TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kecewa Hubungan Suami Isteri Berubah, 5 PUNCA Ini Mendorong Isu Rumah Tangga

4 min bacaan
Kecewa Hubungan Suami Isteri Berubah, 5 PUNCA Ini Mendorong Isu Rumah Tangga

Isu rumah tangga bukan sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat. Meskipun hubungan sudah bertahun, beberapa sebab ini boleh menganggu kebahagiaan anda

Pasangan mana yang mahu rumah tangga dan mahligai indah yang dibina musnah di tengah jalan? Seboleh-bolehnya suami apatah lagi isteri ingin menjaga keharmonian rumah tangga masing-masing dan mengelakkan sebarang isu rumah tangga. Kalau boleh, ayat bercerai itu mintalah dijauhkan!

Tapi tahukah anda? Kes penceraian di Malaysia tak kurang tingginya. Mengikut statistik, hampir 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai. 

Kalau diikutkan dengan jumlah yang tinggi itu, purata sebanyak 156 kes penceraian berlaku setiap hari! Ya Allah.

Baca juga: 9 Sikap Suami Ini Ternyata Menyakiti Hati Istri & Merosakkan Hubungan Rumah Tangga

Isu rumah tangga bermula dengan 5 faktor ini

rumah tangga musnah

Kredit: Today Show

Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan anda. Tapi, kita juga kena bijak menguruskan rumah tangga ini agar ia tak kecundang. Semuanya memerlukan usaha kedua-dua pihak: suami dan isteri. 

Di sini, kami berkongsi antara 5 sebab utama mengapa sesetengah rumah tangga musnah dalam sekelip mata:

1. Curang

Kes curang memang antara punca utama mengapa berlakunya isu rumah tangga. Ada banyak sebab kenapa seseorang yang sudah berkahwin boleh berlaku curang. Antaranya kerana nafsu. Namun, nafsu bukan saja penyebab kes ini.

Ada pasangan memilih untuk berlaku curang kerana tidak dipuaskan sepenuhnya, enggan bersama pasangan dan terlalu marah akan pasangan sendiri.

2. Masalah kewangan

Wang tak boleh beli kebahagiaan, itu betul. Tapi, wang boleh jadi punca pelbagai masalah juga. Antaranya ialah bercerai. Menurut laporan American Journal of Sociology, ramai pasangan mengambil keputusan untuk bercerai kerana suami tidak bekerja. 

Faktor ini didorong kerana tekanan tidak cukup sumber pendapatan. Malah, tekanan ini juga boleh mengakibatkan pergaduhan yang membawa kepada masalah ungkit-mengungkit. 

Pendapat yang berbeza tentang bagaimana pasangan berbelanja juga boleh memusnahkan rumah tangga dalam sekelip mata.

3. Kurang berkomunikasi

Apa faedahnya kita berkahwin dengan pasangan kalau tak boleh nak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain?

rumah tangga musnah

Komunikasi antara pasangan adalah kunci utama dalam mencapai kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Pasangan yang kurang berkomunikasi akan semakin renggang dan boleh tercetus salah faham. 

Sebab itu mereka boleh bergaduh dan ingin bercerai.

4. Tidak boleh menerima perbezaan

Setiap pasangan ada cara masing-masing. Tapi apabila kalian sudah berkahwin, perbezaan itu haruslah dikendali dengan sehabis baik. 

Terima perbezaan antara anda dan pasangan. Sekarang, perbezaan ini boleh jadi antara punca utama mengapa pasangan suami isteri tak tahan di antara satu sama lain dan inginkan penceraian.

Ini sering berlaku jika pasangan berkahwin terlalu cepat dan tak sempat nak mengenali hati budi masing-masing.

Bila sudah kenal, alamak sudah terlambat pula. Sebab itu kes penceraian meningkat. Perbezaan dalam menjaga anak juga boleh jadi punca!

5. Berat badan bertambah

Memang nampak remeh, kan? Tapi ini yang dijumpai oleh pakar! 

Menurut Men’s Health, pakar mendapati ramai pasangan mula menyampah dengan pasangan masing-masing apabila berat badan mereka bertambah.

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?
The 5 Money Parenting Styles: Which One Do You Follow?

Terutamanya selepas 3 tahun berkahwin. Jadi, kalau anda tak jaga badan anda sekarang, baik anda berusaha untuk menjaganya, mulai sekarang!

Atau ajak suami/isteri bersenam sama-sama. Bolehlah merapatkan hubungan kalian.

Rumah tangga musnah kerana hal-hal remeh yang tak masuk akal

Jangan tak tahu, ada juga kes penceraian dan rumah tangga yang musnah kerana hal-hal remeh yang tak masuk dek akal. 

Kalau anda tak percaya, mari lihat keratan akhbar Kosmo! yang menyiarkan informasi tentang antara sebab-sebab remeh mengapa pasangan bercerai.

Kecewa Hubungan Suami Isteri Berubah, 5 PUNCA Ini Mendorong Isu Rumah Tangga

Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, hal ini mungkin terjadi kerana setiap suami isteri hanya memikirkan tentang kepentingan diri sendiri saja. 

Malah, nafsu amarah juga semakin meningkat dan sukar untuk dikawal. 

Jangan ambil mudah perkongsian ini, ya suami isteri semua.

Semoga perkahwinan dan rumah tangga kita sentiasa dilindungi. Sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

Lagipun, rumah tangga ini kan dibina oleh kita, juga? Kenapa kita ingin memusnahkannya?

Sumber: theAsianparent Singapore, Lelaki Sihat dan Facebook Dr Zaharuddin Abd Rahman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kecewa Hubungan Suami Isteri Berubah, 5 PUNCA Ini Mendorong Isu Rumah Tangga
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham