PANDUAN MUDAH DAN BEBAS JARGON KEPADA KEBAIKAN SUSU BIRI-BIRI
Berikut ialah pecahan bahan utama susu biri-biri yang baik untuk tumbesaran dan perkembangan anak anda, dipersembahkan dengan cara yang boleh difahami oleh setiap ibu bapa!
PROTEIN BIRI-BIRI
Alternatif yang baik berbanding dengan protein dalam susu lembu
Protein adalah nutrien penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar, kerana ia menyokong pertumbuhan dan perkembangan serta memainkan peranan penting dalam pembinaan dan pembaikan pelbagai tisu dalam badan.
Terdapat pelbagai jenis protein yang ditemui dalam susu dan jenis utama yang akan menarik minat kita ialah kasein.
Susu lembu dan susu kambing mengandungi sejenis kasein yang dipanggil A1 beta kasein. Susu biri-biri, sebaliknya, mengandungi A2 kasein beta; ia tidak mengandungi A1 beta kasein.
Kajian menunjukkan bahawa orang bertindak balas berbeza terhadap protein A1 dan A2 beta kasein.1
Oleh itu, susu biri-biri boleh menjadi alternatif untuk dipertimbangkan sekiranya anak anda mengalami ketidakselesaan pencernaan daripada meminum susu lembu dan kambing.
PREBIOTIK
Makanan untuk bakteria baik dalam usus anak anda
Dalam usus setiap orang terdapat populasi bakteria yang berkembang pesat yang memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan pencernaan dan sistem imun kita.
Gentle Sheep Toddler Milk mengandungi prebiotik galacto-oligosaccharides (GOS) dan rantai panjang fructo-oligosaccharides (FOS) yang boleh berfungsi sebagai makanan untuk bakteria ini—baik untuk menyokong pengekalan persekitaran usus yang sihat!
NUTRIEN LAIN UNTUK PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN…
|
Nutrien
|
Penerangan
|
Laktosa
|
Juga dikenali sebagai gula susu, ini adalah sumber untuk tenaga
|
Kalsium
|
Untuk tulang dan gigi yang kuat
|
24 vitamin dan mineral
penting (termasuk Zat
Besi, Zink, Vitamin B6 dan
Vitamin C)
|
Untuk menyokong pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan anak anda
|
Asid dokosahexaenoik (DHA)
|
Ini adalah sejenis asid lemak omega-3
|
Asid arakidonik (ARA)
|
Ini adalah sejenis asid lemak omega-6 tidak tepu
|
FAKTA 1 BAAA-MAZING Susu biri-biri boleh mengandungi sehingga dua kali ganda jumlah protein yang terdapat dalam susu lembu.2
FAKTA 2 BAAA-MAZING Susu biri-biri kami diperoleh daripada ladang khas di New Zealand, yang terkenal dengan pengeluaran tenusu berkualiti tinggi dan pertanian berasaskan model padang ragut unik.
… DAN TIADA APA-APA MELAINKAN YANG SEMULA JADI!
- Bebas GMO
- Tiada hormon pertumbuhan tiruan* atau antibiotik
- Bebas palm kernel expeller (PKE)
- Tiada gula tambahan, garam atau monosodium glutamat (MSG)
- Tiada pewarna, perasa atau pengawet tiruan
*Penggunaan hormon pertumbuhan buatan di New Zealand diharamkan
Imbas kod QR atau taip my.springsheepnz.my dalam pelayar anda untuk ketahui lebih lanjut tentang Spring Sheep New Zealand.
Produk ini bukan untuk kanak-kanak di bawah umur 1 tahun. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi dan menyediakan pemakanan seimbang yang optima serta memberi perlindungan semasa tumbesaran dan perkembangan. Sila mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan anda.
Rujukan:
- Ho, S., Woodford, K., Kukuljan, S., & Pal, S. (2014). Comparative effects of A1 versus A2 beta-casein on gastrointestinal measures: a blinded randomised cross-over pilot study. European journal of clinical nutrition, 68(9), 994–1000. doi.org/10.1038/ejcn.2014.127
- Roy, D., Ye, A., Moughan, P. J., & Singh, H. (2020). Composition, structure, and digestive dynamics of milk from different species—a review. Frontiers in nutrition, 7. https://doi.org/10.3389/fnut.2020.577759
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!