X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Suami Nak Kejar Wanita Lebih Cantik, Isteri Yang Dulu Dipuja Kini Tidak Lagi Bertakhta Di Hati

4 min bacaan
Suami Nak Kejar Wanita Lebih Cantik, Isteri Yang Dulu Dipuja Kini Tidak Lagi Bertakhta Di HatiSuami Nak Kejar Wanita Lebih Cantik, Isteri Yang Dulu Dipuja Kini Tidak Lagi Bertakhta Di Hati

Meskipun disakiti, dicurangi dan dikhianati tapi isteri tetap teruskan tanggungjawabnya sehingga masanya tiba...

Masa bercinta bukan main lagi, engkaulah segalanya, engkaulah syurga di hatiku tapi bila sudah beranak pinak perangai dan keegoaan suami mula kelihatan lantas menyebabkan hati isteri yang terguris. 

Secara umumnya, hati isteri itu sangatlah lembut hingga hatinya terguris pun dia tak sedari. Kenapa? Sebabnya dia mahu sayangkan suaminya hingga ke syurga.

Walau macam mana pun sikap suaminya itu, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang setia dan taat terhadap suaminya yang satu.

Hati isteri yang terguris tapi masih jalankan tanggungjawabnya 

hati isteri yang terguris

Bayangkan memang ada suami yang susah nak balas mesej isteri, telefon pun susah nak angkat, selalu pulang lambat ke rumah tapi isteri tetap masak untuk suaminya, tetap basuh baju, tetap buat kerja dan lain-lain.

Apatah lagi, dia tidak pernah lupa menjalankan tugas-tugas di rumah walaupun pernah diherdik, ditengking dan dimarahi oleh semuanya hanya kerana terlewat menyediakan makanan.

Bahkan, isteri sanggup hidup bersusah payah dengan suaminya walaupun tak pernah diberi duit dapur dia usaha mencarinya sendiri.

Pendek kata, apa saja kekurangan yang suami disediakan dalam rumah pasti isteri mencari jalan untuk membantu meringankan beban suami.

Sebab itu, isteri itu berjiwa lembut kerana tahap kesabaran mereka sangat tinggi kerana mampu bertahan untuk teruskan hidupnya dengan suami meskipun suami bukan lelaki yang seperti diimpikan.

Hati isteri ada tarikh luput

hati isteri

Benarlah orang kata, di awalnya memang wanita mampu untuk bertahan dan dilihat gagah. Tapi selembut-lembut hatinya pasti ada tarikh luput dan bila masa itu sampai dia tidak akan toleh ke belakang lagi.

Baginya, cukuplah pengalaman pahit itu mengajarnya erti sebuah kehidupan dan kini dia bebas mencari kebahagiaan yang lain dengan membesarkan anak-anak dengan tulang empat keratnya sendiri.

Suami tak hargai isteri…

Hal ini kerana, wujudnya lelaki yang tak pernah menyayanginya sepenuh hati.

Ya, mungkin ada sewaktu awal perkahwinan tapi selepas isteri melahirkan anak, sentuh, cium apatah lagi nak peluk isteri pun dah tak ada.

Bahkan, sering menyakiti hati isteri dengan kata-kata caci seperti

” Awak ni dah tak cantik”

” Badan awak ni kembang sana sini, tak pandai jaga ke?

” Busuk betul badan awak ni, bau bawang!

Aduh, benar hati isteri remuk bila mendengar kata cacian daripada insan yang bertakhta di hatinya ini.

Namun percayalah, baju kalau koyak kita boleh jahit tapi kalau hati isteri terluka susah nak pulih.

5 sebab isteri mesti cukup tidur kalau nak cantik dan ramping

jaga hati isteri

Kredit: Baitul Jannah

Ini merupakan perkongsian daripada Dr Taufiq Razif tentang manfaat tidur untuk membuatkan isteri tetap cantik dan ramping sentiasa.

Stories Rakan Kongsi
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
12 signs you may be a helicopter parent
12 signs you may be a helicopter parent
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

#1. Nak isteri kekal ramping

Sekiranya isteri selalu tidur lambat ini akan membuatnya gemuk atau obesiti. Ini kerana, terdapat satu kajian pada tahun 2004 yang mengatakan tidur kurang enam jam lebih berisiko untuk gemuk jika dibandingkan mereka yang tidur lebih dari 6 jam.

#2. Nak isteri cantik bagai bidadari

Bila isteri tak cukup tidur, ia akan membuatkan hormon cortisol (hormon stress) makin banyak.

Dengan cortisol ini akan menjejaskan kolagen pada kulit sekaligus membuatkan kulit isteri tidak elastik dan tak mulus. Pendek kata isteri makin cepat tua!

#3. Tak nak isteri jadi pelupa

Tak cukup tidur ini boleh membuatkan seseorang individu itu jadi pelupa. Ini kerana  longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali.

Jadi kalau tidur dalam waktu yang singkat, maka sistem itu akan jadi bermasalah di kemudian hari.

#4. Tak mahu isteri stres

Biasanya orang yang mengalami depresi dan anxiety ini hanya memiliki waktu tidur kurang dari 6 jam sehari.

Jadi, kalau nak mood isteri lebih stabil seterusnya membuatkan suami dan anak-anak lebih bahagia minta si dia tidur lebih awal. 

#5. Tak mahu isteri jatuh sakit

Kekurangan tidur boleh menyebabkan isteri mengalami beberapa penyakit seperti berikut:

  • Serangan jantung
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Sistem imun makin lemah

Justeru, lihatlah kualiti tidur isteri anda supaya mereka kekal cantik dan menarik di pandangan suaminya yang tercinta.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Suami Nak Kejar Wanita Lebih Cantik, Isteri Yang Dulu Dipuja Kini Tidak Lagi Bertakhta Di Hati

Sumber: Pesona Pengantin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comhubungan-suami-isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Suami Nak Kejar Wanita Lebih Cantik, Isteri Yang Dulu Dipuja Kini Tidak Lagi Bertakhta Di Hati
Kongsikan:
  • Orang Mengandung Ni Sensitif, 8 Tips Jaga Hati Isteri Ketika Hamil, Perlu Kena Caranya!

    Orang Mengandung Ni Sensitif, 8 Tips Jaga Hati Isteri Ketika Hamil, Perlu Kena Caranya!

  • "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

    "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Orang Mengandung Ni Sensitif, 8 Tips Jaga Hati Isteri Ketika Hamil, Perlu Kena Caranya!

    Orang Mengandung Ni Sensitif, 8 Tips Jaga Hati Isteri Ketika Hamil, Perlu Kena Caranya!

  • "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

    "Kepada suami yang terfikir untuk berlaku curang, sila fikir 2 kali dulu!"

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.