi atau dalam bilik tidur.

Paling geram bila letak lama-lama dalam mesin basuh baju sampai orang lain nak guna pun susah dan kena tuggu tuan empunya badan keluarkan sendiri baru boleh guna. Jadi tolong jangan susahkan orang lain.

Kemudian lepas dah basuh, macam biasa jemur sendiri, lipat dan susun dalam beg pakaian.

Jangan biarkan di ruang ramu atau atas meja selepas melipat pakaian anda hingga merimaskan mata orang lain yang memandang.

#3. Basuh sendiri pinggan mangkuk selepas guna

barang dapur

Ini paling menyirap kalau nampak pinggan mangkuk orang lain masih ada dalam sinki dapur.

Sebab itu kena pesan siap-siap lepas guna terus saja basuh pinggan anda sendiri. Jangan biarkan lama-lama dalam sinki itu.

#4. Menjaga tingkah laku anak-anak

Selain itu, ibu bapa harus menjaga tingkah laku anak-anak sepanjang berada di rumah nenek dan atuk mereka.

Jangan sampai anak-anak melakukan perbuatan yang membuatkan orang lain rasa rimas dan marah.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Misalnya jangan bagi anak bergaduh dengan saudara mereka, jangan rosakkan harta orang lain dan tidak membuat sampah di dalam rumah.

#5. Jangan sibuk privasi orang 

Setiap orang ada privasi masing-masing, jadi jangan sibuk nak tanya orang itu nak pergi mana, nak beli apa, nak buat apa dan sebagainya. Ini adalah sepenuhnya hak mereka jadi jangan masuk campur atau tanya yang bukan-
bukan sampai orang rasa rimas.

#6. Jaga kebersihan dan masak sendiri 

keluarga harmoni

Perkara penting yang harus sentiasa ingat juga adalah sentiasa menjaga kebersihan dalam rumah dan tolong-tolong menyapu juga kalau nampak rumah berpasir atau banyak sampah atas karpet.

Walaupun anda balik sekejap sahaja, tak salah untuk tolong kemaskan kalau nampak berselerak.

Biarkan semua orang dapat hidup udara yang segar dan bersih sepanjang hari.

Kemudian kalau rasa nak makan sesuatu, silalah masak sendiri dan jangan tunggu untuk orang sediakan di meja makan.

Kalau rasa teringin nak makan sesuatu makanan boleh pergi dengan suami, isteri dan anak-anak, kemudian lepas balik jangan cerita apa yang anda makan.

Atau pun anda boleh bawa balik bungkus untuk orang lain sama. Barulah orang lain dapat rasa seorang sikit.

Inilah cara mengeratkan kebahagiaan keluarga bila bersama mak ayah atau mentua. Semoga memberi manfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Firdaus Shakirin 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

Baca juga 

https://my.theasianparent.compulang-di-hari-raya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri
Kongsikan:
  • 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

    5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

  • 7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

    7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

    5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

  • 7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

    7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.